Hari ini sudah 2 september, saya memang tak mahu lagi bercerita tentang hari lahir yang sudah seminggu berlalu. Namun, tadi ada pula teman menghulur hadiah. Rasanya perjuga post di sini.
2 helai tudung dari Syirah dan Asmawanie.Warna hitam dan hijau. Cantik sekali. Mereka seperti tahu saja saya memang berhajat untuk membeli tudung baru. Alhamdulillah, jimat juga duit saya. Buat Syirah dan Wani, terima kasih atas tudung yang sangat cantik ini.
Kemudian ada dua kerongsang bermotif Hello Kitty dari Dira. Comel sekali. Memang karakter kegemaran saya. Satu memakai baju merah dan satu lagi bergaun merah jambu. Terima kasih Dira atas pemberian ini. Tambah lagi koleksi Hello Kitty saya.
Malam ini ada majlis berbuka puasa di Masjid UPM bersama Canselor, Sultan Selangor. Tahun lepas saya ada turut serta, memang ramai yang hadir hingga tempat duduk tidak mencukupi. Namun, tak saya nampak kelibat Canselor. Barangkali memang bukan rezeki saya untuk melihat baginda. Namun, saya berhajat lagi untuk pergi malam ini. Bukan mahu sangat bertemu Canselor, tapi serasa inilah peluang untuk bertandang ke masjid dalam kesibukan yang sentiasa menghimpit. Tambahan lagi juadah yang disediakan memang lebih enak dari biasa. Tentu saja kerana tetamu kehormatnya adalah sultan.
Saya kira untuk memakai tudung dan kerongsang pemberian sahabat saya tadi. Tapi saya cuma dapat memakai satu tudung sahaja. Masih berfikir yang mana satu.
0 comments:
Post a Comment