Pages

Friday, May 7, 2010

resepi : sambal goreng

Lama tak menulis entri. Hmm.. memang tak ada mood. Tapi sebab dah janji, saya terpaksa juga menulis resepi ni. Nama resepi ni SAMBAL GORENG. Mesti ramai tahu kan. Tapi oleh sebab ada sahabat yang meminta saya postkan di sini. Tapi sukatannya tidak berapa tepat sebab biasanya saya masak agak-agak je. Jadi, cuba jaya lah! Apa pun selamat mencuba!!!

Bahan A
1. Ikan bilis
2. Kentang
3. Fucuk dan suhun
4. Tempe
5. Kacang Tanah
6. Tauhu

Bahan B
1. Bawang merah
2. Bawang putih
3. Cili kering
4. Air asam jawa
5. Gula
6. Garam

Cara-cara
1. Semua bahan A di goreng garing.
2. Bahan B adalah untuk sambal. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili kering. Tumis dalam seperti memasak sambal tumis. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Gula yang dimasukkan untuk membuat sambal goreng biasanya agak banyak. Tapi terpulang pada citarasa masing-masing.
3. Masukkan air yang banyak dan biarkan bahan-bahan B tadi rebus dan masak. Makin lama lagi bagus. Biasanya saya biarkan masak dalam masa lebis sejam ikut pada kuantiti. Bahan-bahan tadi akan masak bila warnanya dari merah garang kepada merah hati.
4. Sambal tadi bila sudah berwarna merah hati, biarkan agak pekat kemudian masukkan bahan-bahan A yang telah digoreng tadi. Gaul rata

Senang sahaja. Cuma agak mengambil masa. Bahan-bahan bergoreng itu ikut kegemaran. Kalau tak letak semua pun tak apa.