Pages

Sunday, June 15, 2014

Bercinta seperti ini



** PUISI BJ HABIBIE UNTUK ISTRINYA, AINUN **

Sebenarnya ini bukan tentang kematianmu, bukan itu. ..

Karena, aku tahu bahwa semua yang ada pasti menjadi tiada pada akhirnya, ...

dan kematian adalah sesuatu yang pasti ...

dan kali ini adalah giliranmu untuk pergi, aku sangat tahu itu ....

Tapi yang membuatku tersentak sedemikian hebat, ..
adalah kenyataan bahwa kematian benar-benar dapat memutuskan kebahagiaan dalam diri seseorang, sekejap saja, lalu rasanya mampu membuatku menjadi nelangsa setengah mati, hatiku seperti tak di tempatnya, dan tubuhku serasa kosong melompong, hilang isi ....
Kau tahu sayang, rasanya seperti angin yang tiba-tiba hilang berganti kemarau gersang ...
Pada airmata yang jatuh kali ini, aku selipkan salam perpisahan panjang, ..
pada kesetiaan yang telah kau ukir, pada kenangan pahit manis selama kau ada, ...
aku bukan hendak mengeluh, tapi rasanya terlalu sebentar kau disini ...
Mereka mengira aku lah kekasih yang baik bagimu sayang, ..
tanpa mereka sadari, bahwa kaulah yang menjadikan aku kekasih yang baik ..
mana mungkin aku setia padahal memang kecenderunganku adalah mendua, tapi kau ajarkan aku kesetiaan, sehingga aku setia, kau ajarkan aku arti cinta, sehingga aku mampu mencintaimu seperti ini ...
Selamat jalan, ..
Kau dari-Nya, dan kembali pada-Nya, ...
kau dulu tiada untukku, dan sekarang kembali tiada ...
selamat jalan sayang, ..
cahaya mataku, penyejuk jiwaku, ...
selamat jalan, ...
calon bidadari surgaku ...

- HABIBIE -

Monday, June 2, 2014

Kembara harapan ke Patani, Narathiwat dan Yala


Barangkali kerana cinta saya kembali ke sini. Masih tergambar cebisan kertas yang tertulis kata-kata apresiasi dari anak-anak perempuan seusia awal belasan tahun yang nyata suka dan bahagia dengan kehadiran kumpulan kecil kami mengajar bahasa Melayu dan Inggeris di perkampungan nelayan pesisir laut.

Juga anak-anak lelaki yang sedang riang bermain, berhenti lalu mengejar serta mengikuti kami bersiar-siar keliling desa menikmati alunan bayu laut dan damai penempatannya dengan kendera motosikal memuatkan kami seramai 6 orang.

Juga ketika saya memimpin tangan anak kecil yang menangis pulang ke rumahnya dan begitu gembira sepanjang perjalanan walau teman-teman lainnya kurang senang dengan sikap keanak-anakannya itu. Ah, bagi saya mereka memang anak-anak yang perlu perhatian dan belaian walau dipandang 'mengada-ada' sahaja! Saya bahagia dan jatuh cinta.

Maka berkali-kali hati menerpa mahu kembali, memandang anak-anak itu dan mimpi indah yang bisa terlakar dalam benak dan jiwa mereka. Saya resah dengan masa depan mereka yang sekadar mimpi ngeri atau samar bayangan. Kerana ternyata wilayah itu menabur seribu satu tragedi dan terselit kemelut yang sekian lama berpanjangan, entah bila mahu bertemu pengakhirannya.

Barangkali sebab hidup ini satu perjuangan, mereka teguh bertahan dan saya menimba pengajaran. Peluang untuk memahami kehidupan bukan sekadar hidup. Namun hidup dengan kecintaan untuk memberi dan berkongsi bahagia, harapan dan impian. Maka, dengan seribu satu halangan, saya aturkan sebuah pengembaraan sebagai pemula sebuah impian.

Patani Darussalam satu ketika dahulu adalah sebuah kerajaan Melayu-Islam yang terkenal dan hebat. Pada zaman kegemilangannya, wilayah itu pernah diperintah oleh ratu (raja perempuan) dan terkenal dengan pemilikan meriam besar Patani yang dibawa dari Turki sebagai salah satu pertahanan daripada ancaman luar.

Namun, tidak mudah mempertahankannya, dengan Siam bertalu-talu menyerang, akhirnya Patani jatuh jua ke tangan Siam dengan sebahagian wilayahnya (di semenanjung tanah melayu) dipisahkan dan tertakluk kepada British. Sehingga kini, Patani masih dijajah Siam (Thailand) dengan sebahagian wilayah yang tertakluk kepada British tadi mencapai merdeka dan menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia).

Ketika kudeta yang berlangsung di Bangkok kini dengan tentera berkuasa dan perdana menteri ditahan serta darurat dikuatkuasakan seluruh negara, masyarakat dunia semakin gentar untuk merentas sempadan menuju wilayah selatan Thailand yang memang setelah sekian lama bertahun-tahun hidup dalam darurat, sentiasa dikawal dan diperhatikan.

Sesuatu yang tidak diketahui, sedang Bangkok dan kawasan-kawasan lain di Thailand diletakkan dalam keadaan darurat kerana rampasan kuasa oleh tentera baru-baru ini sahaja, sedangkan selatan Thailand yang merangkumi wilayah Patani, Yala dan Narathiwat menghadapi situasi yang sama sepanjang masa selama bertahun-tahun lamanya.

Ditambah lagi dengan pelbagai kes yang menafikan hak asasi manusia seperti pembunuhan, pengeboman, penyembelihan, penangkapan secara paksa, kehilangan serta lainnya yang didiamkan dan dipadam atau diputarbelitkan dalam pelbagai media di peringkat antarabangsa.

Malah di peringkat tempatan, di kalangan penduduk tiga wilayah itu sendiri tidak menyedari pencabulan hak terhadap mereka berlaku. Setiap tahun, bilangan anak yatim dan ibu tunggal semakin bertambah di samping pesatnya gejala sosial yang merosakkan seperti penagihan dadah dan jangkitan virus HIV.

Dalam seribu satu tragedi yang mengesankan emosi dan jiwa ini, beberapa individu yang punya kesedaran melalui pelbagai saluran merasakan nasib anak-anak ini mesti dibela. Mahu tidak mahu sokongan psikologi, motivasi juga pendidikan adalah sangat penting selain ekonomi dan materi. Sungguh, graduan segar seperti saya tidak punya wang ringgit selain jasad anggota untuk digerakkan dalam usaha ini.

Niat kami mudah, mendekati anak-anak Patani dan bersama-sama mereka mengharung cabaran dunia globalisasi yang mencabar ini. Mediumnya pelbagai, barangkali melalui program pendidikan bersifat akademik dan ilmiah, mungkin juga diskusi moral dan spiritual yang membangunkan jiwa atau gerak kerja komuniti dan aktivisme yang mengeratkan persaudaraan.

Segalanya, asal kehadiran kita dirasai mereka dan mereka menjadi sebahagian warga yang perlu disedari dunia kewujudannya serta hak mereka mempertahankan impian, harapan dan masa depan mereka tidak dipandang sebelah mata.

Niat yang mudah itu tidak semudahnya dipraktiskan dengan ketakutan yang melanda masyarakat dalam konflik selatan Thai, siapa saja yang berani menyeberang ke sempadan? Mahu bertemu anak-anak ini dan meraikan kewujudan mereka sebagai sebahagian daripada masyarakat dunia.

Siapa saja yang sanggup meluangkan masa, ke daerah bahaya ini dengan setiap kilometer perjalanan ada saja soldadu yang menjaga dan memerhati kereta? Siapa saja yang tidak gentar dengan pengeboman yang tidak kunjung reda yang mengorbankan penduduk tidak berdosa dan menyebabkan kecederaan kekal kepada ramai masyarakatnya demi menjaga kepentingan pihak tertentu?

Siapa yang mahu bertemu anak-anak yatim dan kehilangan tempat bergantung kerana pencabulan hak asasi manusia ini? Inilah persoalannya. Kerana tidak dinafikan soal bahaya yang mungkin kunjung tiba dan kematian itu milik semua.

Cuma, ada beberapa aktivis kemanusiaan yang kekal melaksanakannya bertahun-tahun dari usia muda, dan masih sihat walafiat sehingga hari ini. Malah saya dan teman-teman belum lagi bertemu sebarang kesulitan sepanjang perjalanan dan program yang dijalankan.

Keberanian dan kemahuan yang kuat itu diperlukan untuk melaksanakan sesuatu yang lebih besar dan bermakna. Sesungguhnya, daerah yang saya maksudkan ini, terlalu hampir dengan negara kita Malaysia yang aman, makmur, tenteram dan damai sentosa. – 29 Mei, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/kembara-harapan-ke-patani-narathiwat-dan-yala-amalina-ismail#sthash.af0rxBR5.dpuf

Sunday, May 11, 2014

Perjuangan Bangsa

Negeri itu punya 3 kelompok utama bangsa. Seringkali terlupa begitu banyak lagi bangsa kecil lain yang terabai dan terpencil. Maka negeri itu sering berdepan polemik. Polemik antara bangsa.

Ada satu bangsa majoriti. Paling ramai sekali. Namun, hakikatnya ia masih berpecah-belah oleh macam-macam suku dan sakat.Maka dimudahkan fahaman, diberi pengertian rasmi, bangsa itu biar apapun sukunya, asal praktik bahasa, budaya dan agama serupa.Maka termasuk dalam bangsa majoriti. Hingga ada yang lupa terus suku sakat asalnya. Mengaku diri bangsa majoriti. Malah, bangsa-bangsa kecil yang terpencil itu juga cuba jadi bangsa majoriti. Ya, asal bahasa, budaya, agama sama. Tidak sukar.

Tetapi dalam kitab agama bangsa majoriti terpapar kata, “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahuai, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)”.

Mahu tidak mahu bangsa majoriti perlu akui, kitab yang diimani mereka sendiri memahat hakikat, dicipta manusia dari pelbagai bangsa dan tidak mungkin dihilangkan atau dihapuskan bangsa selainnya kerana diminta Tuhan supaya antara bangsa-bangsa itu untuk saling mengenal, memahami dan mengerti.

Bukan saling membuang jati diri bangsa dan menjadi bangsa majoriti.

Jadi jangan taksub jadi majoriti, jangan kecil jadi minoriti. Mengikut hukum hakiki, keadilan itu milik setiap insani. Jika tidak ditemukan di jagat fana ini, pasti terbalas di alam abadi. Itu pasti.

Namun, percaya pada karma dan balasan baik-buruk, tidak jadikan jiwa itu lemah.Mengalah dan menyerah. Perjuangan adalah hak untuk hidup mulia sebagai insan mahupun bangsa.Ya, berjuang saja semahunya, cuma jangan terlupa dunia ini dikongsi sama rata, dalam berjuang sesukanya, ada hak dan kepentingan insan dan bangsa lain perlu diperkira.Baik majoriti mahu minoriti. Baik yang diwar-warkan mahu terpencil diam. Semuanya mesti dibela.

Jadi berjuanglah dengan adab sebagai bangsa manusia yang dikarunia akal untuk mencari hikmah.Kebenaran jika tidak dibicara dengan hikmah boleh jadi kebatilan, kebatilan jika disusun dengan hikmah boleh sampai kebenaran pada yang menerima.

Itulah rahsia hidup bersama di dunia penuh rencam. Memang benar, kadang-kala perselisihan, pergaduhan, pembunuhan serta peperangan tidak dapat dielakkan. Namun, jika terlaksana permusuhan dengan hikmah ketuhanan, bukan sekadar nafsu yang merajai, ia boleh jadi keberkatan dalam kehidupan.

Banyak lagi rahsia dalam hidup ini. Perlu hati-hati disingkap dengan akal nubari.

Jadi, jangan gelojoh bicara, berbuat mahupun berjuang semahunya. Teliti situasi dan konsekuensi.

Jika boleh berjuang dalam damai kenapa mahu berperang berbunuh-bunuhan? 

http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/amalina-ismail

Sunday, May 4, 2014

Keep Calm and Feel Better



It’s actually hurt a lot when you love someone but the real is she/he doesn’t love you back like you are. They actually don’t want to be with you and ignoring you. That’s why love one side is killing and people tend to act out of normal.

I am a person that is really sensitive, easily upset, easily crying, easily angry, easily hurting. I can easily feel and the feeling also easily diminishing. People sometime amaze by how easily my mood changing. It’s just I feel too much but do not put time to think about it too much.

In order to forget all the ill feeling, I occupy myself on other thing. Like many people done because to feel down and overwhelmed only cause harm to me, my self.

I choose to stop thinking about the feel, the problem, the person. Till I stop talking and interact with it (worst cases). Since I will be hurt only to be around, so, just leave it and move on.

However, I spend time crying before it. Cry for couple minutes, to hours or days (depend on situation). But, then start a fresh with new determination. Forget, forgive and move on.

Life will never easy. And you will never stop hurting people and being hurt by. But, life will go on right? And it’s not easy to satisfy all. Just live the way you feel right and try to change for the better, one step for a time. Not only to make people love you but importantly to have God love you, and that have to be our main purpose in life.

That’s why, do not rely too much on people, because how nice and beautiful a relationship can be, people will hurt you on the journey. If that happen, you already prepare to learn how human you and they are. We hurt each other and we comfort one another.

I learnt it in life. How easily I can be hurt, and how easily I try to forget by do not think too much after crying out alone. Of course then, I move on. Try to forgive, make it distance (to avoid being hurt again) and appreciate to be alive and sound. People is just an obstacle that God give us to strength us. To make us realize, how weak we are and how much we need Him in our life.


And of course learn how exactly we have to behave as person and human. Since we may be in right or wrong side, we have to be open and humbly to accept others. And I am a person who always think I am wrong but the same time feel hard to change and comfortable to be in wrong. However, I learn that I have to adjust although little by little from time to time.


The Lazy Millionaire (Book Review)



This book has 160 pages (only). But it looks quite thick. (I learn later that the paper use is heavier than usual books, may be its about millionaire, so, the paper represent the wealth too) Therefore, in couple of travelling time in a week, I finished it. Amazingly because nowadays to have me finished the whole book is quite something.

I am not really interested to be millionaire. But, in life, who don’t need money. And, I am really depended to it. So, reading this book make me feel quite happy with how life can be for a lazy millionaire. Something that I feel quite similar what I want to be.

This book contains two parts; part one is about lazy millionaire and the second one is the art of always being on vacation. There are 16 chapters in first part and 10 chapters in the second. Every chapter do not really have much pages, low than 10 and several can have only 3 to 4 pages only. That’s make reading become easier and the way the author conveys, his story by trying to communicate with reader with arrangement of sentences and phrases make reading more fun.

For the first part, the author teaches reader how to be millionaire by first chapter, he elaborate the definition of lazy millionaire which person who acquire significant millions of fortune but do not really work hard to acquire it. He just lives like a simple person, living the life he love but he is just wealthy by his own effort (the lazy way). This part taught us that how to manage our life effectively so that we can live a healthy life. How to manage our asset, our priority, our time, our spending, our mind and so on, so, we can live like a lazy millionaire. What I love most is that the author himself is the lazy millionaire. He is a writer (which a career that I aim to be) and a person who own a company and collect property asset (homes and a lot of homes to make him millionaire by collect this asset). Since, he is writer (a successful one) it make me love him (or the book) even more.

Later, for part two, the author shows how we can live our life like we are having vacation all the time. Actually, this part is for people who are coping with hectic way of life through demanding work and lifestyle. It’s not really suitable for unemployed person like me who always living day like summer holiday. However, this chapter makes a reminder, something like that (busy lifestyle) can happen if I’m not prepared and recognize to what kind of life I’m going to lead. It’s not that life can always be relaxing and rest. But, life is more than working (even worst if the work is something we hate to do). I love to be involved in volunteering work, traveling, and spending time at home (a lot). May be I should be a housewife (after getting married). 
Nevertheless, I want to improve myself, my capability is beyond that (a housewife, but, I do not mean a housewife is not good, it’s the best but I am not the best for it). I am a person who always scored for perfect result during my school day, ambitious young lady who always dream to achieve the best in life, which I realize later what kind of dream and reality are. Therefore, I strive to achieve a better life, a healthy lifestyle, a perfect career and some space for me to live the way I want to live.

The second part of this book show how life can be if we try to change. However, life is not as easy as writing and reading books. Each of people leads a different kind of life. For me, this book is just compatible for me since I just love the idea of lazy millionaire and how much I want to be writer and being comfort in my lifestyle without anxious about living expenses and so on.

My recommendation, those who want to lead a free lifestyle, do not want to be tie up with 8 hours working hour, who do not mind about office clothes and etiquette, who just want to be creatively artistic and work to present what in the mind and heart, who love to be leisured and living effective life and at the same time do not worry about money. This book is just perfect for you (just perfect for me!).

Thanks to my best friend who presented the book for me since my habit is to slip through my lips the word ‘lazy’ all the time when we talk. Clearly, I admit how lazy myself and how much it affect my life. For that reason, this book taught me how the laziness also can lead me into flourishing lifestyle if I handle my life well.

Saturday, April 19, 2014

Perasaan

Cara paling baik berhenti mengingati ialah berhenti berbicara. Berhenti menyebut-nyebut. Berhenti berandai-andai. Berhenti berangan-angan. Maka, kerana saya berniat mahu melupakan. Saya memilih untuk menghentikan.

Hidup seakan aneh sekali. Kebiasaan menjadikan satu makna pada pertemuan, pada perhubungan. Menyentuh hati dan perasaan. Siapa yang bisa mengawal rasa? Ia seakan mustahil namun bukan tidak mungkin. Sungguh, ia mujahadah yang mengorbankan sebahagian kecil jiwa.

 Kenangan. Ia paling mencengkam rasa. Melihat lakaran memori seakan terawang-awangan mahu kembali. Berkira-kira mahu bermimpi merasa lagi. Namun, sifat kenangan hanya gambaran masa silam. Mungkin mampu diulang tayang tapi berbeza keadaan.

Ada bertanya. Kenapa tidak bangun bertahan? Bukan dosa menyimpan perasaan. Mengapa diam tidak meluah impian? Jawapan hanya sekadar senyuman. Sungguh hidup suatu keanehan. Perasaan barangkali satu kedegilan yang memaparkan kepentingan nafsi semata. Ya, barangkali. Kerna yang pasti hanya milik Ilahi.

Dan takdir itu juga milik-Nya. Bukan mahu mengalah, menerima tanpa berusaha. Namun, memaksa dan melukakan juga mampu dikira jenayah perasaan. Redakanlah hati dengan tenang bahawa Dia lebih memahami fitrah dan sifat makhluk yang dicipta.

Maka melupakan, menanti dengan yakin dan mengharap Dia semata. Betapa indah kenangan perasaan, tiada yang lebih menggiurkan ketika jiwa dan nurani terisi nama-Nya. Kerna yang sementara itu beza dengan yang kekal abadi. Begitu terfaham pada perasaan juga.

Sajak: Kalaupun Tidak
Kalaupun dia tidak tahu kita menyukainya,
Kalaupun dia tidak tahu kita merindukannya,
Kalaupun dia tidak tahu kita menghabiskan waktu memikirkannya,
Maka itu tetap cinta.
Tidak berkurang se-sen pun perasaan tersebut.
Justeru dengan ngotot ingin bilang, ingin pacaran, ingin aneh-aneh, perasaan itu tiba-tiba metamorfosis menjadi egoisme dan sebatas keinginan yang tidak terkendali saja.
Bersabar dan diam lebih baik. Jika memang jodoh akan terbuka sendiri jalan terbaiknya. Jika tidak, akan diganti dengan orang yang lebih baik.
*TereLiye

Wednesday, April 16, 2014

Hak Asasi Milik Manusia





Penciptaan makhluk yang bernama manusia itu saja sudah bersifat 'hak'. Berbeza dengan makhluk lain, haiwan dan tumbuhan, manusia diciptakan dengan keupayaan untuk menentukan hak dirinya dengan kurniaan akal yang pastinya tidak dipunyai haiwan mahupun tumbuhan yang hidupnya diatur Tuhan menurut sunnatullah.

Dalam perbahasan panjang Sayyid Abul A'la Al-Maududi dalam bukunya Asas-asas Islam, beliau menerangkan bahawa Islam meyakini setiap penciptaan Allah itu Islam sifatnya iaitu tunduk dan patuh. Taat dengan perintah dan aturan yang ditentukan Allah. Makanya semua dari segala macam hidupan haiwan, tumbuhan hatta manusia sehingga makhluk tak bernyawa seperti batu, air dan udara adalah Islam. Setiap dari mereka diciptakan dengan kudrat dan iradat yang terbatas yang menaati Penciptanya.

Namun, manusia dicipta berbeza atau mungkin lebih sesuai diistilahkan penciptaannya adalah istimewa. Manusia secara fizikalnya atau jasmani seperti pertumbuhan pembesaran, fungsi dan pergerakan organ dan anggota serta lainnya adalah bersifat Islam. Iaitu mematuhi sunnatullah. Pertumbuhan manusia adalah dari anak kecil bayi, meningkat kanak-kanak, baligh, dewasa dan tua. Tiada yang melawan susunan ini. Kalaupun ada ia adalah kejadian khusus yang jarang-jarang berlaku menjadi bukti kekuasaan Sang Pencipta. Begitu juga fungsi setiap anggota dan organ tubuh. Sifatnya hakiki. Mulut untuk makan, mata untuk melihat, telinga untuk mendengar. Manusia sejak azali tidak mampu memilih untuk makan dengan mata atau mendengar dengan mulut. Jika pun ada yang mahu mencabarnya, usaha itu sia-sia, sekadar mengundang bahaya.

Akal itu menjadikan penciptaan manusia istimewa. Akal memberikan hak kepada manusia berbeza dengan makhluk lain malah berbeza dari sifat fizikal dirinya. Ini bermaksud sifat hak yang diberikan itu dalaman atau rohani. Ya, akal yang diberi itu ghaib sifatnya. Tidak kelihatan pada mata kasar namun wujud persis dan dipercayai dengan yakin.

Maka, dengan akallah manusia diberi amanah besar menjadi khalifah di muka bumi ini. Mentadbir alam sesuai dengan keupayaan akal yang dibimbing oleh wahyu dan petunjuk Tuhan.

[Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh-Nya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu yang bersyukur] –Surah As-Sajadah ayat 9.

[Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu berfirman: ‘Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.] – Surah Al-Baqarah ayat 31.

Sejak penciptaan Adam a.s. lagi akal dikurniakan sekali bersama pangajaran dari Tuhan. Jelas, fungsi akal tidak mungkin bermakna dan benar tanpa pendidikan atau ilmu dari Tuhan. Akal semata-mata menjadikan manusia sekadar makhluk yang sesat dalam pencariannya. Malah lebih sesat dari haiwan dan makhluk tidak bernyawa lain yang hidupnya semata-mata mengikut petunjuk dan aturan Tuhan.

Itulah yang saya percaya dan premis utama saya dalam berbicara soal hak asasi manusia. Bagi saya tiada sebab hak asasi bukan milik manusia kerana hakikat kejadian manusia itu sendiri adalah satu hak yang diberikan Tuhan kepada manusia. Maka, memperjuangkan hak asasi manusia bagi saya adalah sunnatullah. Ya, biar apapun hak yang cuba diperjuangkan, semuanya adalah ketentuan yang Allah berikan kepada manusia untuk mengamalkan kurniaannya yang istimewa ini.

Namun, berbicara soal hak asasi manusia sejagat, pertembungan dan perbezaan adalah kemestian. Oleh kerana setiap manusia itu diberi hak oleh Allah, maka hak yang mereka mahukan pasti berlainan antara satu sama lain mengikut latar belakang sosio-budaya atau kepercayaan masing-masing. Maka perjuangan adalah sesuatu yang panjang dan berterusan. Soalnya kini bagaimana perjuangan ini dilaksanakan?

Oleh sebab Allah telah mengurniakan akal yang memberikan hak pada setiap insan, maka kaedah perjuangan itu juga pelbagai. Ada kelompok memaksakan hak secara perang fizikal, ada pihak menggunakan ruang diplomasi dan dialog, ada dengan pengutkuasaan undang-undang dan banyak lagi cara lainnya.

Kaedah-kaedah ini tidak akan berhenti setakat itu. Limitasi penggunaan akal itu masih dalam rahsia Tuhan. Tidak tahu sejauh mana manusia mampu mengolah kehidupan dan alam dalam memenuhi haknya melalui penggunaan akal.

Cuma agama dan kepercayaan wujudnya kehidupan selepas kematian menjadikan manusia yang beriman itu mempunyai garis panduan untuk apa dan bagaimana hak itu diperjuangkan. Menurut Sayyid Abul A’la Al-Maududi, hukum Syariah Islamiyyah menetapkan empat hak yang mesti dilindungi oleh setiap peribadi manusia iaitu:

1. Hak-hak Allah
2. Hak-hak diri
3. Hak-hak manusia lain
4. Hak-hak makhluk

Tidaklah saya mahu membahaskan panjang lebar berkaitan setiap hak berikut. Cukuplah difahami di sini bahawa setiap hak yang digariskan ini adalah kewajipan untuk setiap individu yang beriman itu menunaikannya dengan penuh keikhlasan, amanah dan kebenaran. Selain itu, setiap hak itu telah ditentukan langkah-langkah pelaksanaannya supaya manusia dapat menunaikannya tanpa menyempitkan sesuatu hak yang lain mengikut batas-batas dan syarat-syarat yang ditentukan. Ini adalah salah satu ciri-ciri agama iaitu tidak melampaui batas biarpun dalam menunaikan hak-hak kepada Tuhan. Apatah lagi sesama manusia dan makhluk.

Sungguh, hak asasi benar-benar milik manusia. Malah, kerana ditaklifkan manusia itu dengan kurniaan istimewa bernama ‘hak’, maka tergalas baginya untuk memastikan hak-hak lainnya turut terbela.


Sunday, April 6, 2014

First Quarter Evaluation

http://amalmina.blogspot.com/2014/01/2014-jalan-yang-saya-pilih.html

Menyemak entri tahun baru setelah suku tahun berlalu. Ya, muhasabah itu perlu.

Menyemak senarai entri yang telah ditulis bermula awal tahun sehingga yang terbaru. Ternyata saya memang perlu menyemak status diri. Kelihatan keadaan diri yang makin merudum melalui penulisan yang terlampir.

Apa yang perlu saya buat? Berkali-kali saya bertanya pada diri.

Its feel burden, guilt, and others negative feeling appear in least than three month.

Berkali-kali saya mahu lari, tinggalkan segalanya.

Namun, rasanya saya sudah makin dewasa, walau terselit seribu satu pemikiran yang tidak matang.

Saya memilih untuk bertahan.

That seem very difficult decision. But, that adult will do right? Sustain although its hard enough.

Kemudian saya war-warkan sebuah keputusan. Meneruskan pengajian (atau menukar bidang).

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202782412457288&set=a.1348189060672.2051453.1109689110&type=1&relevant_count=1

Dan respon yang diterima sedikit sebanyak menguatkan jiwa. Sungguh, saya seorang ekstrovert, energi dari manusia dan insan di luar amat diperlukan untuk saya terus maju ke hadapan.

Walau, saya diselubungi kebimbangan, adakah benar ini jalan hidup yang saya benar-benar saya mahukan?

Semak kembali azam tahun baru 2014. Tidaklah teruk sangat, ada yang berjaya saya laksanakan, ada yang saya laksanakan separuh jalan (lebih baik dari tiada).

Azam tahun baru 2014-01-01

1. “Passion” perlu ditentukan dalam tempoh setahun ini dan untuk tahun-tahun berikutnya, saya akan berlari untuknya.
  • ini memang sukar. Saya masih mahu menulis. Kerana itu saya memilih Master in Publishing, barangkali secara berperingkat-peringkat saya kembali mampu mengarang setelah sekian lama meninggalkan. Namun, terlalu banyak yang ingin saya teroka. Dan semua itu menakutkan kerana saya sendiri tidak pasti kemampuan diri dan mimpi yang benar-benar ingin saya gapai.
2. Menulis. A. Samad Said selalu berpesan; membaca, membaca, membaca dan menulis. Baca sebuah buku (minimum) setiap minggu (walau tidak habis) untuk dapatkan ilmu pengetahuan yang baru dan berbeza serta menulis setiap minggu. (sama ada blog, artikel atau travelog)
  • saya menulis. Ada 3 artikel berkaitan isu. namun, mulai bulan mac, saya seakan hilang arah. masih membaca dan banyak idea. namun, berdepan papan kekunci dan layar komputer riba. saya buntu. Rasanya, setiap bulan 1 artikel quite fine right. Sorry that I can't really chase the issue and do writing for each of them. Then, I really want to write cerpen (novel actually). to do story find much more difficult now.. huh!
3. Lesen. Tiada lagi alasan. 2014 ini saya sudah mampu memecut kereta di atas jalan raya. Mula berjimat untuk membayar ansuran bulanan kereta.
  • masih tersangkut di L. saya tak bertemu masa untuk kelas memandu. tidaklah terlalu sibuk namun, 2 jam untuk belajar memandu seakan begitu sukar ditemui. haish!
4. Kerjaya. Sebuah kedai untuk KO-PKPIM Berhad. Gaji RM 3,000.00 (minimum) bila tahun 2014 berakhir.
  • this is fun and adventurous. working in KO-PKPIM BHD can be really stressing but at the same time enjoyable. I don't really know what exactly I'm doing, no planning, just going through. with intention to survive myself financially and PKPIM for long term journey. actually, I learnt a lot through a year of working but since I am so lacking nothing improving or worsening may be. But, I manage to get a site in Bangi Gateway shopping complex to put the items on sale there. The best thing, there are workers there to help selling and operating, I just put the goods and once a week check the sale and stock. Only the rent quite high, 20% from overall sale. I always want a lot there, a shop in bangi and Bangi Gateway as new location seem promising.  That's why I told, sometime fun thing can happen in strenuous situation. I am going to venture business that I'm not really fond to but, its make money, so why not? the RM 3,000.00 salary, I don't know if can happen but if I'm further study, I will not really work but the business will carry on. May be not much money but still the money can survive me somehow. Hopefully...
5. Aktiviti Sosial. Laksanakan satu program (minimum) setiap bulan. Bukan lagi sertai tapi ketuai pelaksanaannya. Jadi berani dan yakin dengan diri.

  • this worst ever! last year, I just conduct one wacana. This year, I just manage to do Sekolah Massa Ekonomi with Abang Naim Jaafar. I attend a lot of program, I want to do a lot of thing too. But, I've no confident in doing. Fazril really make me small. I think, why I've to compare myself with him? But, it seem he did everything that actually I need to do. When, Abang Syazwan ask me to prepare all the items (report and so on) for each current issues that appear recently, I feel hopeless. I'm don't really have time to follow each and everything. Or may be I have but, I just love to find excuses for something that I don't really intend to do. And its just hated me everywhere. But, I really want to do. Actually a lot. But alone and without partner or team to consult and plan together, I've no confidence to move on. All the paperwork if happen to be written, is safe keeping in my computer folder. If not, its just in my imagination and my mind. But then, azam tahun baru never mention PKPIM. I can do anything, not only related to my portfolio and PKPIM. May be I've to swim farther. Something I love, not because I've to do. Because the thing I've to do, do not make me desire to do.
 That's why, azam tahun baru is very important. At least, I've benchmark in everything I did. A shabby person that always do thing spontaneously like me always don't know what to do and where to go. Now, every quarter of year (once in three months) I can do evaluation. How far I've go and how far I need to go.

I find some mediocre to surpass my target. So, I need some modification and specialization. Hopefully, it can improve my way of life...

Azam tahun baru 2014-01-01

1. “Passion” perlu ditentukan dalam tempoh setahun ini dan untuk tahun-tahun berikutnya, saya akan berlari untuknya.
  • focus on writing, travelling, potential exploration, and books business
2. Menulis. A. Samad Said selalu berpesan; membaca, membaca, membaca dan menulis. Baca sebuah buku (minimum) setiap minggu (walau tidak habis) untuk dapatkan ilmu pengetahuan yang baru dan berbeza serta menulis setiap minggu. (sama ada blog, artikel atau travelog)
  • an article each month and try make it publish on paper or magazine
  • blog entri on book review, travelog or opinion essay
3. Lesen. Tiada lagi alasan. 2014 ini saya sudah mampu memecut kereta di atas jalan raya. Mula berjimat untuk membayar ansuran bulanan kereta.
  • try every monday at least to have class. 4 class only. Please!!!
4. Kerjaya. Sebuah kedai untuk KO-PKPIM Berhad. Gaji RM 3,000.00 (minimum) bila tahun 2014 berakhir.
  • a schedule please. Since life will always moving a schedule is very necessary!!!
5. Aktiviti Sosial. Laksanakan satu program (minimum) setiap bulan. Bukan lagi sertai tapi ketuai pelaksanaannya. Jadi berani dan yakin dengan diri.
  • April : Usrah with KDH
  • May : Seminar Revolusi Bakat with Abg Naim
  • Jun : Induction trip with Pasukan Penyelidik
  • Julai : Iftar Pasukan Penyelidik
  • Ogos : Birthday Party ^_^ + Open House
  • September : Usrah with UM
  • Oktober : Session with Prof. Sidin
  • November : Session with Prof. Redzuan
  • Disember : Outdoor Session
Okay, there another 9 months to go. See again in July for next evaluation.. 


Friday, March 21, 2014

Stop

What friendship mean? Its something not easy for me to comprehend. I don't feel I ever have a best friend in my lifetime. No one to be blamed, just I am not ready to accept a person to intrude in my life deeply. 

I've been hurting sharing my secret with people around me. Nobody will really be there. May be I expected too much from people that I've hurt again and again.

Therefore, I decided to stop to be in that kind of friendship anymore. 

Sometime, I feel like I should just ignore. May be that friendship mean, sometime happy, sometime hurt. But, I don't feel any friendship. It just... business may be. 

And its annoying. That I want to stop. Stop to be in a fake relationship they call friendship. Where, I always feel disturb and hurt.

Nobody to be blamed. Its all my fault to feel that way, to be that way. I just need to stop now.


Breaking

Since I decided. I try my best to avoid anything with the people in my life. But, its not easy actually. Repeatedly I ask myself, why did I really want to break all this relationships?

He. A man that I met about a year ago (a year + months). Its not a love in first sight but since the day I know him, he seem special to me. But, nothing more just feeling he is different than others person I've been met before.

In time I learnt more about him, work together, talk and most listening to him or observing him. May be following too. I grow an interest, rather then like, I felt impressed. And may be attracted.

I start talking about him, (of course he knows nothing) but people around me sense something. But, I convince them and also myself, its just a feeling like a fan toward a person they fanatic about. (ok, i'm not fanatic just can't stop listening and observing or may be following him... err, did it mean fanatic???)

Now, it go deeper to admiration. Inspiring. I felt threaten. I felt competitiveness. I felt I want to be like him. (or may be with him.....) Somehow jealousy too.

Its started confusing at the point where I always felt I need to meet him.

And I kept all this feeling myself until I decided to write this. Because I want to let it go and move on. I've been fighting with myself whether it is worth to come clean with my feel and being honest with him or just quietly and slowly let the feeling fade away. Time consuming but it's avoid any damage. Because, rather than hurting me, I afraid it will hurt him more in different way if he learned the truth.

The problem is the feeling. Either just a fan or more than that? Until now, I've been confusing.

Therefore, all this have to stop before I am hurting myself and others. May be that's the reason I'm breaking the relationship one by one. Before its breaking me down.

Tuesday, March 18, 2014

Leaving

I try to start writing daily journal manually. Try to figure out, what kind of story to write down. What happen in life and what I felt deep inside. But, I just stuck after write for several line. Whether, I have difficulty to write using pen or it is awkward to be writing on paper. Then, I decided to choose blogging. If people say it is just personal story, let it be... how many people reading my blog anyway...

Sometime, life seem so complicated when it comes on relationship. Whether family, friends, co-workers, lovers or people that we fatefully met in our life. For me, I've lot of fun meeting new people although I learned that its not easy to start any new relationship, not to establish it into the firm one. Realizing that, I learned how fragile my relationship toward people around me that make me cry much of time to think whether I will left alone somewhere.

Whether, a daughter, a sister, a friend, a partner, an employee, a student and a lover, I don't think I can perform in any of it. I felt I have been hurting and hurt by the people I have relation with. Most of time. Thinking that, how least important I am toward their life that will make me want to run away every time. But, thinking the new relation I will be developing in new place with new person. It just scared me away.

I try to not really think about people. To make sure I am not to be hurt or hurting them. Really, life is just for a moment. And we live for the world after. Bothering myself with people is always too much. Its time to move on. End the hurt relationship and move on. Its bitter. But life needed the bitter one. Its not a sin right to forget everything and walk away? I know how expert I am to be a fugitive in much of situation. May be its quite childish and immature. But, if waiting is just wasting of time. What is wrong to leave?

Whether friend, family, work, love and whatever life in this moment. I'm thinking to let go one by one.  

Monday, February 17, 2014

PBS DAN BEBAN TUGASAN GURU SERTA IMPLIKASI KEPADA PELAJAR


Dalam satu bengkel pendidikan yang pernah dijalankan, kami menerima edaran yang menyenaraikan 71 tugasan guru dengan makluman bahawa masih banyak lagi tugasan yang tidak dimasukkan di dalam senarai tersebut. Melihat kepada senarai yang tersedia, ditambah dengan sistem pentaksiran baharu (Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)) yang mula dilaksanakan pada Januari 2011 di peringkat sekolah rendah dan 2012 di peringkat sekolah menengah, beban tugasan guru nampaknya semakin berat dan menekan.

Pada dasarnya, pelaksanaan PBS adalah transformasi pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat pengajian rendah dan menengah dalam usaha mengurangkann orientasi pendidikan menjurus kepada peperiksaan semata-mata kepada orientasi yang bersifat lebih holistik meliputi akademik dan bukan akademik yang  menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) pelajar. Dalam PBS, guru diberikan autonomi daripada merancang, membina, mentadbir, memeriksa sehingga melapor penilaian terhadap pelajar. Ini dibayangkan sebagai satu langkah yang praktikal di mana guru sebagai individu yang berhubung secara langsung dengan pelajar sewajarnya lebih memahami situasi dan kapasiti pelajar terbabit. Maka penilaian yang dilaksanakan diharapkan lebih berkesan dalam membangun potensi dan kemahiran pelajar. Dari sudut ini, PBS berkemungkinan mampu menjadi alternatif sistem pentaksiran pendidikan masa depan dalam usaha melahirkan manusia yang lebih berketrampilan, berdaya-saing serta bertatasusila.

Walaubagaimanapun, wujud beberapa kritikan dan ketidakpuasan yang timbul dalam pelaksanaan sistem ini. Antara yang paling mendapat perhatian adalah sistem aplikasi web-based yang mengiringi pelaksanaan PBS ini dilihat menjadi halangan untuk PBS berfungsi dengan baik. Rata-rata guru mengadu berkaitan kesulitan yang mereka hadapi untuk mengakses sistem aplikasi yang telah disediakan. Kesukaran ini menjadi tambahan beban kepada tugasan guru sedia ada. Sehingga, tidak ada yang mahu membincangkan manfaat besar dari pelaksanaan PBS ini ekoran kelemahan sistem tersebut.

Pernah saya ajukan pertanyaan kepada beberapa guru sama ada mereka merasakan PBS mampu menggantikan sistem berteraskan peperiksaan serta mampu menjadi alternatif dalam membangun pelajar secara holistik. Jawapan yang saya terima sekadar rungutan berkaitan beban tugasan serta arahan demi arahan yang diterima secara mendadak dan berubah-ubah dari pihak atasan. Ini menyebabkan sebahagian guru ini tidak berminat untuk menjayakan sistem ini tapi sekadar melaksanakan tugasan yang telah diberikan.

Keadaan ini menjadikan ramai yang tertanya-tanya, adakah sistem yang baik tidak akan mampu dipraktikkan dan adakah selamanya sistem pendidikan itu bersifat statik dan tradisi? Sebelum ini juga, telah banyak dasar dan pelan pembangunan pendidikan yang cuba dilaksanakan namun hasilnya masih tidak kelihatan dengan sebahagiannya gagal atau berhenti separuh jalan. Bagi kami, keadaan ini sesuatu yang amal kritikal berikutan pendidikan adalah esensi utama pembangunan manusia yang sangat perlu dititkberatkan.

Cadangan beberapa pihak supaya diwujudkan sekolah rintis bagi setiap dasar baharu yang ingin dibawa supaya ujikaji awal keberkesanan dasar itu dapat diperhati dan dianalisa.  Dasar pendidikan hendaklah bersifat gerak kerja terancang dan bukanlah semata-mata try and error kerana yang dijadikan tikus makmal ini adalah khalayak manusia yang memiliki masa depan yang panjang. Kegagalan dan masalah yang timbul ekoran pelaksanaan semberono sistem dan dasar ini akhirnya akan memberi impak negatif yang berlarutan pada masa akan datang.

Bagi saya, dalam usaha melahirkan pelajar yang memiliki ciri-ciri terbaik intelek, emosi dan fizikal, individu yang memainkan peranan penting dalam mencetak nilai-nilai tersebut dalam diri pelajar adalah insan yang sangat perlu disantuni sewajarnya. Memahami isu bebanan tugas menjadi salah satu faktor kurangnya keupayaan guru dalam memberikan kualiti pengajaran terbaik, sesuatu mesti dilakukan segera. Perlu disedari, guru juga adalah manusia biasa yang memiliki limitasi dan kekangan dalam menggalas tanggungjawab yang diberikan. Adalah kurang adil dengan meletakkan pelbagai tugasan teknikal kepada guru, dalam masa yang sama mengharapkan prestasi terbaik dalam memberikan didikan kepada pelajar.

Menjadikan fokus profesionalisme perguruan dalam menentukan hala tuju pelajar yang bakal dilahirkan mungkin antara kaedah terbaik yang perlu wujud dalam dasar pendidikan. Lebih-lebih lagi jika PBS yang meletakkan autonomi kepada guru dalam semua peringkat pentaksiran benar-benar mahu dijayakan. Mahu tidak mahu, kerjaya perguruan perlu diperkasa dengan penekanan kepada nilai-nilai sosial, intelektual dan sebagainya yang perlu wujud dalam diri guru itu sendiri. Dalam penerapan nilai-nilai itu, mahu tidak mahu budaya dan persekitaran positif di kalangan pendidik perlu disediakan. Terutamanya, beban tugasan guru dari sudut teknikal perlu dikurangkan atau dihilangkan, supaya fokus perguruan adalah semata-mata demi membangun potensi pelajar.

Guru perlu diberi ruang untuk berekspresi seluas-luasnya mendidik anak bangsa dengan semaian benih komitmen bahawa menyebarkan ilmu bukan sekadar atas arahan dan memenuhi keperluan kehidupan. Tetapi misi memanusiakan manusia ini perlu mengambil kira keazaman dan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi. Komitmen sebegini biasa wujud dikalangan guru muda dan semakin berkurang dengan pertambahan usia kerjaya di mana komitmen itu terpesong atas pelbagai faktor. Walau tidak dinafikan masih ramai guru yang mahu memberikan yang terbaik buat anak didik mereka. Cuma ruang dan peluang serta kaedah yang tersedia tidak membantu ke arah tersebut.

Sebagai langkah awal, penggantungan sistem teknologi aplikasi PBS yang merenyahkan dan diganti dengan sistem manual sedikit sebanyak meringankan beban tugas guru. Namun, perlu diketahui seperti yang telah disebutkan di awal tadi, bahawa masih banyak lagi tugas-tugas yang perlu digalas seorang guru.

Atas sebab itu, maka kajian menyeluruh beban tugasan guru perlu dilaksanakan dengan kesedaran bahawa guru memainkan peranan penting untuk mencorak generasi akan datang. Semak semula setiap dasar dan arahan yang mahu dilaksanakan di peringkat sekolah dan guru adalah sangat penting bagi memastikan tugasan utama guru untuk mengajar dan mendidik tidak terganggu dengan tugasan-tugasan teknikal yang lainnya.

Amalina Binti Ismail
Exco Pendidikan dan Penyelidikan PKPIM Sesi 2013/2014
4 Disember 2013

Friday, February 7, 2014

Saya mahu menulis...

Saya teringat sesuatu.. kenapa saya mula membuka blog dan akibatnya dari tindakan ini...

Kesan yang pasti, saya berhenti menulis diari... saya tidak lagi mengangkat pena, menulis rasa dan peristiwa yang membekas dalam jiwa, kata demi kata di atas helaian diari. Kata saya, blog ini pengganti. Garaplah segalanya di dalamnya!

Beda. Atau masa dan peristiwa menyebabkan ia beda. Atau memang benar-benar blog tidak bisa mengganti diari biasa.

Saya tidak mampu seenaknya meluah rasa. Walau kadang-kala saya catatkan juga, namun bahasa dan tulisannya ternyata penuh waspada, seakan terbisik kata... 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'.

Tentu, kerana blog bolh dibaca semua, tidak seperti diari tersimpan kemas dalam ruang peribadi. Berkali-kali mahu jadikan tetapan menjadi 'privacy'. Tapi, apa makna blog jika ia tidak dapat dikongsi. Dan, masih ada catatan yang mahu disampaikan pada orang ramai.

Jadi saya mulai mahu kembali menulis diari. Namun tidak mudah. Luka yang dalam yang sukar dicatatkan atau menulis tangan tidak lagi satu kebiasaan... saya memberi alasan tanpa kepastian.

Namun, menanggung luka dan membiar dalam jiwa (kerna saya tidak tahu bagaimana mahu bicara dan cuma pandai menyusun aksara) ternyata terlalu sakit untuk ditanggung. Saya mahu menulis dan meluahkannya...

Hidup memang tidak mudah. Dan saya percaya semua insan melalui kesukaran dan kepayahan yang berbeza namun sama, kerna setiap manusia punya cerita tersendiri. Jadi cerita saya tidak istimewa. Cuma, ia berbeza.

Dan, penulisan ini berhenti di sini.... sudah saya beri alasannya, salah blog ini atau luka itu terlalu payah untuk diceritakan...

Thursday, January 30, 2014

Syura dan Pemimpin

Jujur saya katakan, saya tidak mudah diyakini, tidak senang mengikuti dan sukar untuk ikut membuta tuli. Maka, jika ada yang memberi arahan dan saya rasakan tidak cocok di hati, saya dengan tenang akan berlalu pergi tanpa ambil peduli.

Hidup dalam masyarakat yang bersistem dan berperaturan membuatkan kita terdoktrinasi untuk mengikut tanpa banyak tanya. Bagi saya, taqlid itu bahaya. Sama ada kita jadi zombi, robot atau sesat dalam arus.

Jadi, tidak salah untuk bertanya, meminta penjelasan, meluahkan rasa malah memberikan teguran. Maka, ketika diajar urusan syura, saya begitu teruja memahami. Benar, dalam hidup ada keperluan yang perlu diutamakan, tapi tidak semua keutamaan yang kita rasakan utama itu serupa untuk semua individu. Di sini pentingnya syura, musyawarah itu.

Bermusyawarah itu membawa kita mengenal. Bukan mahu orang lain saja yang mengenal kita, tapi lebih-lebih lagi peluang untuk kita mengenal orang lain. Bermusyawarah itu tidak mesti pada urusan besar dan penting, malah soal makan, pakai malah suka dan benci, semuanya wajar dimusyawarahkan, dibincangkan.

Jadi, jika mahu terus menyuruh itu dan ini, tanpa berbincang, tanpa difahami, tanpa mengenal, kita akan terdedah pada bahaya 'syok sendiri'. Barangkali, ya, arahan dan suruhan itu diikut dan dilaksana, namun, sejauh mana hati yang melaksanakan itu ikhlas dan reda? Kita tak akan tahu tanpa cuba mendengar dan mengerti.

Menjadi pemimpin itu tidak mudah. Jadi saya memang hairan bila orang berebut-rebut mahukan kerusi di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Ini disebabkan, betapa pemimpin itu perlu miliki kemahiran mendengar, kemampuan mengerti dan keupayaan memahami bukan sekadar pengetahuan itu dan ini, maka 'aku lebih tahu dan ikut arahan ku'. Dalam organisasi juga serupa, 'kerana aku ketua, maka kataku kebal, tidak salah dan tidak wajar dipersoal'. 'Kerana kamu pengikut, maka ikut dan patuh saja arahan itu.'

Alahai pemimpin sekalian, memang tidak mudah jadi pemimpin itu, semua hati perlu dijaga, semua hak mesti dijaga dan keadilan itu mesti ditegakkan. Makanya, bersedialah untuk menerima kecaman, teguran, nasihat malah fitnah dan adu domba walau anda tidak mahu jadi pemimpin namun, sebagai pemimpin, bersedialah!

Makanya, itulah sebab musyawarah itu perlu, mendengar itu mesti, sebab hidup pemimpin bukan hidup sendiri.

Dalam jamaah ini, ada juga syuranya yang tertinggi. Katanya, keputusan syura adalah persetujuan bersama, keputusannya terkandung barakah. Melaksananya jika betul dapat dua pahala, jika salah dapat satu pahala. Membelakangi adalah khianat.

Saya memahami pendirian dan konsep ini. Saya juga mengerti bila ada anggota yang tidak terlibat secara langsung di dalamnya tidak mampu untuk mengikut dan meraikan keputusannya. Ya, mereka tidak didengari suaranya, maka disuruh mengikut saja. Lalu, itulah pentingnya pemimpin mendengar dan meraikan suara mereka, juga cuba memahamkan sebaiknya keputusan yang telah dibuat bersama.

Jika masih tidak mahu, jangan dilabel itu dan ini, sebaliknya biarkan saja mereka dengan langkah mereka dan unjurkan mereka untuk secara terhormat berpisah dari gerakan. Barangkali nampak tidak adil, namun, inilah kemuliaan untuk hidup bersama.

Sebagai anggota, kepatuhan adalah satu kemestian kerana jika bersalahan tindakan kita dengan gerakan yang kita anggotai, akan timbul fitnah dan aib terhadap gerakan ekoran anggota yang gagal patuh dan taat. Maka, jika tidak setuju, dapatkan penjelasan sebaiknya, jika masih tidak berpuas hati, pilihlah untuk diam dan menghormati keberkatan syura atau secara terhormat berpisah dari gerakan.

Pasti ada tolak-ansur di sini selagi tidak berkait akidah dan syariat. Maka, di bawah syura tertinggi itu, syuralah dalam kumpulan-kumpulan kecil supaya dapat saling mendengar dan saling mengenal.

Ketika Anwar Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Presiden ABIM dan memilih memasuki UMNO, bagi saya silapnya cuma satu, beliau tidak dahulu bersyura sebaiknya, tidak dahulu memahamkan anggota. Maka, kesannya begitu pahit, dikenang orang hingga hari ini.

Ust. Siddiq pernah berkongsi pengalaman peribadi beliau ketika membuat pilihan untuk melanjutkan pengajian, ketika semangat berkobar-kobar untuk ke luar negara, beliau berkonsultasi dahulu dan saranan Anwar Ibrahim untuk melanjutkan pengajian di dalam negara di bawah seliaan Prof. Naquib Al-Attas diterima dengan ikhlas dan senang hati. Ya, memahamkan pengikut tentang apa yang pemimpin inginkan akan memberi kesan dalam kepimpinan dan struktur organisasi serta negara keseluruhannya.

Bila menulis tentang ini, saya berfikir sendiri , betapa saya sendiri masih begitu lemah soal musyawarah ini. Saling mendengar, mengenal dan mengerti. Namun, kita diajar untuk terus mengajak orang lain di samping sedaya upaya memperbaiki kelemahan diri.

yok! sama-sama perbaiki diri. Mulakan dengan 'meletakkan diri dalam kasut orang lain'!

Agama yang Mana Kita Berbeza


Selamat Tahun Baru Cina! 
(Doodle from Google)

Agama, percaya dan beza. Ternyata kita semua punya agama, dan kita percaya bahawa agama yang kita pegang itulah sebenar-benar dan hakikinya adalah agama yang benar. Namun, disebabkan agama dan kepercayaan kita berbeza, maka kita tidak sama. Kita berbeza dan bersalahan antara satu sama lain. Kadang-kala bila ada perkara segelintir pihak menerima, ada pihak menolak dengan tegas. Jadi bagaimana perbezaan ini mampu dirai? Atau lebih tepat, mengapa perlu berbeza? Sehingga segalanya seakan tidak keruan dan menimbulkan satu demi satu permusuhan.

Ketika menghadiri Projek Dialog, Agama di Malaysia: Masalah dan Penyelesaiannya, saya masih menggenggam Tasauf Modern karangan Buya Hamka yang masih cuba saya tekuni dari helaian demi helaian di setiap ruang dan peluang. Bila seorang panel membangkit permasalahan agama sebagai punca permusuhan, perbalahan malah mengakibatkan pembunuhan, saya teringat beberapa perenggan yang ditulis Hamka iaitu;

                ‘Apakah tuan kira jika terjadi peperangan antara suatu bangsa dengan bangsa yang lain, terjadi pembunuhan dan pertempuran ngeri, lempar-melemparkan bom, runtuh-meruntuhkan , hancur-menghancurkan negeri, patah-mematahkan jembatan perhubungan; apakah tuan kira bahawa peperangan itu hanya semata-mata keinginan hendak menghilangkan keamanan dunia? Bukan! Bukan peperangan yang jadi tujuan dari peperangan, bukan kerosakan yang jadi cita-cita. Bahkan semua orang yang berperang tahu bahawa perbuatannya ngeri, kejam. Tetapi kerana ada di balik itu yang mereka tuju, lupalah mereka kerosakan itu. Yang mereka tuju ialah akibat sesudah perang, menang atau kalah! Mujur atau malang!
                Jika menang bendera naik, jika kalah bangsa pun hina! Demikianlah adanya hidup ini. Hidup adalah peperangan yang hebat, lagi kejam dan sakit. Di antara sepihak balatentera yang bernama diri dengan sepihak lagi balatentera yang bernama nasib.
                Peperangan itu belum pernah berhenti, dan selama-lamanya tidak akan berhenti, selama nafas masih dalam badan, selama matahari masih dihirup cahayanya, sampai langit digulung dan bumi dibelah, sampai kepada saat manusia yang akhirnya sekali hidup dalam alam ini’

Ternyata, ada benar bicara Hamka, perang, pembunuhan itu terjadi sejak anak Adam pertama, Habil dan Qabil. Malah, hingga hari ini ia tidak pernah kunjung tiba, tidak pernah berhenti. Jika sudah berhenti perang di suatu kawasan, timbul pula perang di kawasan lainnya. Jika lerai sudah perang antara negara, muncul pula perbalahan dan perang antara kaum dan bangsa. Berterusan sepanjang tamadun dan sejarah manusia.

Seperti terbunuhnya Habil ditangan Qabil, setiap perang yang berlangsung ada tujuannya. Tujuannya jelas, seperti bercita-citanya Qabil hidup bahagia bersama pasangan yang lebih menepati citarasanya, begitulah perang berlaku demi kebahagian yang dikejar manusia. Juga bahagia itu punya banyak makna, barangkali bahagia menegakkan kepercayaan dan prinsip, bahagia mengaut kekayaan dan laba, bahagia memegang kekuasaan dan pengaruh, dan lain-lain bentuk bahagia yang didamba manusia.

Maka, bertanya kita, perdamaian dan cinta itu bagaimana bisa dicipta?

Kata Hamka, ada 4 rukun yang harus ditegakkan dalam menyusun masyarakat, kalau mahu keamanan dan kesentosaan sentiasa terjaga;
1. Pertahanan atas diri
2. Menjaga kehormatan
3. Mendirikan pemerintahan
4. Mengakui ada suatu kekuasaan ghaib yang melindungi alam yang akan memberi ganjaran baik dan buruk di hari kemudian

Mempertahankan diri, menjaga kehormatan adalah sifat manusia yang memiliki kemuliaan. Manusia yang mahu menjaga nilai karamah insaniah ini perlu ada keinginan untuk mempertahankan diri, nyawa dan maruahnya. Namun, dalam usaha ini, kadang-kala manusia itu melampaui batas, dalam mempertahankan diri ada kehormatan dan nyawa orang lain yang tertindas dalam hilang. Maka, ada keperluan pemerintahan dan sistem peraturan kehidupan didirikan. Di mana manusia akan terkekang nafsu syahwatnya dan terbatas keinginan rasanya. Kata lain, pemerintahan menjaga pergaulan sesame manusia. Tapi pemerintahan sekadar mengatur lahiriah sahaja. Oleh itu, agama, percaya pada Tuhan (kuasa ghaib dan kehidupan selepas kematian) itu mengendali syahwat menuju kehendaknya, tidak terbentur dengan kepentingan orang lain dan tidak pula merosak diri sendiri. Agama juga yang menentukan di mana batas-batasnya pertahanan diri dan penyerangan pula. Ia juga menentukan batas penjagaan kehormatan diri dan di mana yang mengenai orang lain pula.

Benar, kerana agama kita berbeza, tapi kerana agama jugalah kita mengerti hidup ini ada batasnya. Kebebasan dan berleluasa itu ada had hentinya. Jangan sampai menindas dan tertindas. Jangan sampai jatuh dan menghinakan.

Bila ada pandangan yang mempersoalkan agama menyekat perpaduan, membunuh kedamaian, malah ada berkata agama sekadar kepercayaan karut golongan tradisional, sedang zaman telah berubah dan kebebasan adalah hak milik setiap insan. Perlu, kita kaji kembali, bagaimana agama telah sekian lama mendidik dan membina tamadun manusia.

Ada yang berkata, jika maksud agama hendak mendidik manusia berperangai baik, sedang saya telah berperangai baik, tidak mencuri, tidak berzina, tidak menganiaya, maka apa guna saya beragama lagi? Maka, hendaklah dia semak kembali sejarah bahawa idea dan ajaran mana yang menunjukkan ciri-ciri manusia yang baik itu. Siapakah yang lebih dahulu dari agama yang menerangkan bahawa mengambil hak milik orang lain dinamai mencuri? Siapakah yang menamai hubungan di luar nikah itu zina? Dan siapakah yang mengatakan merampas hak milik orang lain itu menganiaya?

Justeru, penyelesaian masalah perpaduan, perdamaian, keamanan dan cinta ini ternyata adalah kembali kepada agama. Jika sekali-kali manusia memilih untuk keluar dari agama, demi keamanan sejagat, maka tunggulah keamanan yang dicari tak akan kunjung tiba malah huru-hara dan perpecahan semakin berleluasa.

Lalu timbul soal, beda agama pula bagaimana?

[ Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).] Surah Al-Hujurat: ayat 13

Berbeza dan berlainan itu sunnatullah. Dia menciptakan makhluk berbeza supaya kita boleh saling berkenal-kenalan. Bagi saya, supaya kita boleh hidup. Perbezaan menjadikan kehidupan suatu yang relevan kerana tanpa perbezaan, mana mungkin kehidupan boleh berlaku.

Bagi orang yang tidak mengenal maka dikatakan agama itu perselisihan. Tiap-tiap agama mengatakan pihaknya yang lebih benar, dan agama lain penuh dengan kesalahan. Jika terjadi perselisihan antara agama, perlu ada golongan yang menyelidiki, tidak sekadar mengelak dan mengundurkan diri. Pertikaian dan permasalahan menjadi sebab pemeriksaan dan penelitian. Dan seorang penyelidik itu menyatakan hasil peneyelidikannya yang kadang-kadang benar, kadang-kadang mungkin salah. Kalau tidak dengan penyelidikan, tentu orang tidak dapat membedakan yang baik dengan yang jahat. Kalau tidak ada kesungguhan memeriksa, tentu tidak akan bertemu barang yang hilang.

Penyelidikan, penelitian, pemeriksaan atau apa jua istilah yang diberikan, bagi saya maksudnya serupa seperti ayat di atas, kita mengenal. Perbezaan ini memerlukan kita untuk saling mengenal dan mengambil tahu. Membuka akal dan minda untuk menerima bahawa Tuhan memang ciptakan kita berbeza. Kewajipan kita ialah untuk saling berkenalan.

Ruang yang disediakan Projek Dialog melalui perbincangan dan perbahasan antara kaum dan agama bagi saya sangat menepati unjuran ayat Quran di atas. Melalui platform ini kita bebas berbicara, meluah rasa dan ajaran agama masing-masing. Perlu diingat, ada batasnya seperti yang diajarkan agama.


Keamanan dan kedamaian ala utopia barangkali suatu mustahil. Namun, usaha untuk mengecap dan meneguknya adalah perjuangan manusiawi. Bagi Islam, bukan hasil yang Allah lihat, bukan kedamaian yang dicapai itu dinilai Tuhan, tapi tindakan dan langkah yang diatur ke arah damai itu yang diberiNya ganjaran. Maka, seperti diperintahkan agama, perjuangan ke arah keamanan dan cinta sesama insan itu adalah mulia. 

Wednesday, January 29, 2014

Aduhai..

Tiba-tiba hati berdetik seribu rasa. Khabar yang dibawakan teman cuma andaian dan gurauan, tapi ia menyentuh rasa, membuah resah dan bimbang dalam jiwa. Aduhai hati, setelah jatuh berkali-kali.. memang sifatmu seperti mahu berderai rasanya.

Berkali-kali saya menimbang, memilih antara mimpi dan cita-cita, antara masa depan dan bahagia, antara cinta dan rindu yang menyesak dalam dada. Aduhai rasa, akal manakah yang mesti ku ikutkan jua?

Namun, jauh di sudut hati, saya mahu percaya, masa yang berlalu menjadikan sejarah boleh dicipta. Ya, rasa, mimpi, harapan dan cita-cita... bisa jadi realiti, bisa tersimpan menjadi angan-angan yang didambai.

Rindu akan terus dibawa angin lalu... kadang-kadang kencang dan deras, kadang-kadang sepoi beralun. Namun tetap rindu... dan tiba masa, saya percaya angin kan pergi dan rindu tertinggal menjadi rasa yang lalu.

Thursday, January 23, 2014

Berlari, Mengejar Mimpi

Impian, mimpi. Ingin sekali saya berlari mengejarnya! Selamanya, saya mencari begitu banyak alasan untuk tidak menggapainya. Ketika tamat pengajian, kecewa dengan perasaan yang tidak puas hati sepanjang tempoh pengajian. Impian yang makin pudar. Hala tuju yang tak tentu hala. Tugasan dan tanggungjawab yang diluar keupayaan. Saya buntu. Saya menangis mencari jalan keluar.

Seketika lama, saya membiarkan diri, dibawa hanyut oleh arus. Namun, arus itulah kehidupan. Dalam pelayaran yang seketika itu, saya menghadam sejuta perkara. Saya mula mencari mimpi. Saya mula merenung rasa yang tersimpan jauh dalam diri. Saya mula mengatur langkah satu per satu. Ya, memang pincang, masih tidak kelihatan cahaya yang mencerahkan. Tapi, saya mula menemukan laluan. Entahkan benar, entahkan tidak. Saya sendiri tidak pasti.

Beberapa hari lalu, ada teman mengajak untuk sama-sama  menulis antologi cerpen. Sesuatu yang telah saya impikan sekian lama. Impian yang semakin tenggelam dan pudar hilang. Saya tertawa, penulisan kreatif telah agak lama saya tinggalkan. Tertanya-tanya kemampuan diri, sama ada masih berupaya melakukannya kini.

Saya menyemak kembali naskhah cerpen Ku Berlari, Ku Kejar Mimpi, cerpen yang ditulis di pertengahan 2009, cerpen yang ditulis di saat saya mengalami satu pengalaman getir yang membekas dalam jiwa. Ketika itu, saya masih menyimpan mimpi. Kelukaan yang saya alami kala itu cuba saya luahkan dalam cerpen ini bersama mimpi yang ingin saya gapai. Sayangnya, itulah cerpen terakhir saya. Ketika membacanya kembali, saya masih tidak berpuas hati. 

Cerpen ini saya tulis ketika usia menganjak 20 tahun. Bacaan saya ketika itu kebanyakannya adalah karya-karya sastera kontemporari, terutama penulisa Faisal Tehrani. Saya ketika itu, memang terlalu mahu menulis karya berlatar-belakang negara asing. Maklumat yang diperoleh dari sepupu yang sedang belajar di Jepun menjadi modal di samping drama Jepun yang memang menjadi rutin harian. Ternyata, latar yang dipersembahkan tidak begitu kuat. Begitu juga plot yang ditawarkan. Saya tidak pasti jika dibaca orang lain, adakah mereka mengerti jalan cerita yang mahu disampaikan. Ternyata, jika benar-benar mahu diterbitkan, karya ini mesti dimatangkan.

Namun, cerpen ini adalah sebuah kisah yang sangat hampir dengan saya. Ia tersimpan luka, terukir mimpi dan tersirat seribu satu rasa. Kisah ini, bila dilihat kini menunjukkan betapa cintanya saya pada kembara dan kerinduan yang mendalam untuk kembali berkarya. Dan masih, ia mengandung duka yang kekal berparut menemani sejarah lalu saya.

Membacanya kembali ketika saya mula menyusun langkah mencari masa depan, saya seakan mahu berlari dan mengejar mimpi!


Monday, January 6, 2014

Hujung Minggu dan Orang Hebat

Sabtu, menghabiskan separuh hari dalam Seminar Dunia Usahawan Dr. Azizan Osman. Seminar yang mengajar teknik pemasaran secara percuma itu dihadiri begitu ramai peserta. Kerusi yang disediakan tidak mencukupi. Mungkin ada dekat 10k orang yang hadir. Ini menunjukkan teknik pemasaran Dr. Azizan memang berjaya.

Saya memang pernah banyak kali mendengar tentang program-program Dr. Azizan, namun, saya memang tidak berminat untuk hadir. Mungkin disebabkan saya tidak begitu cenderung dalam bidang perniagaan, saya tidak mengambil berat berkaitannya. Namun, setelah dipujuk oleh seorang sahabat, saya hadir juga. Niatnya, ada ilmu yang bermanfaat dapat dibawa pulang juga demi memenuhi hasrat seorang sahabat.

Alhamdulilah, walaupun saya tidak menunjukkan keterujaan dalam seminar yang penuh tenaga ini, saya belajar banyak perkara. Meneliti kisah yang dituturkan Dr. Azizan berkaitan dirinya sepanjang seminar yang diselang-seli dengan teknik-teknik pemasaran berjaya, saya berfikir berbagai perkara.

Pertama, adalah satu tanggungjawab keinsanan itu untuk memberdayakan manusia. Memberdayakan diri sendiri dan juga orang lain. Kedua, sistem pendidikan kita memang mencemaskan. Bukan saja tidak mampu memberdaya, mengharap makan gaji dan meminta-minta, ia juga sunyi dengan kualiti moral dan intelektual yang membentuk sahsiah mulia dan pemikiran kreatif. Ketiga, hidup ini untuk memberi dan kekayaan yang diperoleh untuk di kongsi.

Dr. Azizan mengajar bagaimana untuk kaya, dalam masa yang sama tidak putus-putus mengajak untuk sedar diri dan memberi. Berkongsi kisah lalunya yang selaputi mendung kelabu, memberikan pengajaran bererti. Memahami, makna hidup yang hakiki. Kadang-kala diselit juga sindiran isu semasa, harga barang yang naik dan sebagainya. Beliau juga rakyat biasa. Kaya mana pun turut tersentuh dengan kenaikan kos sara hidup yang meningkat.

Saya, memang tidak bercita-cita mahu jadi jutawan. Namun, melihat beliau membantu mereka untuk membangun diri, memberdaya insani, saya kagum sekali. Barangkali kerana cita-cita saya bukan mahu kaya-raya tapi membangunkan negara dengan membangunkan warganya. Dan, kaedah Dr. Azizan ini mengkin salah satu caranya.

Ahad, separuh hari dalam sesi syarahan Merdeka Rakyat (Prof Syed Husin Ali) dan Asian Renaissance (Anwar Ibrahim). Hadir berseorangan menjadikan perasaan sedikit bimbang. Apatahlagi program yang dianjurkan salah satu pusat latihan parti politik (PKR). Peserta yang memenuhi program juga kebanyakannya ahli parti dan juga anak muda.

Uniknya, kehadiran adalah daripada pelbagai bangsa. Malah isi syarahan menyentuh langsung isu-isu sensitif antara kaum. Syarahan dijadikan medium pembentangan ilmu secara terbuka dengan pendekatan perpaduan antara kaum, pengiktirafan kemuliaan insan serta kepentingan ilmu untuk menjadikan seorang itu pemimpin.

Anwar Ibrahim, walau begitu banyak spekulasi, kontroversi dan fitnah di sana-sini. Tiada siapa dapat menyangkal beliau seorang seorang politikus dan pemimpin yang hebat. Tidak mahu jadi ekstremis, namun Anwar adalah tokoh politik di Malaysia yang wajar dicontohi.

Selain seorang orator yang hebat, dengan kata-kata yang mampu mempengaruhi khalayak masyarakat dan menundukkan kawan serta lawan. Beliau seorang pemimpin yang mementingkan nilai dan tradisi keilmuan. Ugutan yang diberikan kepada pemimpin PKR untuk menambahkan pembacaan dan berbicara dengan rujukan jika mahu beliau kekal memimpin PKR buat saya terfikir sejenak. Benar, memang ramai ahli politik yang cakap tanpa berfikir apatahlagi bercakap dengan ilmu. Namun, Anwar ternyata berbeza. Ahli politik adalah pemimpin dan kewajipan pemimpin itu hendaklah dia lebih berilmu dari yang dipimpinnya atau sekurang-kurangnya berusaha mendapatkan ilmu yang selayaknya untuk memimpin pengikutnya. Nampaknya, Anwar adalah pemimpin yang mahu melahirkan pemimpin seperti beliau juga.

Saya tidak dapat menangkap isi keseluruhan syarahan beliau ekoran beliau memperkenalkan beberapa tokoh di Asia yang wajar untuk diteladani. Merasa malu sendiri, dalam hati saya berazam untuk mengkaji nama-nama tokoh yang disebutkan beliau. Ya, jika mahu jadi pemimpin tidak boleh malas dan culas!

Berkaitan Prof Syed Husin, ini pertama kali saya bertemu beliau. Tidak begitu mengetahui latar-belakang beliau berikutan kejahilan saya sendiri. Namun, beliau rupanya seorang aktivis rakyat yang membela masyarakat miskin bandar.

Isu kemiskinan dan golongan tertindas seringkali menjadi fokus tarikan saya. Ia isu yang mengharukan jiwa dan mengamarahkan emosi. Barangkali jika mahu memperjuangkan nasib mereka, sorotan perjuangan Prof Syed Husin perlu dihayati dan diteladani.

Syarahan ini akan dibuat untuk beberapa siri lagi. Keinginan untuk mengambil diploma dalam bidang psikologi rasanya tidak sekuat keterujaan memahami silibus politik yang bakal disajikan dalam siri-siri syarahan akan datang.

Jika masih ragu-ragu, hilangkan keraguan dan pilih keyakinan!

Malamnya, usrah pimpinan bersama Ust. Siddiq Fadzil. Sesi usrah yang sangat ditungu-tunggu. Sesi pengisian yang saya rasakan paling dekat dengan Ust. Siddiq.

Ust. Siddiq malam ini sedikit bernostalgia bila bercerita kisah zaman kegetiran ABIM ketika Anwar Ibrahim membuat keputusan untuk menyertai UMNO. Kisah yang menjadi pertanyaan ramai, lebih-lebi lagi generasi muda yang tidak melalui zaman itu dan merasai pengalamannya.

Bagi saya, Ust. Siddiq seorang sahabat yang setia, ahli jemaah yang taat dan pemimpin yang dipercayai. Tentu sahaja, guru yang dinanti-nanti sesi kuliahnya. Seringkali mendengar kisah masa lalu, kita akan tertanya-tanya, kisah kita pula bagaimana?

Hujung minggu ini, saya temui 4 orang hebat. Barangkali ramai lagi tapi yang dinyatakan di sini cuma 4. Mereka adalah individu dari pelbagai latar berbeza. Nilai hidup yang berbeza. Tapi mereka cuba dari kaedah apa pun untuk membantu masyarakat. Mereka dengan kepakaran mereka memberdaya ummat. Hujung minggu ini terasa panjang dengan pertemuan bersama orang-orang hebat ini.

Saturday, January 4, 2014

When I try to live the way I want NO MATTER WHAT!


No Matter What! I want to be the person I want to be.

This book was one among I bought at BBW last December. When I want to choose the path of my life and psychology become one of the option. With the thought, may be I can live the life that I love.

Lisa Nichols is a motivational speaker that giving talk and coaching to help people especially teenagers for living the life in better way. I never heard her name before but she achieved a lot in this area and quite known by people.

She represent in the book 9 steps how to live the life you love by unphysical  'muscle' that hid beneath inside us;

  1. Understanding Muscle
  2. Faith-in-Myself Muscle
  3. Take-Action Muscle
  4. I-Know-Like-I-Know Muscle
  5. Honesty Muscle
  6. Say-Yes Muscle
  7. Determination Muscle
  8. Forgiveness Muscle
  9. Highest Choice Muscle
By telling her own life stories, she taught how the 9 muscles can develop and use to live a better. The life we love. Which I admitted that, I am not ready to apply it in my life (oh, motivational think never work on me!). 

However, the stories she told were something else. Stories about an American-African lady that totally different with me. (Really, the story caught my attention rather than how to motivate myself.) What I thought is, the society where she live is sick and she is strong-willed woman that learnt to bounce-back from her imperfect life and applied positive attitude to live the life she love.

When she learnt how imperfect life can be and the effect toward the people (especially the young one), she realized how important to be a person that can play big and help others. That how she started the career she love with a lot of challenges but she manage to be. And I admire that.

But, I am not interested to just help one by one person, try to shape the positive attitude in them so that they can be better and live the life to the best. Still, in the situation and system that not supported their willingness to change. Its not that I don't believe the power of motivational. But, for a person with low willpower like me, if the surrounding do not lead me to the positiveness that I acquired in motivational session, I tend to change back to negative person who I am before. For me, motivation is a temporary power that last in certain time and will be faded if our situation and system of life is still in negative condition. (Haish, how much negative I can be!)

Therefore, I prefer to change the system, the surrounding condition. May be, rather than being a psychologist, I am more interest to be a politician or a person that can draft the principles of the system of our life. Because, to learn how sick this society and being just a healer with other person do all the damages. I felt do not fair and I hate to be just a cleaner when some people do all the shitting.

Nevertheless, I still believe in this world we need motivator. No matter what, in order to create the best system and society, each person and people in there should be the best! Just, its not a career for me...