Pages

Friday, September 11, 2009

Bahaya Facebook 2

Saya memang jarang-jarang membaca berita. Tap bila timbul isu kepala lembu dan tarian pendet, saya jadi tertanya-tanya pula. Maka saya rajin-rajinkan juga diri melayan Utusan Malaysia Online. Senang juga bila ada widget, kalau ada beita terbaru boleh terus tahu. Kalau benar-benar rasa menarik baru baca. Jadi masa pun jimat juga.




Saya memang ada menulis tentang facebook dan hukuman sebatan sebelum ini. Jadi bila ada berita mengenainya rasa menarik pula nak kongsi di sini.




Sambungan internet di kolej memang kurang baik untuk melayari Facebook, maka saya rasa agak bersyukur juga kerana masa saya tidak begitu banyak dibazirkan untuk urusan facebook. Sungguh, facebook mmg telah menjadi manusia banyak membuang masa. Jika tidak, masakan kerajaan Swiss mengharamkan pekerja kerajaan untuk melayarinya?




Memang berbanding laman-laman sosial yang lain, facebook memang lebih interaktif, dinamik dan variasi. Selain berhubung dengan teman-teman, melalui facebook kita dapat bermain permainan komputer, menjawab kuiz, mencari informasi dan banyak lagi (yang saya masih tak sempat untuk ekplor). Mudahnya, macam-macam ada. Senangnya, dengan facebook, anda tidak akan sempat untuk merasa bosan.




Namun, hakikinya kebanyakan yang dilakukan di facebook bukan sesuatu yang bermanfaat. Banyaknya sekadar urusan yang tidak penting dan tidak perlu. Senang cerita, kita hanya membazir waktu.




Walaupun, masih banyak fungsi facebook yang bermanfaat. Namun, banyaknya tarikan yang tidak bermanfaat itu yang telah mencuri masa dan tenaga kita. Lebih-lebih lagi para remaja yang memang sentiasa mahu mencuba. Bagi saya, jika tidak dibendung, facebook atau ‘ketagihan’ melayarinya bisa merosakkan generasi muda.




Saya masih tidak menemui sebarang kajian mengenainya. Namun, saya yakin, kebebasan yang diberikan kepada anak-anak kita dalam menggunakan kemudaha internet, bukan saja memberi kesan kepada diri anak itu sendiri malah kepada pembangunaan dan kemajuan negara. Harapan saya, jika anda masih muda, sedarkanlah diri anda dari ketagihan itu. Jika anda lebih dewasa, perhatikanlah anak, adik atau sesiapa saja atau mungkin anda sendiri dari terjebak dalam kemelut ini.

0 comments: