Pages

Wednesday, September 30, 2009

Saya mahu ‘bercinta’


Percaya tidak, saat ini saya ingin sekali ‘bercinta’. Bukan bencinta lagu Faizal Tahir tu. Tapi bercinta...boleh faham?

Tapi saya kemudian bertanya pada diri, bagaimana ‘bercinta’ itu? Adakah dengan ‘dating’? Keluar makan dan tengok wayang? Atau adakah berutusan warkah, meluah rasa dan kerinduan?

Saya bertanya lagi, dengan siapa saya mahu ‘bercinta’? Dimana akan saya temui sang kekasih untuk ‘bercinta’? Dan adakah mungkin sang kekasih adalah pasangan ‘bercinta’ paling sesuai untuk saya?

Ah, persoalan demi persoalan memenuhi ruang fikiran saya! Seakan saya tidak pernah memikirkan persoalan ini. Seakan saya benar-benar baru pertama kali mengenali istilah ‘bercinta’ ini. Seakan ada keanehan yang melanda diri. Apakah yang berlaku?

Saya kesepian, sunyi dengan bersendiri. Seakan hilang punca dan arah laluan. Seakan terpesong dan terbabas jalan. Seakan sesat mencari pangkal. Seakan...saya sendiri tidak mengerti diri saat ini.

Segala serba tak kena. Segala serba tak mudah. Segala serba serabut. Dan sebuah kenangan melintas di fikiran. Betapa sebuah cinta menghidupkan nyawa. Dan ia melorong ke arah sebuah makna hidup yang benar-benar agung. Lalu saya merasa, saya ingin sekali ‘bercinta’.

Ah, aneh memang aneh! Moga ada cinta untuk saya dan kalian semua!

Saya sering memikirkan, bagaimana mungkin cinta sejati itu benar-benar ada? Bagaimana kesetiaan benar-benar menjadi pendirian? Bagaimana hati dan perasaan tidak mungkin berubah? Bagaimana kerinduan tak pernah pudar?

Ia seakan dogengan, fantasi yang mengkhayalkan kerana realitinya ia tidak mungkin untuk berlaku. Kisah rekaan untuk membuai perasaan, memberi harapan dan mencitra impian. Namun, saya seakan ragu, adakah ia sesuatu yang mustahil sama sekali?

Saya selalu bermimpi untuk miliki kisah cinta sejati. Mungki cinta sedalam Romeo dan Juliet, tidak, bukan cinta yang membunuh. Barangkali cinta seteguh Qaisy dan Laila, tidak, bukan cinta yang menjarakkan. Adakah cinta Yusuf dan Zulaikha? Tidak, bukan cinta yang mengelirukan.

Adakah saya terlalu tamak? Meminta terlalu banyak?

Saya cuma mahu kisah cinta seorang nenek yang setia menjaga atuk yang terbaring tak bermaya. Cinta yang membawa pahit dan manis dalam hidup bersama. Cinta yang menyelimuti jiwa tanpa balasan. Cinta yang tak pernah berubah biar berkali diuji. Cinta yang berjanji untuk bertemu di syurga.

Adakah akan saya temui cinta seperti itu? Sungguh saya ragu, antara mungkin ada dan tiada.

Saya masih mahu ‘bercinta’. Berkongsi impian dan pengalaman. Meluah kesalan dan keluhan. Berbicara tentang segalanya.

Sukar untuk percaya, saya cuma mahu ‘bercinta’.


The value in Asian drama-Pretty GIrl



Asian drama. That my favorite one. Japanese and korean especially. Compare to hollywood i’m more preferring them. Why? I’m not really sure, but i’m thinking the oriental story is more suitable for me.



Recently I watch three drama, Japanese title, Pretty Girls and Hana Yori Dango 2, Korean, 18 vs 29. But between three of them, the Pretty Girls give me more to think. While watving the 18 vs 29 make me feel that the action style of the actors of most korean drama quite similar. I’m not surprise since all the korean drama usually give the same line story just different characters and sets. Same as these story, for me its not very different like others korean drama.



About Pretty Girls, I watch this drama online from mysoju, a website that collect all drama and movie from east asia, you can find a lot of drama and movie easily here. This story give me some thought and inspire. Yeah, its about a girl that have nothing but have rescue by a guy. Interestingly, the girl felt that the guy have something hurt in his heart.



In order to find the guy and cure his hurt. She work at the shopping mall where that guy is working. That the story begin. This girl who have very determine and optimise character that think everything possible, and there are a way out for all circumtances make a good job and given raise from her employer.



The story is about work out and do not jus sit and wait. It happen when it simbolized the cinderella story that only hope for miracle to find her love compare grab all the way and chance to make it happen. Its about magical come when we never give to make it.



Its also about sacrifice, friendship and happiness. In this kind of life, not much people thinking to love all people around him/her and willing to make everything to make that people happy. Sometime, make a sacrifice and sincere to help is the best way to have the greatest happiness.



I love this kind of story. Story that make people to become selfishless. Story that make people no matter what will never give up. Story that make people learn a lot of good value in life. I think this is how a story should be made.



Sunday, September 27, 2009

‘Laskar Pelangi’ : Kejar pelangi sampai ke hujung dunia-Jangan pernah menyerah!



Sudah agak lama filem ini menghuni cakera keras komputer riba saya. Namun, baru kini saya habis menontonnya. Sungguh, kisah cinta yang mengasyikkan lebih mencuri perhatian saya. Namun, saya tahu filem ini memang istimewa.



Kisah sebuah sekolah. Sekolah agama untuk anak-anak miskin. Sekolah yang punya 10 murid dan dua guru. Latar masa sekitar tahun 70-an dan latar tempatnya sebuah pulau di Indonesia yang rata-rata penduduk menjalankan ekonomi lombong bijih timah selain ekonomi tradisional lainnya.



Kisah ini menarik. Kisah kehidupan, kemiskinan, impian dan pelangi. Bagaimana adanya insan-insan yang punya semangat kental memberi didikan pada mereka yang hampir mustahil memiliknya dna bagaimana-bagaimana anak-anak istimewa yang bangkit dari kegelapan kemiskinan mendaki puncak cita-cita.



Sungguh, ini kisah yang penuh harapan. Kisah yang mendidik dan memberi inspirasi. Di separuh cerita air mata saya menitis. Kagum dengan semangat dan tekad anak-anak yang tidak punya apa-apa selain impian untuk terus belajar.



Ah, kisah ini terlalu istimewa, berlatar sebuah bangunan buruk sebagai sekolah dan kostum pelakon kanak-kanak yang compang-camping, kedaifan itu seakan turut dirasai. Namun, keindahan dan semangat yang terlakar dalam dialog dan babak sungguh memberi inspirasi.



Saat ini, saya ingin sekali memiliki novel Laskar Pelangi karya Andrea Hirata ini. Pastinya kisah yang lebih terperinci dalam novel lebih mengujakan. Barangkali akan saya masukkan sebagai senarai buku wajib beli untuk pesta buku antarabangsa yang akan datang.



Seminggu berhari raya.



Cuti seminggu sempena Aidilfitri kini berakhir. Menanti saya dan teman-teman tarikh akhir penghantaran tugasan dan ujian kedua. Serta kurang sebulan untuk peperiksaan akhir pula menjelma.



Saya kira Aidilfitri kali ini paling banyak rumah saya berziarah. Jujurnya saya memang tidak akan ke mana melainkan bersama keluarga. Biasanya pula saya memang sedikit liat untuk menurut mama dan abah dalam bertandang di hari lebaran.



Saya tahu memang hari raya adalah untuk saling ziarah-menziarahi, namun ekoran dari banyaknya halangan dan kadang-kala bila seharian perjalanan, saya memang cepat berasa penat dan meminta izin untuk tidak turut serta. Walaubagaimanapun, berkunjung ke rumah saudara-mara terdekat dan rapat memang suatu kewajipan dan saya tiada alasan untuk mengelak. Hakikatnya bertemu saudara-mara adalah saat yang dinanti saban tahun.



Menarik juga bila saya masih memperoleh duit raya. Sedikit lucu kerana berbanding tahun lalu, tahun ini sedikit bertambah pula. Adik saya dengan nada bergurau berkata,’tahun lepas ekonomi merosot.’ Kami hanya ketawa. Bagi saya, mungkin ini rezeki, tambah lagi di saat-saat akhir semester ini banyak juga bayaran yang perlu dilunaskan dan saya pula semakin kehabisan kewangan. Alhamdulillah.



Setiap kali berkunjung ke rumah saudara-mara, pasti ada saja makanan berat yang dihidangkan. Saya dan Adik saya yang memang tiada topik perbualan dengan tuan rumah biasanya akan makan sebanyak-banyaknya. Bukan mahu membalas dendam untuk puasa yang lalu, cuma juadah yang disediakan memang memenuhi selera. Lagi pula, bukankah jika bertandang ke rumah orang yang menyediakan juadah hendaklah makan dengan berselera sebagai meraikan tuan rumah?



Namun, berbeza seperti kebanyakan orang, lemang, rendang dan kebanyakan juadah lazim hari raya bukanlah juadah kegemaran saya. Melainkan jika rasanya memang benar-benar memikat selera. Tapi saya bukanlah cerewet soal makanan, cuma saya tidak begitu gemar. Biasanya, di hari raya pertama, saya hanya akan makan ketupat dan sup ayam. Salah satu menu wajib yang kami sediakan selain rendang daging, rendang ayam dan kuah kacang.



Hari raya masih ada 3 minggu lagi untuk dilalui. Saya cuma berhasrat untuk menghabiskan puasa enam yang masih belum sempat saya laksanakan lantaran terlalu sibuk berziarah sepanjang cuti ini. Tugasan dan ujian yang bakal disiapkan dan dihadapi telah memadamkan ‘mood’ raya saya sekaligus. Jelasnya kini, saya terlalu bimbang dengan lambakan tugasan yang perlu saya siapkan.



Friday, September 25, 2009

‘Cari Nur’ dalam ‘Perempuan’



Saya memang gemar membiarkan televisyen terpasang sambil menyelesaikan tugasan. Tujuan utamanya adalah untuk menghalau rasa mengantuk dan bosan. Namun konsentrasi memang banyak terganggu. Sedang asyik memilih saluran untuk ditonton, saya terpaku sejenak dengan sebuah drama melayu yang memaparkan para pelakon wanita yang selekeh bertudung yang memainkan watak banduan. Saya sedikit tertarik melihat pelakon-pelakon tanpa solekan itu cuba menghidupkan watak banduan yang sedang bergaduh dengan dialog-dialog kasar yang tidak molek bagi seorang wanita.



Tapi saya terus juga tidak menukar saluran. Saya terus terpaku menonton kisah itu. Kisah seorang wanita yang berdepan masalah keluarga, menempuh jalan hitam dan berakhir menjadi seorang banduan. Ia tidak berakhir di situ, wanita itu bertemu ‘nur’ di penjara. Kisah ini tambah menarik dengan beberapa adegan imbas kembali mengiringi surat-surat yang dihantar wanita itu kepada pengarang sebuah majalah.



Ironinya, surat yang biasanya dihantar ke ruangan pengarang itu kebiasaannya meminta nasihat dari pengarang, tetapi surat yang ditulis wanita ini dengan nama samaran ‘cari nur’ menceritakan kisah hidupnya dan keinsafan yang diperolehinya. Surat itu pula menjadi penawar bagi pengarang yang sememangnya berdepan masalah rumah tangga. Lebih menarik, pengarang itu bukanlah seorang Islam, memperoleh hidayah dari surat-surat itu dan menemui jalan kebenaran dan keluar dari kemelut masalah yang dihadapinya.



Drama berakhir dengan ‘cahaya’ yang diperoleh setiap watak. Kisah ini memang terlalu biasa dengan dialog dan teknik yang biasa-biasa sahaja. Namun, saya menangis sepanjang tontonan. Jelas, drama ini berkesan di hati saya dalam kebiasaannya.



Barangkali memang ada yang lemat dan cacat pada drama ini, namun mesejnya yang cuba disampaikan begitu tulus sekali. Biarpun ada klise, namun ia jelas bermakna. Oh ya, sebelum terlupa, drama ini bertajuk ‘Perempuan’.