Pages

Sunday, August 16, 2009

Keutamaan Saya?

Saya ada ujian pagi tadi dan semalam, seharian saya berprogram. Balik ke rumah selepas zohor, saya terlelap sehingga asar menjelang. Kepenatan, satu alasan. Dan malamnya, sesat di Wangsa Maju mencari Institut Terjemahan Negara untuk menonton teater arahan Faisal Tehrani. Malam ini bersambung pula Diskusi Intelek di Fakulti Perubatan setelah sepetang menghadiri acara BBQ.





Saya masih menghimpun tugasan bertimbun dan ujian yang menuntut waktu untuk menelaah. Seakan saya berasa debar dan resah. Apakah saya mengutamakan keutamaan saya? Gusar, saya benar-benar bimbang akan prestasi akademik saya. Sungguh, saya sukarela untuk melibatkan diri namun resah pada kekangan waktu dan urusan pembelajaran sering menerbit ragu di hati saya. Sungguh, saya benar-benar bimbang.





Bimbang lagi, saya ingin melaksanakan sesuatu hanya kerana Tuhan. Sungguh niat itu jelas dan suci. Namun, adakah niat menghalalkan cara? Saya cuma pelajar biasa, bergerak bersama jemaah, namun saya tetap biasa. Dengan penampilan dan pembawaan diri yang terlalu biasa, saya selesa menjadi diri sendiri. Sungguh, bukan saya tak mahu meningkatkan diri, namun saya mahu istiqamah, biarlah sedikit namun berkekalan.






Banyak yang serong dalam usaha untuk berjuang. Seringkali saya resah dan keliru. Jalan apakah yang jitu? Saya cuba bersangka baik dan tegar dengan prinsip. Namun perjalanan dalam berjuang memang penuh rintangan. Ya Tuhan, mohon kasih sayang dan rahmat mengiringi sepanjang laluan.





Saya resah dengan prestasi akademik, resah dengan sifat dan sikap teman seperjuangan, resah dengan hala tuju kehidupan. Sungguh banyak sekali keresahan. Kadang-kala saya terdiam sejenak, tergamam dan menahan air mata menitis. Sungguh, saya tidak terlalu kuat menghadapi ujian demi ujian sebegini. Kadang-kala saya seakan mahu berhenti. Sungguh, saya tidak mahu begitu, kerana istiqamah adalah hakiki matlamat saya kini.





Namun, saya masih keliru dalam memberi keutamaan. Kadang-kala ia menghimpit seluruh masa, jiwa dan raga saya. Barangkali saya perlu lebih tekun mengkaji Fiqh Awlawiyyat. Saya pelu lebih sedar dan seimbang dan terus istiqamah dalam gerakan tersusun perjuangan ini.

2 comments:

Anonymous said...

fikh aulawiyat..
mmg susah nak decide ape yg plg penting dan dahulu..
ape yg lecturer law sy slalu kata:
1st thing 1st..
mane yg 1st dan yg mane 2nd?
cari ape isu nye..
hehe..law sgt complicated..
-Rabiatul adawiyah sukri-

Amalina Ismail said...

blaja law ke????