Ini minggu ujian. Memang benar-benar menguji. Tugasan akademik yang tak pernah sudah dan ujian pertama sering menyempitkan waktu dan masa. 24 jam yang berlalu seakan hilang lapangnya. Segalanya sempit belaka.
Belum ditambah dengan urusan gerakan dan jemaah. Turut menuntut sumbangan dan perhatian. Kadang-kala keluhan memang terucap juga walau cuba dipendam. Sungguh, kesibukan dan kesempitan sering membuatkan saya begitu lelah dan menuju putus asa. Sungguh, kadang-kala sukar untuk bertahan. Seringkali mahu diluah dan dirungut. Namun, wajarkah saya berkelakuan seperti itu.
Hakikinya saya masih punya banyak waktu. 24 jam kurniaan Ilahi sesungguhnya lebih dari cukup untuk memberaskan dan melangsaikan setiap tugasan dan tanggungan. Buktinya saya masih punya ruang dan peluang untuk bertinta di sini. Mengungkap rasa dan bermuhasabah seketika.
Masa itu sungguh anugerah Tuhan yang sangat berharga, lebih bernilai dari dunia seisinya. Masa yang telah hilang tak mungkin akan ditemui kembali. Sekali lagi saya berbicara soal masa, jujurnya saya seringkali alpa dalam mengisi kerangka masa yang cuma seketika.
Setelah saya renung sejenak, saya merasakan betapa saya sudah terjerat dalam perangkap hendonisme. Saya senang dengan kehidupan yang bertujuan untuk keseronokan semata-mata. Menonton filem dan drama, melayari rangkaian sosial, bersembang kosong dan sebagainya. Saya memang telah menjadi manusia yang leka untuk menghargai masa. Sehingga kesempitan tiba, saya merasakan betapa kecilnya ruang untuk masa.
Facebook, rangkaian sosial ini saya kira paling popular saat ini. Pastinya sesiapa yang tidak memiliki akaun facebook akan dianggap ketinggalan dan tak ‘up to date’. Malah saya sendiri memiliki, pautannya ada di ‘side bar’ laman hati, paling atas sekali pula. Jujurnya, inilah antara bisa dan duri yang mencengkam generasi muda. Termasuk saya juga. Kebosanan bilang mereka andai tidak dapat menjengah ke laman maya ini. Pelagai aplikasi yang ditawar pastinya menggiurkan anak-anak muda. Akibatnya, berapa banyak masa yang terbuang di situ. Terbuang demi membuang kebosanan.
Semalam, saya mendengar forum yang ahli panelnya menyenaraikan sumbangan-sumbangan masyarakat Yahudi kepada bangsa dunia. Dalam jenayah perang mereka terhadap warga palestin, seharusnya ada juga rasa terima kasih kepada mereka atas sumbangan mereka dalam melicinkan dan melancarkan kehidupan kita. Namun, saya mengira setiap ciptaan dan inovasi mereka ada niat yang terselindung. Bukan saya mahu berburuk sangka. Namun, jauh di sudut hati dan pemikiran cetek saya, facebook ini juga salah satu wacana hasil kreativiti dan kepintaran bangsa ini dalam memberi ‘sumbangan’ kepada dunia. Cuma baik buruk sumbangan itu, sama-sama kita fikirkan.
Akhir kata, saya berbicara soal masa. Maka jagalah masa, kerana hakikinya ia harta paling berharga.
Thursday, August 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment