Dalam masa dua minggu, wang saku saya sebanyak RM60 melayang kerana Faisal Tehrani. Sebagai pelajar, jumlah itu memang sangat besar, lebih-lebih lagi ditengah-tengah semester ini. Ibu di rumah memang sudah bising. Saya sendiri ragu-ragu dengan tindakan diri, seperti dalam entri ‘Keutamaan Saya’, selain wang ringgit, masa dan tenaga yang disalurkan turut perlu diberi penimbangan.
Namun, saya merasakan apa yang saya lakukan, setelah pelajaran dan keluarga, Faisal Tehrani menjadi keutamaan saya. Selain memperuntukkan beberapa ratus setiap kali menerima duit biasiswa di awal semester semata-mata untuk membeli novel-novel beliau, saya turut akan sedaya-upaya untuk muncul di mana-mana program yang dihadiri beliau. Seakan saya ini peminat tegar, namun saya ingin menafikan sebegitu, saya hanya seorang peminat yang terlalu ‘curious’ dan tertarik dengan pemikiran beliau yang menyebabkan saya sentiasa mahu mengikuti perkembangan beliau dan mengenali beliau dengan lebih dekat. Hakikatnya, ada beberapa pendirian beliau yang masih dalam pertimbangan saya untuk diakui kebenarannya kerana bukanlah saya, jika jumud dalam menerima pandangan individu-individu tertentu sahaja biarpun seorang yang sangat saya kagumi dan hormati.
Oleh itu saya hadir juga di Bengkel Penulisan Pelajar yang dianjurkan Kolej Tun Dr. Ismail, UPM ini. Biarpun saya memang minat menulis, berada ditengah-tengah semester pengajian dengan tugasan akademik yang rata-rata berkaitan sains dan teknologi sedikit sebanyak memudarkan semangat penulisan kreatif saya. Maka saya seakan berasa kurang sesuai menghadiri bengkel pada waktu-waktu begini. Namun, mengenangkan peluang yang mampir bukan selalu, saya putuskan juga untuk hadir. Alhamdulillah, walaupun di kepala masih berlegar tugasan-tugasan akademik yang belum selesai, keinginan untuk menulis itu sedikit bercambah.
Sejarah penulisan karya sastera menjadi mukaddimah bengkel kali ini. Menarik bila melihat jenis-jenis penulisan yang dihasilkan setiap zaman, dari pra Islam, era Islam, penjajahan barat dan pasca kolonialisme. Apa yang paling menarik minat saya ialah tentang karya sastera era Islam yang tidak mempunyai bentuk tapi memiliki nilai ‘didaktik’ dan tentang Puitika Aristotle iaitu mazhab bentuk yang dibawa Aristotle yang diperkenalkan penjajah Inggeris. Dan saya kira sebuah karya yang baik itu ialah karya yang menggabung jalinkan dua kriteria dari dua zaman terbabit.
Setelah itu Saudara Faisal mula bercerita tentang rukun-rukun cerpen, idea, latar, watak dan perwatakan, sudut pandang, plot dan gaya bahasa. Seperti pemakaian beliau yang santai, cara penyampaian beliau turut santai dan dekat di hati. Memang sedikit aneh bila beliau tampil hanya dengan kemeja-T dan jeans. Namun, barangkali penulis memang senang begitu, ringkas dan bersahaja.
Apapun bimbingan yang ditonjolkan dalam merangka cerita, menulis perwatakan dan latar, mengindahkan bahasa dan sebagainya sangat memberi manfaat kepada saya. Sungguh, saya terasa ingin sekali bergelar seorang penulis sepertinya. Dan, kalau berkesempatan untuk terus berguru dengan beliau.
Namun, saya perlu bermula dahulu. Menulis karya sendiri dan persembahkan kepada khalayak pembaca. Juga pada masa yang sama berterusan mengadakan pembaikan. Saya sedar, untuk berjaya kita perlu bermula dengan langkah pertama dan halangan-halangan yang datang perlu ditangani sebaiknya.
Akhirnya bengkel tamat pada jam 5 petang. Saya memang penat dan terpaksa membatalkan kehadiran untuk satu jemputan berbuka puasa.
Sunday, August 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
hmm..
sangat meningkat gaya bahasa ina..
sgt ta'ajub m'baca..
science student dgn gaya bahasa student sastera..
mabruk!
lama tak baca novel karya kmu..
dan sjak2..=)
_ada_
hehe..tq..atas pujian///
tp tu poyo je lebih..huhu...
dh x menulis akhir ni...
tp ad beberapa cerpen y ditulis tahun lepas..
x pasti ada dh bce ke belum..
bile nk stat wat blog??
waaa...try jgk nat buat..
tp masih blm b'kesempatan..
nantila habis diploma ni..
ni dh final year kan?
kte doakan semoga berjaya dgn cemerlang...
nt konvo jemputlah...
walaupun xgerenti ble dtg...huhu...
ajak2 ayam pn jd la...hehe
Post a Comment