Pages

Monday, August 31, 2009

Nur Kasih dan Ketika Cinta Bertasbih



Alhamdulillah, saya baru selesai menyiapkan sebuah cerpen. Ah, sedikit sebanyak wang RM30 yang saya laburkan untuk ke bengkel penulisan minggu lalu berbaloi.



Namun dalam entri ini, saya tidak mahu berbicara soal cerpen yang baru saya selesai tulis itu. Hakikatnya ia masih perlu disunting. Dengan lembaran yang sedikit, saya bercadang untuk menghantarnya ke akhbar atau majalah. Saya tidak menaruh harapan yang tinggi, tapi mana tahu ada rezeki, untuk tersiar pula.



Sampai di situ, saya sebenarnya mahu mencukupkan 20 post untuk bulan ini. Maka setelah post ini saya akan menulis satu lagi post, insya Allah. Tentang post ini, saya mahu bicara tentang video klip yang baru saya upload di atas. Dahulu saya meletakkan video I’m Yours versi Melayu, kali ini saya meletakkan video klip drama Nur Kasih. Drama ni saya cuma sempat menonton 2 atau 3 episod yang awal. Bagi saya ia drama yang bagus. Tentu saja, memandangkan pengarahnya Kabir Bhatia.



Sebenarnya, di awal-awal pagi seorang teman menghantar pesanan tentang filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’, katanya lagu sountrack filem itu enak didengar. Maka, saya terus melayari you tube untuk mendengar alunan lagu nyanyian Melly Goeslow berduet dengan seoran penyanyi lelaki yang tidak saya kenali. Bagi saya biasa-biasa sahaja.



Namun, sengaja saya muat turun video itu ke dalam facebook. Kemudian teman saya ini berikan pula video klip di atas. Memang, ia terasa berbeza mendengar lagu yang sama dari video klip yang asal dengan video klip Nur Kasih ini. Seakan ada yang tempang dalam pembikinan video klip yang asal. Barangkali tidak kena dengan lagunya. Atau cerita Nur Kasih lebih memberi kesan untuk lagu ini. Entahlah, saya sendiri kurang pasti.



Berkisar tentang filem ketika cinta bertasbih pula, saya tidaklah terlalu teruja untuk menonton setelah sedikit kecewa dengan persembahan ayat-ayat cinta. Namun, jika ada peluang tak salah rasanya meluangkan masa. Namun, bila menoton ‘thriller’ filem ini, apa yang tergambar adalah babak-babak yang telah saya baca di dalam novel. Ya, saya pernah berkata pada seorang sahabat saya mahu menjadi seperti Anna Althafunnisha. Kini, saya seakan mentertawakan diri sendiri kerana jelas dan nyata saya ibarat langit dan bumi berbanding watak rekaan Habiburrahman El-Shirazy itu.



Baik Nur Kasih mahupun Ketika Cinta Bertasbih, biarpun dari dua negara, ia miliki satu persamaan, ia membawa tema cinta yang dipercik nilai Islami. Terkenang, ulasan Faisal Tehrani bahawa novel karya Habiburrahman El-Shirazy adalah termasuk dalam novel popular, bukan serius. Walaupun ada yang membandingkan ayat-ayat cinta dengan teggelamnya kapal van der wijck karya Hamka, namun saya kira Faisal Tehrani ada alasannya tersendiri.



Bagi saya itu bukan persoalannya di sini. Beda dan banding memang perlu dan wajar. Namun, jika ada yang jernih peru diambil dan dijadikan teladan. Kehadiran novel-novel popular yang bertema Islami, mahupun drama atau filem yang membawa tema selari adalah perlu dalam mengimbangi lambakan karya-karya seni yang penuh ‘kejahilan’. Bagi saya serius atau tidak itu soal nombor dua, tapi niat kita dalam melahirkan karya-karya yang membina itu yang penting.



Dalam masyarakat yang gila popular ini, kadang-kala elok juga kita megikut arus dan sedikit demi sedikit memesong pandangan dan pemikiran mereka. Saya kira apa guna terlalu serius andai tiada siapa yang mampu menghayati dan meneladeninya. Dek kerana kita memang sudah terbiasa untuk tidak serius.



0 comments: