Pages

Tuesday, August 25, 2009

Mujahadah Hati

Mungkin ramai teman-teman yang sudah tahu tentang betapa kecewanya saya dengan satu kebenaran yang baru saya ketahui. Sungguh, saya benar-benar kecewa dan itu memang bukan satu gurauan. Sehingga sekarang sakit di hati masih terasa.





Namun, di dalam bulan ramadhan yang penuh berkat dan rahmat ini, relevankah untuk saya memikirkan sesuatu yang terlalu dunia sifatnya, malah jauh sekali mempunyai kepentingan dan manfaat. Saya beristighfar dengan kelemahan diri. Semoga Allah terus memimpin saya ke jalan yang benar.





Kehidupan memang tak akan pernah lepas dari pelbagai detik pahit dan getir. Kadang-kala ia terbit dari angkara kita sendiri. Kerana sifat tamak, amarah, cemburu dan khianat yang akhirnya memakan diri sendiri. Maka saya memilih jalan istighfar, memohon keampunan pada keterlanjuran yang telah berlaku.





Pasti setiap yang berlaku terkandung hikmah tersendiri. Saya hanya perlu bersabar dan menanti janji dari Ilahi, bukankah janji Tuhan itu pasti?





Ramadhan mengajar saya erti mujahadah, melawan keinginan ke arah kehidupan yang menyeronokkan. Sungguh, saya merasakan mujahadah ini bukan mudah, melawan hawa nafsu tanpa godaan syaitan yang telah dibelenggu ternyata masih lagi terasa cabarannya. Namun, itulah mujahadah, berpayah demi menegakkan syariat dalam diri.





Maka inilah mujahadah saya, melupakan kekecewaan dan segala macam perasaan yang membelenggu jiwa raga. Seterusnya mencari damai dan ketenangan di dalam cinta dan kasih-sayang Tuhan. Di awal ramadhan ini, saya tidak mahu kehilangan rahmat yang dijanji-janjikanNya itu.

4 comments:

crixerity said...

salam ukhti. semoga berjaya. samasama berjuang di bulan ramadan ini. :)

Amalina Ismail said...

insya Allah..smoga ukhuwwah berkekalan..=)

Muhammad Hamidi Zamri said...

Salam alaik.. e2 la, excited sgt dlu..
But i know, awk leh hdapi nya... (",)

Amalina Ismail said...

insya Allah..
doakan saya..
tp awak tak tahu semuanya...^_^