Alhamdulillah, 1 Ogos 2009, walaupun diluar perancangan kerana saya sepatutunya mempunyai kelas pada sabtu malam setiap minggu, cuti yang diberikan tiba-tiba oleh pihak universiti berekoran wabak selsema A H1N1 yang semakin menular menunjukkan hikmah. Walaupun saya sedikit kecewa dengan cuti yang datang tiba-tiba kerana perancangan saya banyak yang terpaksa ditunda dan dibatalkan. Namun, siapalah saya untuk menyalahkan takdir Tuhan, sungguh saya hanya mampu merancang dan Tuhan juga yang menentukan segalanya.
Berbalik kepada tajuk, saya bersama sahabat saya saudari Atiqah Syairah dapat juga menyertai muktamar ABIM kali ini biarpun hanya seketika. (Tidak sampai pun satu hari). Bertolak dari rumah pada sabtu malam selepas maghrib, memandu dari Putrajaya ke Shah Alam memakan masa lebih kurang setengah jam. Kami tiba di perkarangan Masjid Shah Alam lebih kurang 9 malam dan Malam Aspirasi Generasi Salahuddin masih belum bermula. Saya sempat solat isya’ dahulu dan bertegur sapa dengan beberapa orang sahabat yang turut hadir.
Lebih kurang 9.30 malam majlis bermula dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis dan diikuti ucapan oleh Presiden ABIM. Seterusnya, ceramah disampaikan oleh Tuan Syeikh Fuad Al-Maliki (tak ingat sepenuhnya) dari Yayasan Sofa, Rembau, Negeri Sembilan. Beliau telah menyampaikan ceramah tentang latar belakang Salahuddin Al-Ayyubi serta metode-metode pemerintahnya dalam melahirkan generasi yang akhirnya berjaya menawan kembali Baitul Maqdis dari Tentera Salib. Dengan kefasihan lidah dan ilmu yang banyak serta intonasi yang sering-sering berubah-ubah, ceramahnya berjaya menangkap perhatian para hadirin. Saya turut tertarik dengan keperibadian Salahuddin yang digambarkan penceramah. Saat itu keinginan untuk mebaca buku biografi Salahuddin meluap-luap. Namun, saya sedar keinginan itu terpaksa saya pendamkan dahulu kerana saya perlu menumpukan perhatian pada ujian pertama yang bakal berlangsung sejurus selepas cuti ini, tambahan lagi saya masih belum memiliki buku itu.
Ceramah berakhir jam 11 malam. Sudah agak lewat, selepas bersalaman dengan beberapa orang sahabat, kami bergerak ke Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah yang terletak tidak berapa jauh dari masjid. Niat kami hanya mahu bermalam di situ dan pulang semula pada awal pagi esok, namun YDP ABIM Serdang menggesa untuk kami turut sama-sama menyertai muktamar sebagai pemerhati (tak cukup umur nak jadi perwakilan).
Ini kali pertama saya menyertai muktamar. Walaupun seketika, ia pengalaman yang berharga. Sungguh tanpa langkah pertama mana mungkin ada langkah seterusnya. Saya tak pasti sama ada ini adalah pilihan terbaik saya dalam memilih jemaah namun saya mahu istiqamah. Jika ruang ini memberi saya lebih peluang untuk menyumbang, maka saya memilih untuk menyumbang dan terus memepertingkatkan diri. Bagi saya muktamar kali ini langkah pertama untuk saya mengkoreksi diri memilih jalan kehidupan.
Thursday, August 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment