Pages

Saturday, August 29, 2009

Wajah Baru

Tiba-tiba saya rajin pula nak mengubah-ubah reka laman ini.



Hello Kitty, terlalu keanak-anakan rasanya. Kurang sesuai dengan saya. Tapi secara jujurnya, saya memang penggemar hello kitty. Karakter kartun dari Jepun ini tidak pernah saya tonton animasinya, namun saya tidak pasti mengapa saya begitu menggemarinya.



Barangkali kerana ia ada karakter kucing, haiwan yang paling saya gemari selain tema utama hello kitty yang berwarna merah jambu, warna kegemaran saya. Saya kira itulah sebabnya. Ada relevannya di situ.



Namun, saya akan menukar reka latar ini tidak lama lagi. Bukan kerana bimbang dianggap terlalu keanak-anakan, namun, saya memang lebih menggemari sesuatu yang lebih serius dan matang. Maka harapnya anda semua dapat menatap karakter comel ini puas-puas dahulu...=)


0 comments: