Sisters In Islam (SIS). Ada pihak mencadangkan untuk pertubuhan ini diharamkan. Ramai pula yang merasakan itu tindakan terburu-buru dan kurang bijak dalam suasana demokrasi yang membenarkan setiap individu untuk bersuara. Saya sendiri merasa aneh, setelah jelas dan terang demokrasi bukanlah sistem yang diterima dalam Islam, mengapa mesti ada golongan yang begitu tinggi ilmu agamanya masih mahu mempertahankannya?
Sungguh, saya bukanlah manusia yang banyak ilmu untuk menentukan kewajaran dan kerelevanan demokrasi. Kerana bagi saya ia hanyalah ideologi yang diuar-uarkan pihak yang mempunyai kepentingan. Namun, saya terpaksa bersetuju dengan cadangan untuk pertubuhan ini diharamkan.
Saya bukan cendekiawan untuk memberi hujah-hujah ilmiah bagi alasan ini. Tapi saya merasakan wajar untuk memetik ayat al-Quran tentang teknik-teknik melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar;
Dari Abu Sa’id Al Khudry -radhiyallahu ‘anhu- berkata, saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam bersabda, “Barang siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia merubah (mengingkari) dengan tangannya, jika tidak mampu hendaklah ia merubah (mengingkari) dengan lisannya, jika tidak mampu hendaklah ia merubah dengan hatinya, dan itulah keimanan yang paling lemah.” (HR. Muslim no. 49)
Jelas bukan? Barangkali ada hujah lain, namun apa yang dapat saya faham dalam melaksanakan nahi mungkar perlu dimulakan dengan cara utama iaitu melalui kuasa. Jika tidak mampu, barulah melalui cara-cara yang lain. Itu jika tidak mampu, bukan tidak mahu.
Bagi saya, sebelum sesuatu penyakit itu menjadi wabak, berkembang dan berjangkit tanpa kawalan. Sewajarnya kita mengambil langkah-langkah pencegahan. Seperti cara menangani influenza A H1N1, seperti itu jugalah pentingnya tindakan perlu diambil terhadap golongan liberal ini. Seperti kita berusaha menjaga fizikal dan badan kita dari dijangkiti virus merbahaya itu, sewajarnya kita berusaha sedaya-upaya memelihara akal dan minda kita dari dijangkiti dan dirosakkan oleh bahayanya pemikiran-pemikiran golongan liberal ini.
Bukan semua individu itu bijak dan pintar untuk membezakan antara yang benar dan batil kerana kebanyakan kita lebih mudah dipengaruhi oleh kebatilan. Itulah kelaziamannya kerana selain nafsu, syaitan juga sentiasa mengekori kita. Sedangkan iman dan akal sentiasa berada pada tahap yang rendah. Lebih rumit lagi terlalu banyak yang syubhah dan mengelirukan dalam dunia hari ini.
Maka, saya merasakan jika sesuatu telah terang kemungkarannya. Perlulah dicegah dengan sebetulnya.
0 comments:
Post a Comment