Pages

Saturday, June 6, 2009

Apa saya dah buat???




Sepanjang cuti, tak banyak yang saya tulis melainkan ulasan untuk buku2 yang saya baca dan cerita2 yang saya tonton. Minda tak berkembang betul. Sebenarnya banyak yang saya nak tulis. Tapi bila berdepan komputer riba terus hilang idea. Entahlah, rasanya apa yang ingin saya tulis sekadar berlegar di fikiran, tak sempat diterjemah kepada tulisan.


Saya nak tulis tentang jadual harian saya. Walaupun agak membosankan, banyak juga yang saya dapat waktu cuti begini. Antaranya ialah belajar memasak. Hmm.. saya memang pandai memasak, cuma malas sedikit, mungkin banyak. Tapi, cuti kali ini saya rajin-rajinkan juga cuba belajar resepi2 baru walaupun sebenarnya dah lama tapi baru tahu. Kalau tak, adik saya mesti merungut setiap hari saya masak ikan goreng macam cuti2 yang lepas. Nasiblah dia dapat kakak yang pemalas.


Selain itu, saya rajin juga tengok berita. Yelah, dah banyak masa terluang, bila ada berita dekat televisyen, menghadap saja lah. Saya teringin juga nak buat ulasan tentang isu2 semasa. Tentang politik, sosial, ekonomi, hiburan dan lain2. Tapi, entahlah. Susah nak kata.


Oklah, saya akan cuba rajin-rajinkan diri lepas ini untuk tulis sesuatu yang lebih bermanfaat.



0 comments: