Pages

Tuesday, August 18, 2009

Berbicara Tentang Kopitiam Ghadir

Saya tidak tahu apa itu Puitika Aristotle yang dibeberkan FT dalam blog beliau tentang teater Kopitiam Ghadir yang dipentaskan baru-baru ini. Namun, Kopitiam Ghadir adalah 'sesuatu' walaupun tanpa perkaitan itu.





Saya terlalu sibuk minggu ini, namun saya sempatkan juga mencuri waktu untuk hadir menonton karya pentas FT ini. Setelah tidak berkesempatan tahun lalu untuk menonton teater Dua Jam sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun.





Sederhana dan bermakna. Itulah pandangan saya untuk teater yang rata-rata memberi tema tentang kemuliaan Ahlul Bait. Jujurnya teater yang saya tonton di UPM lebih detail teknikalnya. Namun, ia masih sebuah karya yang hebat dalam memberi makna bagi sebuah karya seni Islami yang bisa menarik masyarakat masa kini. Sungguh, hadis-hadis yang dibaca para pelakon masih terngiang-ngiang di telinga.





Saya kira teknik ‘didaktik’ atau mengajar yang cuba diserapkan FT berjaya melalui teater ini. Melalui alunan nasyid yang segar dan humor yang sinis sering menepis kebosanan untuk pergi. Dan dalam sinis dan sarat ilmu, FT masih mampu menggugah hati dan jiwa penonton bila kisah Saidina Hamzah diangkat sama. Seperti dalam novelnya, FT bijak memberi rasa dalam karya dan tidak sekadar ‘menyumbat’ fakta.





Saya kira wajar untuk FT untuk terjun ke arus perdana seni teater dan hiburan tanah air. Membuat kolaborasi dengan penggiat-penggiat teater adalah langkah terbaik. Barangkali memang banyak halangannya naun saya yakin FT bukan seorang yang mudah mengalah tapi terus bangkit melawan.





Saya mengharapkan Kopitiam Ghadir akan dipertingkatkan mutunya, baik dari segi teknikal dan pemikirannya dan dipentaskan semula kepada khalayak yang lebih ramai. Saya juga merasakan perlunya lebih ramai generasi muda yang cinta kepada agama Islam ini untuk sama-sama ‘menjerumuskan’ diri dalam ‘gaung seni dan hiburan’ ini dan membawa metod-metod dakwah dan mendidik dalam karya. Ya, sewajarnya untuk kita sama-sama mendirikan ‘masjid-masjid seni’ yang indah dan sentiasa menarik kunjungan para pelawat.

Sunday, August 16, 2009

Keutamaan Saya?

Saya ada ujian pagi tadi dan semalam, seharian saya berprogram. Balik ke rumah selepas zohor, saya terlelap sehingga asar menjelang. Kepenatan, satu alasan. Dan malamnya, sesat di Wangsa Maju mencari Institut Terjemahan Negara untuk menonton teater arahan Faisal Tehrani. Malam ini bersambung pula Diskusi Intelek di Fakulti Perubatan setelah sepetang menghadiri acara BBQ.





Saya masih menghimpun tugasan bertimbun dan ujian yang menuntut waktu untuk menelaah. Seakan saya berasa debar dan resah. Apakah saya mengutamakan keutamaan saya? Gusar, saya benar-benar bimbang akan prestasi akademik saya. Sungguh, saya sukarela untuk melibatkan diri namun resah pada kekangan waktu dan urusan pembelajaran sering menerbit ragu di hati saya. Sungguh, saya benar-benar bimbang.





Bimbang lagi, saya ingin melaksanakan sesuatu hanya kerana Tuhan. Sungguh niat itu jelas dan suci. Namun, adakah niat menghalalkan cara? Saya cuma pelajar biasa, bergerak bersama jemaah, namun saya tetap biasa. Dengan penampilan dan pembawaan diri yang terlalu biasa, saya selesa menjadi diri sendiri. Sungguh, bukan saya tak mahu meningkatkan diri, namun saya mahu istiqamah, biarlah sedikit namun berkekalan.






Banyak yang serong dalam usaha untuk berjuang. Seringkali saya resah dan keliru. Jalan apakah yang jitu? Saya cuba bersangka baik dan tegar dengan prinsip. Namun perjalanan dalam berjuang memang penuh rintangan. Ya Tuhan, mohon kasih sayang dan rahmat mengiringi sepanjang laluan.





Saya resah dengan prestasi akademik, resah dengan sifat dan sikap teman seperjuangan, resah dengan hala tuju kehidupan. Sungguh banyak sekali keresahan. Kadang-kala saya terdiam sejenak, tergamam dan menahan air mata menitis. Sungguh, saya tidak terlalu kuat menghadapi ujian demi ujian sebegini. Kadang-kala saya seakan mahu berhenti. Sungguh, saya tidak mahu begitu, kerana istiqamah adalah hakiki matlamat saya kini.





Namun, saya masih keliru dalam memberi keutamaan. Kadang-kala ia menghimpit seluruh masa, jiwa dan raga saya. Barangkali saya perlu lebih tekun mengkaji Fiqh Awlawiyyat. Saya pelu lebih sedar dan seimbang dan terus istiqamah dalam gerakan tersusun perjuangan ini.

Saturday, August 15, 2009

Muktamar PKPIM kali ke 48

Minggu lepasnya saya di Shah Alam, menghadiri Muktamar ABIM, minggu ini pula saya di Kuala Lumpur, tersesat di Jalan Syed Putra di belakang Istana Negara untuk mencari Wisma Belia, Kompleks MAYC untuk menghadiri pula Muktamar PKPIM.





Kurang dua minggu, pertama kali saya menyertai muktamar, saya sertai dua sekali. Adakah agak terburu begini? Saya tidak pasti, namun saya yakin ini semua takdi Allah dalam melorongkan jalan saya. Jujurnya saya masih seperti dulu, membandingkan setiap jemaah dan gerakan. Bukan mahu mencari kelemahan dan perbezaan, namun mencari kekuatan dan keistimewaan. Saya masih tidak sempat menyertai program anjuran GAMIS maka kurang adil untuk saya memberi perbandingan di sini. Namun saya suka melihat Progran Suara Siswa yang saban minggu di udarakan di RTM sebagai perbandingan dengan muktamar kali ini.





Walaupun tidak terlalu kerap, saya ada juga menonton rancangan bual bicara yang menampilkan pemimpin pelajar peringkat institusi-institusi pengajian tinggi sebagai ahli panel ini. Seringkali juga saya menukar ke siaran lain pabila melihat ‘wakil-wakil’ pelajar itu jelas sekali masih ‘gagap’ dan ‘kelu’ untuk berbahasa apatah lagi menyampaikan idea dan pemikiran yang bisa merubah masa depan. Sungguh, saya kecewa. Namun, menghadiri muktamar kali ini, saya yakin ramai lagi ‘wakil-wakil’ pelajar yang lantang bersuara dan tinggi idealisme, cuma kurang saja publisitinya.





Generasi muda adalah hadirin yang hadir. Rata-rata masih pelajar berusia 25 tahun ke bawah. Saya kagum melihat semangat dan perjuangan mereka walau masih ada tempang di mana-mana dek kerana ‘hijau’nya usia. Namun, saya melihat kekuatan yang bergerak dalam diri mereka. Bekerja bukan untuk imbuhan atau manfaat tapi bergerak atas kesedaran sebagai bakal pemimpin masa depan. Sungguh, sejak hampir 50 tahun penibuhannya, PKPIM ternyata telah melahirkan bukan sedikit tokoh-tokoh negara dan masyarakat.






Walaupun bergerak atas nama agama, Islam. PKPIM adalah wadah yang sentiasa peka akan peruabahan semasa. Bagi saya menangani setiap isu-isu semasa yang hadir terutama melibatkan pelajar adalah fokus utamanya. Saya sedar itu, betapa persatuan ini bergerak pantas mendepani arus perubahan masyarakat dan dunia yang sentiasa dinamik dengan permasalahan-permasalahan. Ia menjadikan mahasiswa satu golongan yang punya kesedaran untuk menyumbang kepada masyarakat dengan ikhlas dan bukan sekadar memenuhi masa lapang atau menimbun sijil penyertaan.





Itulah yang saya belajar dari muktamar kali ini. Betapa era muda adalah zaman untuk bersuara, bergerak aktif dan menyumbang sebanyak mungkin. Ia mengajar saya untuk terus peka dalam menangani isu-isu yang berbangkit dalam masyarakat dan negara.

Thursday, August 13, 2009

Masa: harta paling berharga

Ini minggu ujian. Memang benar-benar menguji. Tugasan akademik yang tak pernah sudah dan ujian pertama sering menyempitkan waktu dan masa. 24 jam yang berlalu seakan hilang lapangnya. Segalanya sempit belaka.




Belum ditambah dengan urusan gerakan dan jemaah. Turut menuntut sumbangan dan perhatian. Kadang-kala keluhan memang terucap juga walau cuba dipendam. Sungguh, kesibukan dan kesempitan sering membuatkan saya begitu lelah dan menuju putus asa. Sungguh, kadang-kala sukar untuk bertahan. Seringkali mahu diluah dan dirungut. Namun, wajarkah saya berkelakuan seperti itu.




Hakikinya saya masih punya banyak waktu. 24 jam kurniaan Ilahi sesungguhnya lebih dari cukup untuk memberaskan dan melangsaikan setiap tugasan dan tanggungan. Buktinya saya masih punya ruang dan peluang untuk bertinta di sini. Mengungkap rasa dan bermuhasabah seketika.




Masa itu sungguh anugerah Tuhan yang sangat berharga, lebih bernilai dari dunia seisinya. Masa yang telah hilang tak mungkin akan ditemui kembali. Sekali lagi saya berbicara soal masa, jujurnya saya seringkali alpa dalam mengisi kerangka masa yang cuma seketika.




Setelah saya renung sejenak, saya merasakan betapa saya sudah terjerat dalam perangkap hendonisme. Saya senang dengan kehidupan yang bertujuan untuk keseronokan semata-mata. Menonton filem dan drama, melayari rangkaian sosial, bersembang kosong dan sebagainya. Saya memang telah menjadi manusia yang leka untuk menghargai masa. Sehingga kesempitan tiba, saya merasakan betapa kecilnya ruang untuk masa.




Facebook, rangkaian sosial ini saya kira paling popular saat ini. Pastinya sesiapa yang tidak memiliki akaun facebook akan dianggap ketinggalan dan tak ‘up to date’. Malah saya sendiri memiliki, pautannya ada di ‘side bar’ laman hati, paling atas sekali pula. Jujurnya, inilah antara bisa dan duri yang mencengkam generasi muda. Termasuk saya juga. Kebosanan bilang mereka andai tidak dapat menjengah ke laman maya ini. Pelagai aplikasi yang ditawar pastinya menggiurkan anak-anak muda. Akibatnya, berapa banyak masa yang terbuang di situ. Terbuang demi membuang kebosanan.




Semalam, saya mendengar forum yang ahli panelnya menyenaraikan sumbangan-sumbangan masyarakat Yahudi kepada bangsa dunia. Dalam jenayah perang mereka terhadap warga palestin, seharusnya ada juga rasa terima kasih kepada mereka atas sumbangan mereka dalam melicinkan dan melancarkan kehidupan kita. Namun, saya mengira setiap ciptaan dan inovasi mereka ada niat yang terselindung. Bukan saya mahu berburuk sangka. Namun, jauh di sudut hati dan pemikiran cetek saya, facebook ini juga salah satu wacana hasil kreativiti dan kepintaran bangsa ini dalam memberi ‘sumbangan’ kepada dunia. Cuma baik buruk sumbangan itu, sama-sama kita fikirkan.




Akhir kata, saya berbicara soal masa. Maka jagalah masa, kerana hakikinya ia harta paling berharga.

Muktamar Sanawi Abim Kali Ke-38

Alhamdulillah, 1 Ogos 2009, walaupun diluar perancangan kerana saya sepatutunya mempunyai kelas pada sabtu malam setiap minggu, cuti yang diberikan tiba-tiba oleh pihak universiti berekoran wabak selsema A H1N1 yang semakin menular menunjukkan hikmah. Walaupun saya sedikit kecewa dengan cuti yang datang tiba-tiba kerana perancangan saya banyak yang terpaksa ditunda dan dibatalkan. Namun, siapalah saya untuk menyalahkan takdir Tuhan, sungguh saya hanya mampu merancang dan Tuhan juga yang menentukan segalanya.




Berbalik kepada tajuk, saya bersama sahabat saya saudari Atiqah Syairah dapat juga menyertai muktamar ABIM kali ini biarpun hanya seketika. (Tidak sampai pun satu hari). Bertolak dari rumah pada sabtu malam selepas maghrib, memandu dari Putrajaya ke Shah Alam memakan masa lebih kurang setengah jam. Kami tiba di perkarangan Masjid Shah Alam lebih kurang 9 malam dan Malam Aspirasi Generasi Salahuddin masih belum bermula. Saya sempat solat isya’ dahulu dan bertegur sapa dengan beberapa orang sahabat yang turut hadir.




Lebih kurang 9.30 malam majlis bermula dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis dan diikuti ucapan oleh Presiden ABIM. Seterusnya, ceramah disampaikan oleh Tuan Syeikh Fuad Al-Maliki (tak ingat sepenuhnya) dari Yayasan Sofa, Rembau, Negeri Sembilan. Beliau telah menyampaikan ceramah tentang latar belakang Salahuddin Al-Ayyubi serta metode-metode pemerintahnya dalam melahirkan generasi yang akhirnya berjaya menawan kembali Baitul Maqdis dari Tentera Salib. Dengan kefasihan lidah dan ilmu yang banyak serta intonasi yang sering-sering berubah-ubah, ceramahnya berjaya menangkap perhatian para hadirin. Saya turut tertarik dengan keperibadian Salahuddin yang digambarkan penceramah. Saat itu keinginan untuk mebaca buku biografi Salahuddin meluap-luap. Namun, saya sedar keinginan itu terpaksa saya pendamkan dahulu kerana saya perlu menumpukan perhatian pada ujian pertama yang bakal berlangsung sejurus selepas cuti ini, tambahan lagi saya masih belum memiliki buku itu.




Ceramah berakhir jam 11 malam. Sudah agak lewat, selepas bersalaman dengan beberapa orang sahabat, kami bergerak ke Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah yang terletak tidak berapa jauh dari masjid. Niat kami hanya mahu bermalam di situ dan pulang semula pada awal pagi esok, namun YDP ABIM Serdang menggesa untuk kami turut sama-sama menyertai muktamar sebagai pemerhati (tak cukup umur nak jadi perwakilan).





Ini kali pertama saya menyertai muktamar. Walaupun seketika, ia pengalaman yang berharga. Sungguh tanpa langkah pertama mana mungkin ada langkah seterusnya. Saya tak pasti sama ada ini adalah pilihan terbaik saya dalam memilih jemaah namun saya mahu istiqamah. Jika ruang ini memberi saya lebih peluang untuk menyumbang, maka saya memilih untuk menyumbang dan terus memepertingkatkan diri. Bagi saya muktamar kali ini langkah pertama untuk saya mengkoreksi diri memilih jalan kehidupan.

Manusia hanya merancang, Tuhan juga yang yang menentukan.

Perancangan demi perancangan sering kita atur dalam menjalani kehidupan. Kita mahukan segalanya sempurna. Kita berharap tiada halangan mahupun sekatan yang mengubah perancangan kita. Namun, perancangan hanyalah perancangan selagi belum berlaku kejadian. Bisa berubah, diubah dan terubah. Sungguh, tiada yang pasti dalam sebuah perancangan.



Jika begitu, adakah perlu untuk berhenti merancang, membiarkan takdir menentu segala perjalanan? Pastinya tidak, malah ketidak pastian dalam perancangan memerlukan kita lebih banyak merancang, bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Betapa kehidupan ini penuh kejutan, dan persediaan memberi kita lebih ruang untuk lebih merancang.



Perancangan dan persediaan adalah dua elemen penting dalam menyusun strategi perjuangan. Sebagai pejuang kehidupan pehuh dengan ranjau dan onak berduri. Andai tidak kemas merancang dan membuat persediaan, barangkali dengan mudah kita menyerah kalah. Seorang sahabat sering menitip pesan, betapa kebenaran yang tidak dirancang dengan baik akan diruntuhkan oleh kejahilan yang dirancang. Ia seringkali memberi peringatan untuk kita sentiasa bersedia dengan pelbagai perancangan yang rapi dan kemas agar kita tidak mudah ditumpaskan oleh kejahilan yang hadir dari pelbagai arah, yang dirancang dan disusun dengan sebaiknya.



Jalan perjuangan tak akan dibentang dengan permaidani merah, ia bukan mudah dan indah, ia payah dan sukar. Dan bila ia menjadi semakin sukar, maka yakinlah betapa kita berada dalam jalan yang benar. Sungguh, bukan Allah itu mahu memebebankan hamba-hambanya yang berjuang dengan ikhlas di jalan-Nya, namun benarkah kita telah benar-benar beriman andai kita tidak di uji? Dan yakinlah betapa dugaan yang Dia datangkan adalah sesuai dengan kemampuan dan tahap keimanan. Bukankah Tuhan tidak akan menguji melainkan Dia mengetahui kekuatan hamba-Nya? Sesungguhnyalah Allah lebih mengenali makhluk ciptaan-Nya dari diri makhluk itu.



Ujian tidak akan pernah berhenti. Kita juga tidak wajar untuk berhenti merancang, biar setiap perancangan tak pernah berjaya dilaksanakan. Sesungguhnya perancangan memberi kita visi tentang masa depan, menjadikan kita insan yang mengetahui arah tuju kehidupan. Buakankah sebagai hamba kita hendaklah terus berusaha sebelum bertawakal dan berserah kepada-Nya? Maka merancang adalah awal kepada usaha. Laksanalah perancangan sebaiknya dan berusahalah sesungguhnya serta berserahlah kepada Allah akan natijahnya. Sesungguhnya Allah lebih besar perancangan-Nya.



p/s-entri ni dh lme gak tulis..skrg bru spt post..sgh, kesempatan semakin sempit..

Sunday, July 26, 2009

Ya Allah, Ramdhan terlalu hampir...



Hari ini sudah 4 Syaaban rupanya. Kurang sebelum Ramadhan akan menjelma. Entah mengapa saya merasa gementar untuk berdepan Ramadahan kali ini. Saya terasa lemah dan ragu-ragu, mampukan untuk saya mencapai rahmat, barakah dan makfirahnya? Sungguh, saya diburu kebimbangan pada keupayaan diri melalui 30 hari di bulan penuh berkat itu.



Saat ini iman terasa seperti di hujung tanduk. Begitu lemah dan rapuh. Kadang-kala dalam muhasabah yang seketika, saya terfikir, salahkan jalan dan langkah yang saya pilih? Maka berkali-kali saya mengungkap ‘kalau’. Astaghfirullah, sungguh kekesalan itu satu keinsafan namun menyalahi takdir Tuhan umpama tidakmengakui rukun iman ke enam untuk beriman kepada qada’ dan qadar ketentuan-Nya. Sungguh saya hamba yang lemah, ya Tuhan ku damba bantuan Mu menunjukiku jalan yang lurus.


Saya merasakan lemahnya saya bermujahadah, melawan hawa nafsu dan mengekang diri dari kemaksiatan. Seakan saya terlupa pada tiga persoalan asas kehidupan yang sering diulang-ulang dalam usrah mingguan, ‘dari mana kita datang?’, ‘untuk apa kita diciptakan?’ dan ‘ke mana kita akan dikembalikan?’. Betapa saya seakan terleka pada keindahan dunia yang sementara, bahkan satu masa saya akan kembali kepada-Nya. Ya Rabbi, ampunilah hamba-Mu ini!


Ya Allah, Ramdhan hampir tiba, namun apakah persediaan ku untuk menempuh tamrin iman untuk sebulan lamanya? Saya resah dan bimbang, andai ini Ramadhan terakhir untuk saya, sungguh betapa meruginya saya!


Ya Allah, kuatkanlah saya untuk berdiri teguh di jalan-Mu yang hakiki. Saya ini terlalu lemah dan tidak berdaya untuk sendirian berdiri. Saya memohon agar Tuhan terus memelihara saya biar sejauh mana saya terpesong, dengan kasih dan sayang-Nya, Dia akan terus menarik saya kembali kepada-Nya. Ya Tuhan, Ramadhan-Mu begitu hampir, indahkanlah ia dangan ketaatanku pada-Mu. Amin, Ya Rabbal alamin.



Thursday, July 16, 2009

Bicara Masa



Ada satu hadis Rasulullah s.a.w. yang menyuruh kita menghargai lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain iaitu sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati. Hadis ini menjelaskan kita betapa pentingnya masa. Saya teringat bicara hujjatul Islam Imam Al-Ghazali bahawa sesuatu yang paling jauh daripada kita ada masa yang telah berlalu. Malah Allah bersumpah dengan masa di dalam Surah Al-Asr.


Masa. Betapa ia adalah makhluk Tuhan yang tidak dapat kita lihat namun ia ada. Kita merasai ia berlalu detik demi detik. Aneh sekali jika mahu mengerti soal masa. Pada lingkungan mana untuk kita kelaskan ia? Namun, inilah istimewanya ciptaan Tuhan, yang kadang-kala penuh misterius.


Masa pantas berlalu, saya juga merasakan betapa masa pergi meninggalkan saya saat demi saat. Kadang-kala bila mengimbau kenangan silam, saya sering berbicara sendiri andai masa bisa diputar. Sungguh, banyak masa yang telah saya biarkan berlalu tanpa saya manfaatkan dengan sebaiknya dan sungguh, banyak masa yang saya penuhi dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Lantas, ia memberi keinsafan betapa masa yang akan datang begitu bererti untuk digunakan sebaiknya.


Semester kali ini saya dihimpit masa. Jadual saya penuh setiap hari. Hingga setiap saat yang berlalu terasa begitu berharga. Kadang-kala saya mengeluh penat dan putus asa, namun, ia menyedarkan saya betapa Tuhan itu maha Berkuasa, dan saya hanyalah hamba yang lemah tak berdaya. Saat saya terlalu lelah dalam mengejar masa, saya tahu betapa Tuhan mahu saya terus mendekatiNya, memohon dan mendamba maunahNya. Saya jadi malu, betapa saya leka dengan nikmat masa sehingga sering melupaiNya sampai Dia perlu menariknya baru saya sedar akan khilaf diri yang hina.


Namun, dalam ketika Tuhan menguji saya lemah juga menanggung dugaan. Masa yang menghimpit saya jadikan alasan untuk lalai dalam urusan. Tanggungjawab utama sebagai hamba dan khalifah saya kesampingkan. Maha Suci Allah yang menerima taubat, ampunkanlah dosa hamba Mu yang alpa ini.


Urusan masa adalah urausan Dia yang maha Tahu. Mohon saya agar setiap momen masa yang saya lalui dapat saya niatkan hanya untukNya. Amin...



Wednesday, July 15, 2009

Program Kerohanian di UPM.

PENGAJIAN TALAQQI KITAB AQIDAH MUSLIMIN
SETIAP SABTU MALAM AHAD
SELEPAS SOLAT MAGHRIB
BERMULA 18 JULAI 2009
BERTEMPAT DI SURAU MUHAMMAD AL-FATEH, KOLEJ SERUMPUN, UPM SERDANG.
OLEH : USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM
TUAN BLOG KHAZANAH SALAFIYYAH
Maklumat Terperinci SIla Hubungi : SAUDARA HANIS (019 7658242)
SERUAN DARI HATI KE HATI BUAT SISWA-SISWI UPM YANG DAHAGAKAN SECANGKIR ILMU WARISAN AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH... HADIRKANLAH DIRI KALIAN SERAMAI-RAMAINYA KE MAJLIS ILMU YANG PENUH BARAKAH... JANGAN LEPASKAN PELUANG INI !!!

Disediakan Oleh : Tuan Blog aD-Deen aL-HaNieF www.al-hanief.blogspot.com

Sunday, July 12, 2009

The Starting School


Yesterday, it was quite a tiring and happening day. Attend the starting school program in third year in university is not really a good thing for me. But, i’m quite excited too because its particularly make me the more real bachelor student with this program.


Like what we assume, the program that should be held at 8.30 am, is just started at 9. With the clumsy instructor go in and out the room really make the curiousity. But in the slightly eye, that guy is quite something.


Its started. And when the instructor introduce his name, i just cant breath in shock and unbelievable feeling. He is the young and handsome lecturer that we just see his picture around the faculty for this first week. I look at my friends and smile.


Really, he is such an energetic person, full of idea and spirit. Put the emotion and knowledge in all movement. In the first sight, i think how good he is. But, after a few slot, i realize he is a great person but not perfectness and i disagree a lot of thing with his view. Neglecting that, i still looking forward to get to him further.


This staarting school program for me is just a reminder or motivation to be succeed. It will not last the spirit forever but for the time being some of our move is from the effect of this program. Although its not really suit with me, i agree that for some reason this program taught me some values and views. And above of all the instructor himself that look like a veri successful person move me to be like him.


I learn that i should put my effort now. Make contribution and acquire something. Its really remind me of my big brother about his business, nevertheless he is not perform well in his study, but i really envy him in some part of his life. He just go through his life without thinking much of the risk and just being himself.


Its remind how big my dream in the past. And why it keeps getting smaller for the time going?