Pages

Saturday, April 19, 2014

Perasaan

Cara paling baik berhenti mengingati ialah berhenti berbicara. Berhenti menyebut-nyebut. Berhenti berandai-andai. Berhenti berangan-angan. Maka, kerana saya berniat mahu melupakan. Saya memilih untuk menghentikan.

Hidup seakan aneh sekali. Kebiasaan menjadikan satu makna pada pertemuan, pada perhubungan. Menyentuh hati dan perasaan. Siapa yang bisa mengawal rasa? Ia seakan mustahil namun bukan tidak mungkin. Sungguh, ia mujahadah yang mengorbankan sebahagian kecil jiwa.

 Kenangan. Ia paling mencengkam rasa. Melihat lakaran memori seakan terawang-awangan mahu kembali. Berkira-kira mahu bermimpi merasa lagi. Namun, sifat kenangan hanya gambaran masa silam. Mungkin mampu diulang tayang tapi berbeza keadaan.

Ada bertanya. Kenapa tidak bangun bertahan? Bukan dosa menyimpan perasaan. Mengapa diam tidak meluah impian? Jawapan hanya sekadar senyuman. Sungguh hidup suatu keanehan. Perasaan barangkali satu kedegilan yang memaparkan kepentingan nafsi semata. Ya, barangkali. Kerna yang pasti hanya milik Ilahi.

Dan takdir itu juga milik-Nya. Bukan mahu mengalah, menerima tanpa berusaha. Namun, memaksa dan melukakan juga mampu dikira jenayah perasaan. Redakanlah hati dengan tenang bahawa Dia lebih memahami fitrah dan sifat makhluk yang dicipta.

Maka melupakan, menanti dengan yakin dan mengharap Dia semata. Betapa indah kenangan perasaan, tiada yang lebih menggiurkan ketika jiwa dan nurani terisi nama-Nya. Kerna yang sementara itu beza dengan yang kekal abadi. Begitu terfaham pada perasaan juga.

Sajak: Kalaupun Tidak
Kalaupun dia tidak tahu kita menyukainya,
Kalaupun dia tidak tahu kita merindukannya,
Kalaupun dia tidak tahu kita menghabiskan waktu memikirkannya,
Maka itu tetap cinta.
Tidak berkurang se-sen pun perasaan tersebut.
Justeru dengan ngotot ingin bilang, ingin pacaran, ingin aneh-aneh, perasaan itu tiba-tiba metamorfosis menjadi egoisme dan sebatas keinginan yang tidak terkendali saja.
Bersabar dan diam lebih baik. Jika memang jodoh akan terbuka sendiri jalan terbaiknya. Jika tidak, akan diganti dengan orang yang lebih baik.
*TereLiye

0 comments: