Tamat kertas terakhir. Saya berfikir untuk membuat pilihan, bagi meredakan tekanan musim peperiksaan. Antara tidur, membaca novel, menonton filem atau keluar bersiar-siar, yang mana akan saya lakukan dahulu?
Hidup, mana pernah sepi dengan pilihan, dari memilih warna berus gigi sampai memilih warna kulit calon isteri/suami. Semua perlu dipilih. Kadang-kala memang mudah, dan adakala sangat sukar.
Seorang sahabat bertanya pilihan untuk menyambung pengajian, menyemak pro dan kontra dalam membuat pilihan. Bukan mudah, tapi mahu atau tidak, pilihan perlu dibuat...langkah perlu di atur ke hadapan.
Melihat ke belakang, saya bertanya dalam diri, pernahkah pilihan yang telah saya lakukan menghadir kesal dalam diri? Bila memikir, saya jarang berfikir panjang dalam menentukan pilihan, seringkali juga pilihan saya dipandu emosi dan situasi semasa. Jarang saya menimbang-tara semasak-masaknya.
Barangkali, dulu saya masih terlalu hijau untuk berfikir panjang, namun, bila usia makin bertambah, saya menyedari ada pilihan yang saya lakukan memberi kesan mendalam. Setakat ini, saya mahu lebih tenang dalam membuat keputusan. Berfikir panjang dan matang. Sesuai usia, saya kalau boleh tidak mahu silap memilih.
Pilihan dan akibatnya bukan dapat diteka. Masa depan bukan mampu diramal setepatnya. Kehidupan memang kadang-kala berdepan kesalahan dan kesilapan juga kecuaian. Manusia cuma makhluk lemah. Saya percaya bergantung pada taakulan akal adalah kekhilafan yang mesti dielakkan pada peringkat awal membuat pilihan.
Saya masih memilih suara hati, cenderung jiwa dalam membuat pilihan. Namun, dalam hati ada ruang nafsu dan iman. Untuk memastikan hati tidak dikelabui nafsu, iman perlu diperkuatkan.
Ada bicara mahsyur, manusia merancang, Tuhan juga merancang, dan perancangan Tuhan itu lebih besar atau mudahnya manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. Menyerahkan pilihan kepada SI PEMBERI pilihan barangkali satu jalan penyelesaian.
Barangkali juga mengapa solat istikharah itu sangat dituntut. Bukan sahaja untuk menentukan pilihan jodoh pernikahan. Namun, terbabit dalam setiap permasalahan pilihan, keliru antara banyak pilihan, resah kerana pilihan yang ada tidak diberkenan dan buntu kerana tiada pilihan.
Istikharah umpama memberi jiwa dan diri untuk dipimpim dalam jalan Tuhan. Barangkali kita ada keinginan, kita sudah membuat pilihan. Namun, istikharah akan mengembalikan kita kepada pilihan yang membawa kepada kebenaran. Membawa kepada pilihan yang lebih padan dengan kita. Bukankah Allah itu Tuhan yang Maha Pencipta lebih mengetahui tentang hamba-hamba ciptaanNya?

Berbicara selamanya tentang pilihan, saya memilih untuk berhenti menulis setakat ini. Jujurnya, esok saya masih tidak pasti untuk membuat pilihan, sama ada turun berhimpun, hadir ke bengkel atau sekadar meluangkan masa bersama keluarga yang lama tidak bersua.... barangkali perlu istikharah... =)
Selamat memilih semua!!!
Selamat memilih semua!!!
0 comments:
Post a Comment