Wednesday, January 30, 2013
Jatuh
Jatuh. Bila difikir-fikirkan jarang sekali saya 'jatuh'.
Dan sakitnya....saya hilang akal seketika. Dan saya mencari erti, kesakitan yang dilalui, pasti ada hikmah tersembunyi.
Saya masih ingat, peritnya 'jatuh' kali pertama. Menangis sepanjang malam, dan buntu mencari arah tujuan.
Bukan sekali, malah berkali-kali. Terdetik di hati untuk selamanya pergi. Hanya, satu kepercayaan yang menyelamatkan saya bahawa kesakitan ini cuma sementara.
Dan kesakitan ini mengajar saya untuk kembali pada-Nya. Pada nikmat yang begitu banyak dikurnia. Dan saya...seringkali terlupa dan jarang sekali melimpahkan rasa syukur dan cinta.
Tuesday, January 15, 2013
Listen, Listen, Listen, About Our Right!
Okay. Tak mudah nak menulis dalam bahasa
melayu penuh tapi kerana saya ada rasa ‘hormat’ pada bahasa kebangsaan, saya
akan cuba.
Saya yakin memaparkan kesalahan dan kesilapan
manusia lain adalah satu usaha untuk memalukan dan menjatuhkan maruah individu
terbabit. Pasti, saya tak akan setuju dengan tingkah laku seperti itu. Tapi
kalau seseorang itu secara tak sengaja mendedahkan keburukan dan kelemahan diri
semata-mata berniat untuk menjatuhkan orang lain, bagaimana ye?
Okay, saya bukan mufti untuk keluarkan fatwa
tapi saya pening dengan sikap sesetengah manusia yang sengaja buang sampah
merata-rata tapi selepas itu akan buang masa untuk kutip sampah tersebut satu
persatu semata-mata mahu menunjuk-nunjuk betapa rajinnya dia mengutip sampah
walaupun dia buang sampah pun depan orang ramai juga. (Betul kah perumpamaan
ini?)
Okay, berbicara soal hak. Mari kita merenung
seketika hikmah penciptaan manusia. Selalu kita dengar beza manusia dan haiwan
adalah akal. Bukan saya tidak setuju, memang benar, tapi satu lagi perbezaan
terpenting antara manusia dan binatang adalah hak. Manusia diberi keistimewaan
oleh Allah kerana manusia memiliki hak manakala haiwan tidak.
Hak apa? Hak kebebasan, hak memilih, hak bekerja,
hak belajar, hak makan, hak minum, hak tidur (okay, bahagian ini adalah hak
haiwan juga), hak bercinta, hak merindu, hak bersuara, hak bertanya, hak
meluahkan pendapat, hak berkata-kata, hak memegang mikrofon, hak menjerit, hak
merampas mikrofon? Hak menghalau keluar? Hak memotong hujah? Hak menggunakan
bahasa rojak? Hak menepuk tangan? Hak bersorak? Hak berdiam diri?
Okay, banyak lagi hak dan saya malas nak
senaraikan. Tentu itulah keistimewaan manusia yang Allah ciptakan
denganpelbagai hak berbeza dengan binatang malah hak untuk membela nasib
binatang juga ada pada manusia serta hak untuk menyeksa binatang juga ada pada
manusia (kenapa saya gunakan hak bukan pilihan?). Sebab isunya manusia selalu
berbicara soal hak asasi, dan segala pilihan yang ada di dunia, baik dan buruk
diangkat menjadi hak ASASI. (Bukan yang asas pun jadi hak asasi)
Paling penting adalah hak beriman. Inilah yang
paling membezakan manusia dan haiwan kerana istimewanya haiwan, mereka dicipta
tanpa hak untuk beriman lalu mereka semuanya tunduk dan patuh kepada Allah
sedangkan ruginya manusia yang punya pelbagai hak perlu memilih untuk mengimani
apa?
Maka (dengan izin) ‘human right’ bukan sekadar
isu hak asasi manusia tapi saya lebih suka menggunakan istilah (dengan izin) ‘karamah
insaniyyah’ ata kemuliaan insan. Manusia yang berhak adalah manusia yang
diberikan kemuliaan untuk menjalani kehidupannya sebagai manusia.
Memuliakan manusia bukan sekadar memandang
wajahnya, tersenyum, bersalam, dan sebagainya, tapi memuliakan manusia adalah
memberikan hak kehidupan yang sewajarnya dia peroleh sebagai manusia.
Jika dia anak, dia berhak mendapat hak sebagai
anak. Jika dia pekerja, dia berhak mendapat hak sebagai pekerja. Jika dia
pengundi, dia berhak mendapat hak sebagai pengundi. Jika dia pelajar, dia
berhak mendapat hak sebagai pelajar.
Persoalannya, bagaimana menentukan hak
tersebut? Bagi orang Islam, saya akan mengajak untuk kembali kepada Al-quran
dan sunnah, jadikan sirah nabawi sebagai pengajaran yang berguna. (negara Islam
Madinah patut dijadikan hujah jika melawan hujah seorang Islam yang jahil
kerana sejahil-jahil orang Islam itu, jika dia masih mahu mengucap dua kalimah
syahadah, pasti tidak boleh membangkang negara Islam Madinah yang diasaskan
Rasulullah sebagai hujah bandingan dan pasti kita tidak boleh kembali ke zaman
itu untuk hidup dalam negara tersebut.) Namun, bagi bukan Islam, hak ditentukan
dengan pelbagai cara dan itu sama sekali tidak salah kerana selagi anda
bergelar manusia, anda berhak! Dan saya percaya itu.
Sebenarnya dalam isu video forum mahasiswa di UUM ini, saya tidak merasa kasihan langsung (okay, adalah sedikit) kepada gadis India yang dinafikan hak untuk berbicara tapi lebih kepada rasa kagum melihat keberaniaannya menyanggah hujah penceramah yang menunjukkan betapa dia sedar hak dia sebagai pendengar dan juga manusia pastinya. Tapi, saya simpati dengan penceramah muda yang bersungguh-sungguh bersuara tapi tidak memahami bahawa dia sedang menafikan haknya sendiri sebagai manusia yang bebas dan merdeka dengan membiarkan haknya diinjak dengan menjadi taksub kepada satu sistem yang sama sekali menginjak-injak hak manusiawi.
Okay, manusia bukan robot, bukan mesin, manusia berhak untuk memberi sokongan dan memberi bantahan. Kenapa mahu menafikannya jika benar anda memperjuangkan hak.
Baik, bersyukur. Bagus bersyukur. Malah dituntut dalam Islam. Dapat telefon pintar pasti lebih-lebih lagi perlu bersyukur. Tapi, untuk bersyukur juga hak manusia. Hak manusia untuk rasa bersyukur dangan apa yang ada sekarang dan rasa tak cukup dengan apa yang ada sekarang. Kalau mahu mengajar syukur, sila edarkan telefon bimbit tanpa skrin sentuh dan warna yang hanya hanya boleh digunakan untuk membuat panggilan dan berbalas mesej. Kenapa mahu di edar telefon mahal? Itu bukan ajaran syukur, itu ajaran tidak cukup dan meminta untuk kehidupan yang lebih baik.
Saya sekadar menggunakan hak yang ada untuk memberikan pandangan. Anda sebagai manusia berhak untuk menerima atau membantahnya. Terima Kasih!
Link video di sini
Sunday, January 13, 2013
KL112 : Bukan sekadar jumlah kehadiran....
Perjalanan kami bermula dari ERL Putrajaya...
'Tak pernah ERL seramai ini,' teman saya bersuara. Mata meliar memerhati penumpang ERL yang menyarung t-shirt merah, hijau dan kuning sambil tangan kejap memegang tiang memaut diri (berdiri, tiada tempat duduk kosong dan ramai berdiri). Saya cuma berdiam kerana pertama kali menaiki ERL dan tidak mampu membuat perbandingan. Namun senyuman mengiringi perjalanan keretapi letrik pantas menuju KL sentral.
KL sentral menghadapi fenomena warna serupa. Ditambah ungu dan oren. Tujuan kami adalah hotel premier. Tempat keluarga teman saya ini menginap. Keluarganya begitu semangat sehingga menempah bilik hotel. Saya pula berdepan keraguan melepaskan diri oleh keluarga. Ibu saya bukanlah penyokong Barisan Nasional, namun, bila saluran informasi hanya tv. Keresahan dan kebimbangan turut menyelinap dalam hati, tambahan sifar kefahaman tentang himpunan yang akan dianjurkan. Tapi, saya memang keras untuk lembut mengakur dan saya yakin ibu pasti memahami penglibatan saya ini. Pasti, beliau memberi keizinan dengan seribu pesanan.
Keluar dari KL sentral, ragu mencari arah. 2 orang lelaki berkuturunan India pertengahan usia laju melangkah, saya tegur menanya arah. Pasti, mereka juga keliru di mana terletak pasti hotel tersebut. Pasti, laluan ke stadium merdeka tujuan mereka sambil bertanya arah sebenar perjalanan kami. Saya mengangguk iakan. Itu misi utama namun, kami perlu mampir ke hotel tersebut meletakkan beg pakaian yang dibawa teman saya dan singgah solat zohor.
Antara yakin dan percaya, kami melangkah bersama. Berbual basa-basi dengan 2 uncle yang saya terlupa bertanya nama. Berbicara soal kepincangan sistem pentadbiran dan keperluan untuk berubah. Saya menghadapi sedikit kesulitan menghadam kefasihan berbahasa Inggeris mereka. Mengeluh kelemahan diri tidak menguasai Inggeris sebaiknya atau kesal betapa bahasa Inggeris begitu rutin sehingga menjadi pertuturan harian yang lebih selesa diguna pakai dari bahasa kebangsaan. Namun, saya hanya membalas dengan senyuman dan ucapan terima kasih ketika hotel premier yang dituju kelihatan susuknya. Pastinya walau berbeza keturunan dan budaya, kami berkongsi idealisme serupa. Terasa perpaduan warga Malaysia terjelma.
Usai solat, dari jendela hotel di aras 14, kelihatan 'barisan rakyat' bergerak panjang dan padat di atas jalan. Teruja untuk menyertai. Berkobar untuk menggabungkan diri. Lantas, kami bergegas ke lif menuruni hotel dan melangkah pantas ke arah khalayak rakyat.
Adakah istilah untuk menggambarkan sangat sangat sangat ...... ramai ini? Saya jarang menyertai demonstrasi jalanan. Namun, pasti inilah demonstrasi (jika sesuai istilahnya) paling ramai pernah di adakan di Malaysia. Syukur, Saya dapat menyaksikan dan menjadi sebahagian daripadanya.
Setelah memetik kamera untuk gambar dan video. Kami menggabungkan diri. Melangkah perlahan mengikut arus manusia. Sesak, terhimpit. Namun aman. Namun selamat.
Saya bukan penggemar demonstrasi. Berpanas, berhimpit, apatah lagi bercampur lelaki wanita. Lemas dan rimas malah resah tidak dapat menjaga batasan dan maruah. Namun, entah bila bermula, saya mendapat perspektif berbeza soal himpunan demonstrasi baik di jalanan mahupun dataran.
Sambil melangkah, menjaga diri dan air wuduk yang masih lagi ada usai solat zohor tadi. Dalam sorak dan laungan semangat, saya dan teman sempat bergurau...
'tak terjaga wuduk kita.' Senyum.
'latihan untuk mengerjakan haji.' Sengaja saya memberi alasan. Seorang ustaz yang kami kenali lalu. Ketika menegur dia selamba berbicara, 'latihan tawaf dan padang arafah'. Kami terdiam sejenak sebelum tertawa perlahan. Bukan kami sahaja memikir seperti itu.
'Iktibar dari demonstrasi...
pertama, latihan untuk pelaksanaan haji,
kedua, reunion sahabat dan teman lama," kami senyum. Pandangan berlegar melihat beberapa peserta perarakan menyerbu sebuah van sarat dengan minuman untuk jualan.
'dan peluang perniagaan.' kami ketawa. Riang sebenarnya berdemo ini.
Memandang keliling tiada yang tertekan terhimpit dan tersepit. Semua melangkah tenang penuh semangat. Bila ada kesulitan ramai bertolak ansur memberi laluan dan menghulur bantuan.
Perjalanan berterusan dengan aman. Kelihatan beberapa kenderaan yang tersepit di kalangan demonstran. Melihat penumpang di dalam, tenang menunggu redha perarakan atau sabar memusing kenderaan dengan senyuman keluar dari khalayak demonstran. Ah, warga kita memang penuh kesedaran dan pemahaman, isu sehari terperangkap dalam lalulintas demi kebebasan dan kelestarian hidup rakyat bukanlah isu besar yang sengaja diperbesarkan golongan tertentu.
Sehingga tiba di persimpangan monorel hang tuah menuju ke satadium, perjalanan kami terhenti. Ya, laluan itu terlalu padat. Kami cuba juga melangkah. Namun, tidak berjaya. Hasrat untuk ke stadium terpaksa di padamkan. Dalam hati mengutuk diri keluar terlalu lewat bila ramai yang menuju stadium awal-awal pagi lagi.
Di persimpangan itu, beberapa wakil NGO dan Pakatan Rakyat memberikan ucapan. Saya cuba memberi perhatian. Tapi sedikit sukar. Namun ada ucapan seorang wakil menarik penumpuan saya, '...inilah perhimpunan yang diadakan oleh rakyat dan ditaja oleh rakyat.....'
Ya, ini adalah program yang ditaja oleh rakyat. Saya hadir dengan wang saku yang terhad dan tawakal yang menggunung tinggi. Tanpa paksaan dan tanpa tajaan pastinya. Kehadiran di sini dari seluruh ceruk tanah air tanpa sebarang huluran kewangan. Melihat semangat generasi warga emas dengan tongkat dan di papah anak-anak. Beralih pula melihat anak-anak kecil melangkah yakin tanpa rungutan apatah lagi tangisan. Ini bukan persoalan biasa, luar biasa melihat taburan generasi yang rela dan redha turun ke jalanan menunjukkan harapan dan impian untuk berubah. Saya terfikir, adakah ini suasana ketika kemerdekaan di umumkan lebih 50 tahun lalu. Bila berduyun-duyun warga keluarga meraikan pembebasan sebuah negara yang sekian lama tertindas oleh penjajahan. Terus tertanya-tanya, adakah suasana ini menggambarkan selama lebih 50 tahun Malaysia mengecap kemerdekaan, rasa tertindas serta kebebasan yang di injak melilit kehidupan rakyat hingga memaksa mereka keluar untuk menuntut kebebasan itu kembali?
Teman menggamit untuk kami bergerak pulang. Maaf, saya tidak menanti hingga himpunan bersurai dan melangkah pulang lebih awal. Ketika melangkah saya mencadangkan melencong ke Petaling Street mencari tempat mengisi perut. Baru terasa perut berkeroncong, kerana saya cuma sempat bersarapan pagi tadi.
Berjalan sekali lagi tanpa memahami arah laluan sebenar. Kami berdua memang dari selangor, hidup dalam kebanyakan usia di selangor, namun, berdepan jalan-jalan di kuala lumpur, kami masih seperti rusa masuk kampung. Sepanjang jalan, demonstran dengan baju warna tema merah, hijau, kuning, oren dan banyak lagi mengisi jalan-jalan. Kebanyakan kedai tutup, tidak pasti kerana demonstrasi atau hari cuti, tapi pasti kedai makanan yang di buka penuh pelanggannya. Kami terus melangkah mencari tempat sesuai mengisi perut.
Akhirnya, papan tanda marry brown menggamit kami. Saya tidak begitu gemar menikmati marry brown, namun, tidak begitu mudah mencari medan selera lain, saya ambil keputusan untuk mengisi perut di situ. Kelihatan ramai juga demonstran yang lain turut memilih restoran makanan segera ini.
Tidak ketinggalan dua anggota polis lengkap seragam turut menikmati burger dan ayam goreng di marry brown ini. Saya hampir terlupa mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang memberi kerjasama terbaik sepanjang himpunan. Lihat, jika tiada provokasi, polis yang bertugas turut boleh menjamu selera dengan tenang dan kenyang... =)
Tanpa sedar, rupanya restoran ini berdepan dengan lrt pasar seni yang bersambung dengan stesen komuter kuala lumpur. Saya akan bergerak pulang ke bangi dan teman saya akan menuju kembali ke hotel premier. Kami berpisah. Saya meneruskan langkah sendiri membeli tiket komuter.
Terpegun tiket manual komuter berupa resit cetak ditulis tangan oleh penjaga kaunter. Senyum lagi dan pandangan tertebar melihat di mana-mana demonstran berada.
Komuter berjalan lancar. Barangkali saya agak awal pulang. Masih beratus ribu di stadium dan sekitar. Sambil menanti komuter dan sepanjang perjalanan, update himpunan saya ikuti melalui facebook dan blog.
Tiba di stesen ukm, turun bersama saya, peserta perarakan lainny. Dari mula perjalanan hingga penghujung ada peserta himpunan bersama saya. Dan bilangannya bukan seorang dua..tapi lebih sepuluh orang. Terfikir, perarakan himpunan kebangkitan rakyat tidak bermula di sekitar KL di check point yang telah ditentukan tapi bermula sepanjang perjalanan dari seluruh pelusuk negara!
Pasca perhimpunan, jumlah kehadiran menjadi isu untuk dipolemikkan. Pasti, itulah 'outcome' sebuah perhimpunan, bilangan menampilkan kejayaan dan kegagalan. Saya akui, jumlah itu menggoda saya untuk turut serta. Namun, KL112 punya makna lebih dari sekadar mengira jumlah kehadiran....
Gambar-gambar yang sempat di rakam (saya akui perlu masuk kelas fotografi...huhu)
dari tingkat 14 hotel premier
sebelum menggabungkan diri
tak pasti hujung pangkal
ada sisters, bergegas melintas untuk bergabung...
antara polis yang terlibat. Yang sempat ambil gambar...byk lagi sebenarnya...
terima kasih dalam melancarkan lagi perjalanan perhimpunan.. ^_^
kebetulan.. (tiz zaqyah tak terlibat dalam himpunan kali ini...may be lain kali...^_^)
di marry brown, demonstran yang beratur memesan makanan, gmbar sebahagian bendera pas milik demonstran yang menjamu selera di meja sebelah. (saya bukan ahli parti politik, so, tak miliki sebarang bendera parti ^_^)
tiket manual komuter untuk pulang ke bangi (stesen ukm)
Friday, January 11, 2013
Pilihan
Tamat kertas terakhir. Saya berfikir untuk membuat pilihan, bagi meredakan tekanan musim peperiksaan. Antara tidur, membaca novel, menonton filem atau keluar bersiar-siar, yang mana akan saya lakukan dahulu?
Hidup, mana pernah sepi dengan pilihan, dari memilih warna berus gigi sampai memilih warna kulit calon isteri/suami. Semua perlu dipilih. Kadang-kala memang mudah, dan adakala sangat sukar.
Seorang sahabat bertanya pilihan untuk menyambung pengajian, menyemak pro dan kontra dalam membuat pilihan. Bukan mudah, tapi mahu atau tidak, pilihan perlu dibuat...langkah perlu di atur ke hadapan.
Melihat ke belakang, saya bertanya dalam diri, pernahkah pilihan yang telah saya lakukan menghadir kesal dalam diri? Bila memikir, saya jarang berfikir panjang dalam menentukan pilihan, seringkali juga pilihan saya dipandu emosi dan situasi semasa. Jarang saya menimbang-tara semasak-masaknya.
Barangkali, dulu saya masih terlalu hijau untuk berfikir panjang, namun, bila usia makin bertambah, saya menyedari ada pilihan yang saya lakukan memberi kesan mendalam. Setakat ini, saya mahu lebih tenang dalam membuat keputusan. Berfikir panjang dan matang. Sesuai usia, saya kalau boleh tidak mahu silap memilih.
Pilihan dan akibatnya bukan dapat diteka. Masa depan bukan mampu diramal setepatnya. Kehidupan memang kadang-kala berdepan kesalahan dan kesilapan juga kecuaian. Manusia cuma makhluk lemah. Saya percaya bergantung pada taakulan akal adalah kekhilafan yang mesti dielakkan pada peringkat awal membuat pilihan.
Saya masih memilih suara hati, cenderung jiwa dalam membuat pilihan. Namun, dalam hati ada ruang nafsu dan iman. Untuk memastikan hati tidak dikelabui nafsu, iman perlu diperkuatkan.
Ada bicara mahsyur, manusia merancang, Tuhan juga merancang, dan perancangan Tuhan itu lebih besar atau mudahnya manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. Menyerahkan pilihan kepada SI PEMBERI pilihan barangkali satu jalan penyelesaian.
Barangkali juga mengapa solat istikharah itu sangat dituntut. Bukan sahaja untuk menentukan pilihan jodoh pernikahan. Namun, terbabit dalam setiap permasalahan pilihan, keliru antara banyak pilihan, resah kerana pilihan yang ada tidak diberkenan dan buntu kerana tiada pilihan.
Istikharah umpama memberi jiwa dan diri untuk dipimpim dalam jalan Tuhan. Barangkali kita ada keinginan, kita sudah membuat pilihan. Namun, istikharah akan mengembalikan kita kepada pilihan yang membawa kepada kebenaran. Membawa kepada pilihan yang lebih padan dengan kita. Bukankah Allah itu Tuhan yang Maha Pencipta lebih mengetahui tentang hamba-hamba ciptaanNya?
Melihat ke belakang, saya bertanya dalam diri, pernahkah pilihan yang telah saya lakukan menghadir kesal dalam diri? Bila memikir, saya jarang berfikir panjang dalam menentukan pilihan, seringkali juga pilihan saya dipandu emosi dan situasi semasa. Jarang saya menimbang-tara semasak-masaknya.
Barangkali, dulu saya masih terlalu hijau untuk berfikir panjang, namun, bila usia makin bertambah, saya menyedari ada pilihan yang saya lakukan memberi kesan mendalam. Setakat ini, saya mahu lebih tenang dalam membuat keputusan. Berfikir panjang dan matang. Sesuai usia, saya kalau boleh tidak mahu silap memilih.
Pilihan dan akibatnya bukan dapat diteka. Masa depan bukan mampu diramal setepatnya. Kehidupan memang kadang-kala berdepan kesalahan dan kesilapan juga kecuaian. Manusia cuma makhluk lemah. Saya percaya bergantung pada taakulan akal adalah kekhilafan yang mesti dielakkan pada peringkat awal membuat pilihan.
Saya masih memilih suara hati, cenderung jiwa dalam membuat pilihan. Namun, dalam hati ada ruang nafsu dan iman. Untuk memastikan hati tidak dikelabui nafsu, iman perlu diperkuatkan.
Ada bicara mahsyur, manusia merancang, Tuhan juga merancang, dan perancangan Tuhan itu lebih besar atau mudahnya manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. Menyerahkan pilihan kepada SI PEMBERI pilihan barangkali satu jalan penyelesaian.
Barangkali juga mengapa solat istikharah itu sangat dituntut. Bukan sahaja untuk menentukan pilihan jodoh pernikahan. Namun, terbabit dalam setiap permasalahan pilihan, keliru antara banyak pilihan, resah kerana pilihan yang ada tidak diberkenan dan buntu kerana tiada pilihan.
Istikharah umpama memberi jiwa dan diri untuk dipimpim dalam jalan Tuhan. Barangkali kita ada keinginan, kita sudah membuat pilihan. Namun, istikharah akan mengembalikan kita kepada pilihan yang membawa kepada kebenaran. Membawa kepada pilihan yang lebih padan dengan kita. Bukankah Allah itu Tuhan yang Maha Pencipta lebih mengetahui tentang hamba-hamba ciptaanNya?
Berbicara selamanya tentang pilihan, saya memilih untuk berhenti menulis setakat ini. Jujurnya, esok saya masih tidak pasti untuk membuat pilihan, sama ada turun berhimpun, hadir ke bengkel atau sekadar meluangkan masa bersama keluarga yang lama tidak bersua.... barangkali perlu istikharah... =)
Selamat memilih semua!!!
Selamat memilih semua!!!
Sunday, January 6, 2013
Sendiri
Bukan tidak biasa untuk sendiri. Namun, sejujurnya saya tidak kuat sendirian.
Tinggal seminggu. Tamat menghadapi peperiksaan dan pembentangan projek tahun akhir. Segalanya akan berakhir within next week and another following week, I give my self time to wrap up everything.
Still, teman serumah dan sahabat baik yang menemani sepanjang hampir 6 bulan sudah kembali ke kampung halaman. Dan tiba-tiba sendirian itu menjadi satu momokan yang menakutkan.
Benar, at the end, death come and all of us will be alone on our own. Tapi mencari kekuatan dalam sendirian terasa begitu sukar.
Yup, I'm getting eyes watery! Life is somehow very hard for me. And living it alone is somehow much more hard.
At this time...getting married come across mind. May be that why Islam menuntut ummatnya untuk bernikah. Serta mendirikan rumah tangga itu adalah menyempurnakan sebahagian dari agama. Sigh...totally not ready yet!
Terkenang, malam kelmarin, ketika kami mengadakan aktiviti 'pillow talk'. Masing-masing meluahkan rasa. Tentang impian, tentang cita-cita, tentang kerisauan, tentang cabaran.... pasti, setiap dari kami berbeza. Perpisahan bakal terjadi dan sendirian adalah pasti sepertimana kematian yang bakal berlaku nanti.
Untuk terbang bebas, independent dan mengurangkan kebergantungan itu mesti. Mau tida mau, sendirian adalah perlu. Mencari kekuatan dalam kesendirian umpama amanah dalam melalui kehidupan.
Tinggal seminggu. Tamat menghadapi peperiksaan dan pembentangan projek tahun akhir. Segalanya akan berakhir within next week and another following week, I give my self time to wrap up everything.
Still, teman serumah dan sahabat baik yang menemani sepanjang hampir 6 bulan sudah kembali ke kampung halaman. Dan tiba-tiba sendirian itu menjadi satu momokan yang menakutkan.
Benar, at the end, death come and all of us will be alone on our own. Tapi mencari kekuatan dalam sendirian terasa begitu sukar.
Yup, I'm getting eyes watery! Life is somehow very hard for me. And living it alone is somehow much more hard.
At this time...getting married come across mind. May be that why Islam menuntut ummatnya untuk bernikah. Serta mendirikan rumah tangga itu adalah menyempurnakan sebahagian dari agama. Sigh...totally not ready yet!
Terkenang, malam kelmarin, ketika kami mengadakan aktiviti 'pillow talk'. Masing-masing meluahkan rasa. Tentang impian, tentang cita-cita, tentang kerisauan, tentang cabaran.... pasti, setiap dari kami berbeza. Perpisahan bakal terjadi dan sendirian adalah pasti sepertimana kematian yang bakal berlaku nanti.
Untuk terbang bebas, independent dan mengurangkan kebergantungan itu mesti. Mau tida mau, sendirian adalah perlu. Mencari kekuatan dalam kesendirian umpama amanah dalam melalui kehidupan.
Wednesday, January 2, 2013
Tanah Surga katanya....
Bukan lautan, hanya kolam susu, katanya...
Tapi kata kakekku,
Hanya orang-orang kaya yang bisa minum susu.
Kail dan jala cukup menghidupimu, katanya...
Tapi kata kakekku,
Ikan-ikan kita dicuri oleh banyak negara.
Tiada badai, tiada taufan kau temui, katanya...
Tapi kenapa ayahku tertiup angin ke Malaysia?
Ikan dan udang menghampiri dirimu, katanya...
Tapi kata kakek,
Awas, ada udang di sebalik batu!
Orang bilang tanah kita tanah surga
Tongkat kayu dan batu jadi tanaman, katanya...
Tapi kata Dr. Intel., belum semua rakyatnya sejahtera
Banyak pejabat yang menjual kayu dan batu untuk membangun surganya sendiri.
Tanah surga katanya..... ini filem garapan mengisi sudut patriotisme dan nasionalisme rakyat Indonesia. Barangkali terbanding dan terkesan tentang Malaysia. Barangkali ada yang tidak enak kerana isinya ada ketika seperti menuding Malaysia. Dan saya sama sekali tidak mahu melagakan rakyat 2 negara ini apatahlagi mengkhianati negara sendiri. Cuma, ternyata, ada nilai-nilai yang begitu manis untuk dibiarkan tidak diulas terkandung dalam filem durasi 90 minit ini.
Wataknya, kanak-kanak Salman, yang rapat sekali dengan datuknya. Sering berdamping dan mendengar cerita. Hingga saat ayahnya mengajak untuk hijrah ke Malaysia, dia tega ditinggalkan berdua bersama datuknya, berpisah dari adik perempuan yang begitu akrab sekali dengannya.
Kisah ini manis mengisi ruang seni persembahan mengingati kemerdekaan negara. Seakan baru tersedar, yang filem merdeka bukan sekadar kisah perang-perang sejarah lampau atau konflik perkauman yang sengaja ditonjolkan. Kadang-kala filem merdeka terisi dengan misi membangun bangsa agar mengenal erti sebuah negara. Tanah surga katanya.... memaparkan kisah pedalaman di negara Indonesia di perbatasan sempadan Malaysia. Dan pasti jurang materi itu jelas, dari tiang bendera yang letak sebelah menyebelah di sempadan 2 negara hingga jalan tar dan tanah merah yang membeza sempadan negara.
Ya, seakan Indonesia itu lebih mundur dan miskin. (Barangkali kita wajar bersyukur dan berhenti mengkritik soal pimpinan. Saya senyum dan geleng. Materi cuma fizikal, minda masih ternyata dungu, tidak membangun dan sedar). Dan, kemiskinan dan kemunduran itu sama sekali tidak melupakan anak seperti Salman untuk terus punya rasa cinta pada negara.
Ya, di pedalaman kalimantan yang tersisih dari arus pembangunan kota, anak-anak dibangun dengan rasa patriotisme dan cinta yang membara. Dan ternyata, semaian rasa cinta kepada tanah air, melahirkan jiwa muda Salman kepada rasa kasih dan tanggungjwab. Sanggup bersama datuk, malah bekerja dan menabung untuk membiayai perubatan datuknya. Pasti, saya menangis berkali-kali....
Kisah yang indah. Dan sebagai warga Malaysia, saya jadi malu sendiri. Ternyata, saya sendiri tidak begitu teruja dan bangga mengibar jalur gemilang. Barangkali, pendidikan rasa cinta pada negara perlu menjadi isi penting dalam sistem pendidikan yang barangkali nyata dalam falsafahnya tapi kabur dalam laksananya...
Labels:
ulasan
Tuesday, January 1, 2013
2013 its started!!!
Today, is already 2013. I'm thinking to start something or start to think something. But, unfortunately I cant. I still cannot think multi-things in one time. Now, my brain and mind only go to finish the thesis. Then, for the final exam next week. Poor me, I just cant move on because my last days as degree student are at the beginning of the year. Totally spoilt!!!
However, time not waiting and new year has begun. I still need to do something. And after hours arranging and organizing my thesis. I feel I need to write. Yes, although a phrase or word.
Then, what should I write? Seriously, I dont really sure what exactly I want to do after finish my studies. Too much think actually till making me in dilemma for choosing. And I'm undecided. May be I should wait for my degree to really over..to really seriously think about it...hopefully, there is some decision to make.
Truthfully, I want to chase my dream. Talking about dream. I feel like crying. I'm not too old to dream. But, life now make me forget to dream. Truly, finish this degree, I feel I gain a wing. And I want to fly towards what I really want. What I feel I want deep inside my heart. Not just follow the stream like now.
My dream? The only word appear in my mind is writing. Yup, I really want to be a writer. I dont know if I can carry it on. Since I choose science when I'm not confidence to learn literature or art because I never seriously involve with it. Unlike science. And I felt unfair.
Then, I would really want to talk about system education. Again, I want to blame the system. Still I'm the one guilt because I can choose, just I am too afraid to choose and just follow what happen to be in front.
Lastly, 2013. I want to be freed. Really, chasing my dream and live the way my heart want. Though, there are another things to be considerated. And I'm still undecided. May be this year I will in undecided mood. Try to find the real path meant to me. But, hopefully the end of this year, I will gain something meaningful.
#prayinglifeincredibleandawesome#
Subscribe to:
Posts (Atom)