Pages

Sunday, July 26, 2009

Ya Allah, Ramdhan terlalu hampir...



Hari ini sudah 4 Syaaban rupanya. Kurang sebelum Ramadhan akan menjelma. Entah mengapa saya merasa gementar untuk berdepan Ramadahan kali ini. Saya terasa lemah dan ragu-ragu, mampukan untuk saya mencapai rahmat, barakah dan makfirahnya? Sungguh, saya diburu kebimbangan pada keupayaan diri melalui 30 hari di bulan penuh berkat itu.



Saat ini iman terasa seperti di hujung tanduk. Begitu lemah dan rapuh. Kadang-kala dalam muhasabah yang seketika, saya terfikir, salahkan jalan dan langkah yang saya pilih? Maka berkali-kali saya mengungkap ‘kalau’. Astaghfirullah, sungguh kekesalan itu satu keinsafan namun menyalahi takdir Tuhan umpama tidakmengakui rukun iman ke enam untuk beriman kepada qada’ dan qadar ketentuan-Nya. Sungguh saya hamba yang lemah, ya Tuhan ku damba bantuan Mu menunjukiku jalan yang lurus.


Saya merasakan lemahnya saya bermujahadah, melawan hawa nafsu dan mengekang diri dari kemaksiatan. Seakan saya terlupa pada tiga persoalan asas kehidupan yang sering diulang-ulang dalam usrah mingguan, ‘dari mana kita datang?’, ‘untuk apa kita diciptakan?’ dan ‘ke mana kita akan dikembalikan?’. Betapa saya seakan terleka pada keindahan dunia yang sementara, bahkan satu masa saya akan kembali kepada-Nya. Ya Rabbi, ampunilah hamba-Mu ini!


Ya Allah, Ramdhan hampir tiba, namun apakah persediaan ku untuk menempuh tamrin iman untuk sebulan lamanya? Saya resah dan bimbang, andai ini Ramadhan terakhir untuk saya, sungguh betapa meruginya saya!


Ya Allah, kuatkanlah saya untuk berdiri teguh di jalan-Mu yang hakiki. Saya ini terlalu lemah dan tidak berdaya untuk sendirian berdiri. Saya memohon agar Tuhan terus memelihara saya biar sejauh mana saya terpesong, dengan kasih dan sayang-Nya, Dia akan terus menarik saya kembali kepada-Nya. Ya Tuhan, Ramadhan-Mu begitu hampir, indahkanlah ia dangan ketaatanku pada-Mu. Amin, Ya Rabbal alamin.



Thursday, July 16, 2009

Bicara Masa



Ada satu hadis Rasulullah s.a.w. yang menyuruh kita menghargai lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain iaitu sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati. Hadis ini menjelaskan kita betapa pentingnya masa. Saya teringat bicara hujjatul Islam Imam Al-Ghazali bahawa sesuatu yang paling jauh daripada kita ada masa yang telah berlalu. Malah Allah bersumpah dengan masa di dalam Surah Al-Asr.


Masa. Betapa ia adalah makhluk Tuhan yang tidak dapat kita lihat namun ia ada. Kita merasai ia berlalu detik demi detik. Aneh sekali jika mahu mengerti soal masa. Pada lingkungan mana untuk kita kelaskan ia? Namun, inilah istimewanya ciptaan Tuhan, yang kadang-kala penuh misterius.


Masa pantas berlalu, saya juga merasakan betapa masa pergi meninggalkan saya saat demi saat. Kadang-kala bila mengimbau kenangan silam, saya sering berbicara sendiri andai masa bisa diputar. Sungguh, banyak masa yang telah saya biarkan berlalu tanpa saya manfaatkan dengan sebaiknya dan sungguh, banyak masa yang saya penuhi dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Lantas, ia memberi keinsafan betapa masa yang akan datang begitu bererti untuk digunakan sebaiknya.


Semester kali ini saya dihimpit masa. Jadual saya penuh setiap hari. Hingga setiap saat yang berlalu terasa begitu berharga. Kadang-kala saya mengeluh penat dan putus asa, namun, ia menyedarkan saya betapa Tuhan itu maha Berkuasa, dan saya hanyalah hamba yang lemah tak berdaya. Saat saya terlalu lelah dalam mengejar masa, saya tahu betapa Tuhan mahu saya terus mendekatiNya, memohon dan mendamba maunahNya. Saya jadi malu, betapa saya leka dengan nikmat masa sehingga sering melupaiNya sampai Dia perlu menariknya baru saya sedar akan khilaf diri yang hina.


Namun, dalam ketika Tuhan menguji saya lemah juga menanggung dugaan. Masa yang menghimpit saya jadikan alasan untuk lalai dalam urusan. Tanggungjawab utama sebagai hamba dan khalifah saya kesampingkan. Maha Suci Allah yang menerima taubat, ampunkanlah dosa hamba Mu yang alpa ini.


Urusan masa adalah urausan Dia yang maha Tahu. Mohon saya agar setiap momen masa yang saya lalui dapat saya niatkan hanya untukNya. Amin...



Wednesday, July 15, 2009

Program Kerohanian di UPM.

PENGAJIAN TALAQQI KITAB AQIDAH MUSLIMIN
SETIAP SABTU MALAM AHAD
SELEPAS SOLAT MAGHRIB
BERMULA 18 JULAI 2009
BERTEMPAT DI SURAU MUHAMMAD AL-FATEH, KOLEJ SERUMPUN, UPM SERDANG.
OLEH : USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM
TUAN BLOG KHAZANAH SALAFIYYAH
Maklumat Terperinci SIla Hubungi : SAUDARA HANIS (019 7658242)
SERUAN DARI HATI KE HATI BUAT SISWA-SISWI UPM YANG DAHAGAKAN SECANGKIR ILMU WARISAN AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH... HADIRKANLAH DIRI KALIAN SERAMAI-RAMAINYA KE MAJLIS ILMU YANG PENUH BARAKAH... JANGAN LEPASKAN PELUANG INI !!!

Disediakan Oleh : Tuan Blog aD-Deen aL-HaNieF www.al-hanief.blogspot.com

Sunday, July 12, 2009

The Starting School


Yesterday, it was quite a tiring and happening day. Attend the starting school program in third year in university is not really a good thing for me. But, i’m quite excited too because its particularly make me the more real bachelor student with this program.


Like what we assume, the program that should be held at 8.30 am, is just started at 9. With the clumsy instructor go in and out the room really make the curiousity. But in the slightly eye, that guy is quite something.


Its started. And when the instructor introduce his name, i just cant breath in shock and unbelievable feeling. He is the young and handsome lecturer that we just see his picture around the faculty for this first week. I look at my friends and smile.


Really, he is such an energetic person, full of idea and spirit. Put the emotion and knowledge in all movement. In the first sight, i think how good he is. But, after a few slot, i realize he is a great person but not perfectness and i disagree a lot of thing with his view. Neglecting that, i still looking forward to get to him further.


This staarting school program for me is just a reminder or motivation to be succeed. It will not last the spirit forever but for the time being some of our move is from the effect of this program. Although its not really suit with me, i agree that for some reason this program taught me some values and views. And above of all the instructor himself that look like a veri successful person move me to be like him.


I learn that i should put my effort now. Make contribution and acquire something. Its really remind me of my big brother about his business, nevertheless he is not perform well in his study, but i really envy him in some part of his life. He just go through his life without thinking much of the risk and just being himself.


Its remind how big my dream in the past. And why it keeps getting smaller for the time going?




Bolehkah ‘kapel’?



Seringkali singgah pertanyaan dari teman dan adik-adik junior tentang hukum bercinta atau istileh remaja hari ini adalah ‘kapel’. Kalau ketika masih di alam sekolah di mana saya bersekolah agama dengan peraturan dan batasan yang jelas pasti tanpa banyak bicara saya pantas menjawab, ‘tidak boleh’. Namun, ketika berada di alam kampus yang penuh dengan kejutan budaya, saya sendiri pada awal menjadi terkejut dan menukar pantas jawapan bagi persoalan sama yang ditanyakan di atas.


Seakan saya ini lalang yang lemah, hanya mengikut angin menghembus. Namun, dengan dikelilingi golongan yang hampir semuanya mengamalkan gaya hidup ‘kapel’ ini, bagaimana saya dapat menjatuhkan kesalahan pada setiap individu? Maka dalam kejutan yang saya hadapi itu saya tidak dapat memberi sebarang jawapan bagi persoalan itu. Sungguh, bukan saya orangnya untuk membuat konklusi sebelum jelas permasalahan yang berlaku.


Namun, saya kini sudah menginjak tahun ketiga pengajian di universiti. Sudah terlalu banyak kejutan budaya yang sudah lali untuk saya hadapi. Bukan bermakna saya mengikut arus, kerana saya tetap teguh bahawa harimau yang masuk ke kandang kambing tetap juga adalah harimau. Namun, harimau itu barangkali tidak mungkin dapat memakan kambing-kambing di situ. Maka saya mengambil pendekatan menulis artikel ini. Sempena dua tahun saya bergelar mahasiswa, saya menulis tentang cinta khas untuk semua pelajar baharu yang baru mahu mengenal dunia universiti dan amnya seluruh warga universiti.


Di atas sekali saya buatkan 4 kotak yang terisi 4 perkataan berbeza yang menunjukkan rutin harian kita sebagai pelajar. Gambarajah ini saya perolehi semasa mengikuti salah satu program di universiti dan saya kira sangat menarik untuk menggambarkan permasalahan kita kali ini. Cinta, belajar, tidur dan ibadat diletakkan dalam kotak-kotak berbeza. Saya mahu bertanya, mungkinkah untuk anda menjalani sebuah kehidupan di mana anda dapat membahagikan waktu, emosi, tenaga dan perhatian dengan jelas dan jitu bagi keempat-empat aspek terbabit?


Baiklah, saya bagi contoh di sini, katakan anda meluangkan waktu pagi untuk ‘dating’, kemudian anda bergaduh dengan pasangan anda atau pasangan anda memberikan hadiah istimewa untuk anda, mampukah anda untuk tumpukan perhatian untuk melaksanakan solat atau belajar pada sebelah malam tanpa memikirkan kejadian yang telah berlaku pada waktu pagi? Saya tidak tahu anda, namun daripada pemerhatian saya kebanyakan kes begini akan berjalan seperti ini; pertama jika anda bergaduh, anda akan menangis sepanjang hari dan kedua, jika anda menerima hadiah anda akan habiskan malam anda dengan berbalas mesej atau membuat panggilan bersama pasangan anda. Apa yang jelas di sini, anda akan hadapi krisis pembahagian waktu di mana ia akan mengganggu-gugat proses pembelajaran anda.


Seakan saya memang mahu ‘mengharamkan’ ‘kapel’ ini. Namun, saya bukan lagi pelajar sekolah atau pelajar baharu yang terkejut dengan budaya kampus, saya menulis sebagai panduan dan persediaan untuk anda melalui kehidupan kampus yang sama sekali berbeza.


Sebagai pelajar baharu, anda juga datang dari pelbagai aliran dan latar belakang. Maka saya mencadangkan untuk anda kekal menjadi diri sendiri dan terus berusaha memperbaiki diri ke arah lebih baik. Namun, tentunya anda akan berdepan dilema dan kekeliruan untuk menentukan nilai yang baik. Saya hanya mahu berpesan bahawa tidak semua perkara yang biasa anda lihat itu sesuatu yang baik. Sebagai contoh isu ‘kapel’ ini. Mungkin dari sudut pelajar sekolah agama saya akan memberikan beberapa dalil-dalil naqli dari Al-Quran dan hadis tentang bahayanya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Namun, saya tidak akan nyatakan di sini. Bukan mahu membelakangkan hukum Tuhan, tapi siapalah saya untuk memberikan hukuman. Baiknya biarlah orang yang lebih arif tentang ilmu agama berbicara tentangnya.


Sebaliknya sebagai mahasiswa universiti yang sentiasa berpandangan jauh dengan visi dan misi yang jelas, saya sendiri bersetuju dengan ‘kapel’ jika ia memenuhi syarat-syarat berikut;


1. Tiada pertemuan di tempat sunyi mahupun terbuka yang boleh menimbulkan fitnah dan menjerumus ke lembah maksiat

2. Tiada pembaziran masa dan wang ringgit semata-mata untuk keluar berpeleseran dan membeli ‘top up’ sekadar untuk mengirim mesej atau panggilan ‘apa khabar’,’sudah makan’ dan sebagainya.

3. Tidak menggunakan duit ibu bapa dan biasiswa/pinjaman yang diperuntukkan untuk proses pembelajaran sebagai modal aktiviti ‘kapel’ anda.


Sekali lagi anda pasti memberi label bahawa saya adalah ‘anti kapel’. Saya cuma menggariskan tiga syarat. Pasti banyak lagi yang anda boleh lakukan ketika ‘kapel’. Saya tidak pasti apakah ia, namun selagi ia tidak melanggar tiga syarat di atas, silakan untuk ‘kapel’. Jika tidak, saya minta untuk anda fikir lagi dan pertimbangkan semula keinginan anda untuk ‘kapel’.