Hampir sebulan rasanya sejak serangan demi serangan yang dikenakan tentera zionis ke atas Gaza. Memang memilukan, saya seringkali mahu mengelak diri dari mengambil tahu kronologi serangan kejam itu. Sungguh, bagaimana mampu untuk hidup tenang, selasa juga mewah ketika saudara-saudara kita dizalimi tanpa belas kasihan. Kalau bukan kerana agama, sikap perikemanusiaan sesama manusia sudah cukup untuk menyentuh jiwa dan raga.
Maka, untuk hidup bahagia dan harmoni, tanpa rasa bimbang dan susah hati, saya cuba untuk mengambil sikap tidak ambil peduli. Teruk bukan? Saya yakin, ramai yang seperti saya. Rasa sensitiviti yang menebal dalam diri cuba dihakis. Sungguh, setiap manusia itu fitrah, namun, kerana hasutan syaitan dan hawa nafsu manusia melawan fitrah. Itulah yang cuba saya lakukan. Namun, kadan-kala Tuhan itu maha pengasih. Tidak selamanya dibiar hambanya terus dalam kesesatan.
Ini bukan isu dalam kampung yang boleh saya tutup telinga dan pejamkan mata. Tapi, ini isu dunia yang menerjah pendengaran juga penglihatan tanpa saya pinta. Dimana-mana orang bercerita dan berkata-kata. Bagaimana saya masih boleh terus berdiam diri dan berlagak tidak bersalah dalam kemelut krisis kemanusiaan yang kian meruncing ini? Sungguh, saya sendiri tidak mampu untuk menahan diri mem'browse' internet mencari lebih info tentang 'ethnic cleansing' juga penubuhan Israel raya yang sedang diusahakan Israel.
Saya sering diterjah persoalan demi persoalan, hakikat yang ada pada rancangan jahat yahudi. Mengapa begitu hilang nilai kemanusian sejagat demi kepentingan diri dan bangsa sendiri? Mengapa manusia boleh menjadi sebegitu hina dengan 'membaham' manusia yang lain yang lebih lemah dan tidak berupaya? Sungguh, adakah satu kejayaan menakluk dunia dengan menghapuskan manusia yang lain? Jauh di sudut hati saya, itu adalah kaedah manusia kuno dalam meluaskan kuasa dan pengaruh, atau, barangkali ketamadunan dan kemodenan yang tercapai tidak mampu mengubah pemikiran kuno ini? Sungguh, biar bertahun-tahun peradaban di bina manusia masih berfikiran lama yang sama. Munkin itu juga fitrah manusia yang tak dapat diubah.
Sekali lagi saya diserbu pertanyaan, apakah yang mampu kita lakukan dalam membantu warga dunia yang menjadi mangsa kegelojohon bangsa yang begitu angkuh itu? Adakah cukup sekadar melaksanakan boikot barangan mereka, sekaligus mengharap kejatuhan ekonomi mereka dapat merencatkan operasi ketenteraan mereka? Saya jadi ragu bila memikirkan sudah berapa lama kita menjadi pengguna setia barangan keluaran mereka dan sudah berapa lama mereka mengumpul kekayaan yang pastinya sukar tergugat dengan boikot beberapa hari yang kita lakukan. Itupun, hanya pada sesetengah barangan. Kita sudah lama rupanya ditipu dan dimanipulasi untuk menjadi penyumbang dalam projek kejam mereka. Maka, saya kira kita perlu buat sesuatu yang lebih dari itu demi menebus kesalahan dan kesilapan kita di masa lalu.
Persoalannya lagi, bagaimana? Kita masih tak mampu untuk bersatu dalam soal yang remeh-temeh. Inikan pula bergabung idea dan tenaga juga berkorban bersama-sama demi keamana dan kesejahteraan bersama. Pemikiran kita sudah lama dipesongkan. Tentu sukar untuk berfikir lurus bila jalan yang terbentan adalah bengkang-bengkok. Sungguh, seperti berapa lama pemikiran kita sedikit demi sedikit diracun, seperti itu jugalah waktu yang diperlukan untuk ia dirawat sebaiknya. Apa yang penting kita mahu dirawat, jika untuk menelan penawar sudah terasa begitu terbeban, selamanya kita akan terus dibelenggu dalam kesakitan yang bakal memusnahkan kita semua.

0 comments:
Post a Comment