Pages

Thursday, August 1, 2013

Fearless: From Kampung Boy to CEO & Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Reading. Membaca. Pernah menjadi satu kegilaan. Sehingga ada satu ketika, tidak tertinggal satu patah perkataan terlepas dari pembacaan. Namun dengan usia makin bertambah, jumlah pembacaan pula makin berkurang. Sebelum ini, seringkali bidang pengajian yang diambil dijadikan alasan dan ditujukan kesalahan. Namun, setelah tamat pengajian, tidak kelihatan sebarang peningkatan. Membaca. Alasannya cuma satu. Iaitu Malas.

Tapi, dalam kemalasan itu, saya menelaah juga beberapa buku. Banyaknya sekadar menelaah bab itu dan ini. Masih terkapai menghabiskan keseluruhan helaian. Namun, ada 2 buku berhasil dikhatamkan. Buku yang tipis pastinya. Ringan pula isinya. 

Fearless: From Kampung Boy to CEO. Its an autobiography. Written by Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim. Chief Minister of Selangor State. Its inpirational story. About ambition, dream, hardwork and work ethic. The book have modern presentation. Highlighted important quote by presented in huge capital letter. its fun thing reading it with only essential story with remarkable story point. and my expertise is reading english book written by malay. And less than 48 hours, I finished it. I lent this book. But after read it. I want to buy it for my kept.

This my problem. And it is getting serious. I cant write in malay. Neither did my english better. But i lost the sense in writing in my native language. First, prefer english book. Now, prefer writing in english. Its a sickness that have to cure. So, there are some decision to do.

Kembali kepada bahasa melayu. Adakah begitu sukar? Tidak. Cuma terasa lancar bila berbahasa inggeris. Maka saya adalah antara mangsa yang semakin menjauh dari jati diri, budaya dan tradisi bangsa sendiri. Bertemu Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck bagaikan bertemu kekasih hati yang tak pernah ditemui. Hanya mendengar khabar dari mulut orang dan jatuh cinta dengan kisah yang dikhabarkan. Dan bila bertemu. Cinta itu terpatri sungguh kerana indahnya kisah yang ternukil.

Namun, bukan mudah mematri cinta umpama jatuh cinta pandang pertama. Kerana kisah cinta seperti itu banyaknya nafsu semata. Jalan cerita pada bab-bab awalnya membuah tanda tanya. Kisah apakah yang HAMKA karangkan ini? Cinta dua sejoli atau krisis adat tradisi. Barangkali saya konservatif atau HAMKA begitu kritis. Permainan cinta peran utama tidak cocok saya kira. Walau hakikinya ia berlaku di mana-mana. Maka, itulah punca barangkali HAMKA nukilkan sebegitu rupa. Kerana cinta itu tak mampu terus tersembunyi biar dihalang dan disekat segala perkara. 

Maka HAMKA karangkan kisah cinta yang tulus murni. Bukan nafsu semata. Kisah manusia biasa. Bukan malaikat atau bidadari syurga. Kisah tragis melingkung tradisi dalam jepitan modenisasi. Kisah berlatar belakang awal abad 20, antara 2 anak muda yang berjumpa dan bercinta. Namun, kisah cinta kalau tak terhalang, tak akan dikarang orang. Kali ini cinta terhalang oleh adat dan harta. Malah ia bukanlah cinta janji setia selamanya. Tapi ia kisah cinta yang dikhianati. Membaca hikayat ini, seakan mengajar pembaca bagaimana lelaki dan perempuan itu beda pikir dan tingkahnya, mahu dan sukanya. Bukan salah lelaki dan silap perempuan. Tapi, takdir Tuhan ciptakan beda agar bisa melengkapi samanya, maka mungkin untuk sempurna. 

Kisah cinta agung, jarang bersatu dihujungnya. Kalau ada, kisah rakyat atau 'fairytale' versi inggerisnya, yang bercerita kisah puteri cantik rupawan bertemu putera segak dan tampan, akhirnya hidup bahagia selama-lamanya. Kerana ini karya sastera besar, dirujuk ramai. Kisahnya perlu tragis, mengesankan dan mengalirkan air mata. Hingga di hujung-hujung cerita, timbullah kisah Kapan Van Der Wijck yang membawa watak utama perempuan karam di lautan. Dan kesal sang teruna yang masih menyimpan dendam dan rindu terpendam.

Pengajaran? Saya masih fikirkan. Namun, ini tulisan hikayat bercerita tentang tingginya adat dan tinggi lagi budi pekerti insan. Dan cinta itu tidak membunuh tapi meneguh. Saya tidak tahu, apa mungkin ada kisah cinta seteguh dan sedalam itu zaman ini. Kerana, zaman ini, jatuh cinta itu mudah namun setia mencinta adalah susah. Barangkali ada. Kerana tak semua kisah cinta dipertontonkan umum. Kerana cinta terselindung dalam hati dan terpancar hanya kepada kekasihnya.

Panjang pula mengisahkan cerita. Barangkali kerana indahnya bahasa HAMKA yang mengarang cerita. Saya jadi terikut-ikut juga walau telah lama tidak melenggokkan bahasa. Habis Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, terus teruja mencari lagi karya HAMKA lainnya.


0 comments: