Lama rasanya tak menulis. Hmm..saya seakan hilang selera walau banyak yang berlegar dalam fikiran. Tambahan lagi saya terlalu sibuk dengan ujian dan tugasan yang bertali arus.
Tapi kebelakangan ini juga saya merasa senang dan gembira. Entahlah, resah dan gelisah yang melanda waktu dulu seakan ditiup angin pergi. Saya rasa mudah dan selesa. Tugasan yang berlambak tidak terasa begitu tertekan dan ujian yang mendebarkan tidak begitu merunsingkan. Malah saya begitu optimis dalam menempuh hari mendatang.
Saya mahu jadi diri sendiri. Bebas dan riang. Saya tidak mahu tertekan dan terbelenggu dengan sesuatu. Saya mahu hadapi hidup dengan penuh harapan. Saya percaya selagi jantung masih berdegup, peluang pasti akan hadir.
Barangkali saya akan berhenti menulis buat seketika sehingga segala tugasan saya selesai. Minggu peperiksaan akhir yang begitu hampir. Saya perlu banyak bersedia. Sahabat, doakan saya ye....maaf andai ada salah dan silap diri ini. Saya cuma manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan. Pada semua yang bakal menamatkan semester ini, buat yang terbaik dan semoga keputusan yang cemerlang milik kita semua!
0 comments:
Post a Comment