Pages

Sunday, February 8, 2009

Segmen Khas dari Gaza






Malam tadi Majalah 3 menyiarkan segmen khas dari bumi Gaza. Bukan sesuau yang mudah untuk saya menontonnya. Menghayati derita dan keperitan mereka sama sekali memerlukan kekuatan emosi. Sungguh, air mataku tak henti mengalir sepanjang rancangan itu disiarkan.



Hatiku sering berbicara, masihkah ada harapan untuk mereka? dengan populasi yang tinggal kurang dua juta, kematian yang berlaku saban hari, juga kecederaan-kecederaan parah yang menimpa, sungguh, mereka masih tidak putus asa. Mana mungkin untuk berputus asa pada tanah air, tempat tumpah darah dan warisan nenek moyang? Namun, persoalannya bagaimana mungkin untuk menyekat apatah lagi menghalau Yahudi dari bumi Palestin? Sedangkan mereka sama sekali tidak miliki sebarang tanah yang berhak untuk dijadikan tempat duduk bersila, apatah lagi kawasan petempatan. Juga impian dan cita-cita membina Israel Raya pasti tetap mahu diteruskan dengan apa cara sekalipun.



Namun, itulah perjuangan. Biarpun nampak mustahil, mereka optimis untuk mengecap kemerdekaan. Malah, cukup mengagumkan bila keyakinan mereka pada bantuan Allah benar-benar mantap. Sungguh, derita dan kepayahan hanya meningkatkan lagi keimanan. Alangkah bertuah mereka berbanding kita! Sungguh kenikmatan dan kesenangan ini hanya bisa menjauhkan kita dari Tuhan yang Esa .



Tak dapat rasanya untuk membayangkan hidup dalm zon perang. Bom dan peluru berterbangan, anggota badan dan nyawa bisa hilang bila-bila masa. Juga saudara mara dan jiran tetangga pergi tiba-tiba. Hidup dalam peperangan pastinya penuh kejutan. Namun, dari mata mereka, saya melihat keberanian dan ketabahan. Mereka sanggup berdepan sebarang kemungkinan. Barangkali, kehidupan sebegitu lebih mampu membentuk manusia yang lebih sempurna. Manusia yang hebat dan cekal dalam berdepan setiap halangan masa depan.

0 comments: