Kerja sambilan. Kadang-kadang saya berfikir juga, berbaloi kah? Namun, saya seorang yang positif, sama sekali tidak mahu berburuk sangka walaupan pada takdir Allah yang telah menetapkan saya untuk bekerja sambilan. Apa yang pasti saya hanya mahu apa saja yang saya lakukan ini adalah halal dan di bawah redhanya. Jangan kerana urusan dunia, saya sehingga terlalai dan terleka dari melaksanakan suruhan dan perintahnya. Walaupun kerja sampai lepas terawih, saya tetap kena solat terawih selepas itu dan mencuri-curi masa tilawah al-Quran ketika keluar untuk menunaikan solat fardu. Apa yang penting, masa saya terisi dan bermakna, tidak hanya dileteri ibu di rumah.
Barangkali tujuan utama saya bekerja sambilan memang kerana wang ringgit. Namun, semakin lama saya bekerja, semakin saya memahami, bekerja bukan semata-mata kerana wang. Ia lebih dari itu. Banyak yang saya pelajari dan sedikit-sebanyak ia mendewasakan diri.
Pertama, bila bekerja saya berlatih untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab. Biarpun berpuasa dan kepenatan, ataupun dilanda sakit, saya terpaksa berfikir berulang-ulang kali untuk mengambil cuti. Ini disebabkan, saya perlu memikirkan kesulitan yang terpaksa orang lain hadapi jika saya tidak hadir tiba-tiba. Tanggungjawab yang memaksa saya untuk sanggup berkorban dan melepaskan keperluan diri demi melaksanan satu tanggungjawab. Selain itu, tanggungjawab untuk melaksanakan setiap pekerjaan dengan sebaiknya. Sukar. Kadang-kala saya dihambur resah andai saya gagal melaksanakan tanggungjawab ini dengan sempurna, pasti akan di soal Tuhan di akhirat kelak kerana tanggungjawab adalah amanah. Halalkah gaji yang saya terima andai saya tidak melaksanakan amanah ini sejujurnya? Ya, saya seakan menjadi lebih dewasa. Tiada masa berkeluh-kesah dan merungut tidak menentu. Amanah dan tanggungjawab adalah kewajipan yang perlu saya laksanakan sebagai seorang pekerja. Moga-moga rezeki yang saya peroleh berisi barakah dan rahmat.
Kedua, saya mengenali dunia masyarakat. Sungguh, jika saya tidak bekerja sambilan, habis belajar, bergraduat dan bekerja, saya pasti tidak mengerti wujudnya kehidupan seperti itu. Saya menggeluti masyarakat yang berlatar-belakang pelbagai, dengan masalah dan rencam kehidupan yang kadang-kala menambah gusar dalam hati. Ia menyedarkan saya betapa banyak urusan dan tanggungjawab pula sebagai golongan mahasiswa juga da’i untuk dicurahkan pada masyarakat. Banyak lagi perkara yang perlu diberi pendidikan dan penerangan. Masyarakat yang sering-kali kita salahkan ini perlu ditumpahkan usaha, tenaga dan segala-galanya dalam proses tarbiyah agar impian mewujudkan masyarakat madani yang hevat dapat terlaksana. Ya, tugas kita begitu banyak dan kita perlu menyedarinya juga berhenti bicara saling menyalah. Apa yang perlu sekarang adalah bertindak tegas.
Banyak. Banyak lagi yang saya perolehi dalam waktu sepanjang kerja sambilan saya yang akan berlarutan sehingga Aidilfitri menjelma. Apa yang pasti, kerja itu memang memenatkan. Ia menyearkan saya pentingnya ilmu pelajaran. Tanpanya kita akan terus di bawah dan melakukan kerja-kerja yang melelahkan ini.
Monday, August 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
salam ziarah kembali :))
terus melangkah sahabat, kusokong jalan perjuanganmu!! sesungguhnya tiap derap langkah kita diiringi amanah yang perlu dilunaskan.
Jaga Allah walau dimana jua kita berada, janji Allah takkan menghampakan!
Post a Comment