Pages

Monday, September 29, 2008

Saat pemilihan..

Ramadhan adalah bulan ujian..bulan tarbiyah...yang hasil akhirnya adalah takwa...
Ramadhan terlalu hampir kepenghujungnya..Insya Allah, lusa kita bakal menyambut hari lebaran.. entah mengapa, tidak seperti tahun-tahun yang lalu, hatiku begitu sayu dengan pemergian ramadhan..malah mood beraya juga seakan tenggelam.
Lebih mengesankan, aku selalunya akan mengirimkan kad ucapan hari raya untuk teman-teman. Tapi tahun ini aku lupa sama sekali dan baru menyedarinya pada saat-saat akhir. Aneh rasanya, ramadhan kali ini begitu berkesan di kalbu sehingga aku tak mahu ia sesekali pergi...



Namun, yang pergi akan tetap pergi, dan kita perlu teruskan hidup ini....



Seperti juga 3 semester di asasi yang bakal berakhir kurang 2 bulan lagi. Aku bakal bergelar mahasiswa tahu depan. Sememangnya isu pemilihan kursus terus-terusan membelenggu pemikiran. Alhamdulillah..aku memikirkannya sepanjang ramadhan. Harap-harap pilihan yang kulakukan adalah tepat.



Aku terkenang malam 21 ramadhan. Kata orang malam itu lailatulqadar...
Kesibukan menghadapi ujian kedua dan menyelesaikan tugasan akademik, tambahan lagi dengan tugas-tugas lain...waktu malam ku sentiasa direbut...namun kerana kata orang dan kerinduan yang terpendamsekian lama ingin bertemu Tuhan..aku tekadkan juga dalam hati untuk bangun malam itu...



Aku balik agak lewat juga dari berbuka puasa di UKM. Kemudian singgah di bilik sahabat dan berwacana sebentar tentang politik semasa. Memang kegemaranku namun kesibukan dengan urusan hidup sering membuatkan aku tak ambil tahu mengenainya.
Akhirnya aku tiba di bilik lingkungan tengah malam...

0 comments: