Lama sekali saya tidak menulis. Kadang-kala saya seperti sudah terlupa bagaimana mahu menyusun ayat dalam bahasa melayu lantaran saya jarang-jarang menulis dan tugasan akademik semuanya menggunakan bahasa inggeris. Namun, banyak sekali yang berputar dalam kepala. Banyak sekali yang ingin di luahkan. Banyak sekali. Cuma, jemari saya semakin kaku untuk menyusun aksara.
Saya tidak pasti mengapa saya berhenti menulis. Barangkali sejak melangkah ke alam sarjana muda, mengambil bidang kejuruteraan, saya bertemu angka lebih selalu berbanding abjad. Maka perkataan dan ayat kurang saya mesrai, formula dan persamaan lebih saya dekati. Alasan pastinya. Barangkali juga banyak perkara yang saya tidak mahu kongsikan, lebih senang dihimpun dalam sanubari. Bukan mahu memendam rasa, namun, sesetangah cerita lebih indah dijadikan rahsia. Maka saya berhenti bercerita.
Tapi penulisan sesungguhnya cinta pertama saya. Bila kenangan lalu menjelma, saya sering merasa, tidak mungkin saya lupa betapa saya akrab dengan pena dan kertas. Betapa saya karib dengan kisah dan cerita. Betapa saya rindu kini untuk kembali menarikan aksara, membentuk kata, rangkai dan perenggan. Menggarap ceritera.
Maka hari ini saya kembali. Melepas rindu yang membara. Pada tinta dan aksara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
akak, teruskan menulis...saya mahu membaca lagi :)
mood : teringat kenangan kita di bengkel penulisan oleh PTS anjuran PMIUPM semester lepas..bila lagi akak? saya menanti karya anda..
insya Allah. doakannya..sedang dalam usaha..=) tq kerana sudi membaca n komen...hehe
Post a Comment