Menariknya kali ini, awal muharam saya sambut dalam perjalanan. Tidaklah jauh, sekadar musafir untuk usrah ke gombak. Sambil menanti maghrib masuk dan sahabat mampir menjemput, saya ringankan jemari untuk mencoret bingkisan di ambang tahun baharu ini.
Ini barangkali tahun baharu terakhir di alam pelajar . Makanya jika mahu melakar azam, isinya pasti lebih dewasa dan cenderung ke alam pekerjaan. Saya...masih berkira-kira apakah ia...
Tahun baharu ini diletakkan dalam kalendar Islam berdasarkan penghijrahan nabi muhammad dari makkah ke madinah. Kisah perjalanan hijrah yang penuh hikmah. Barangkali ketika kecil,kisah hijrah nabi sekadar cerita2 menarik yang mencungkil rasa ingin tahu. Pabila makin mengenal dunia, sirah nabi menjadi pedoman untuk melangkah ke mana-mana.
Hadis 'innamal a'maalu binniyaat' yang saya hafaz sejak di alam persekolahan antara kisah hijrah yang memberi makna dan pengajaran besar. Betapa setiap urusan itu disandarkan pada niatnya. Niat yang letaknya di dalam hati, yang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
Sempena tahun baharu hijrah ini, saya merasakan bukanlah azam dan pencapaian yang utama, kini, saya ingin kembali menyemak niat di dalam hati dan memperbaharuinya ke arah yang dirahmati.
Barangkali ini kali pertama saya lakukan sebegini. Ya, masa yang berlalu kadang-kala melahirkan kita manusia yang baharu....
Salam perubahan sempena tahun Islam 1435 H....
Thursday, November 15, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment