Pages

Thursday, November 15, 2012

Menuju perubahan

Menariknya kali ini, awal muharam saya sambut dalam perjalanan. Tidaklah jauh, sekadar musafir untuk usrah ke gombak. Sambil menanti maghrib masuk dan sahabat mampir menjemput, saya ringankan jemari untuk mencoret bingkisan di ambang tahun baharu ini. Ini barangkali tahun baharu terakhir di alam pelajar . Makanya jika mahu melakar azam, isinya pasti lebih dewasa dan cenderung ke alam pekerjaan. Saya...masih berkira-kira apakah ia... Tahun baharu ini diletakkan dalam kalendar Islam berdasarkan penghijrahan nabi muhammad dari makkah ke madinah. Kisah perjalanan hijrah yang penuh hikmah. Barangkali ketika kecil,kisah hijrah nabi sekadar cerita2 menarik yang mencungkil rasa ingin tahu. Pabila makin mengenal dunia, sirah nabi menjadi pedoman untuk melangkah ke mana-mana. Hadis 'innamal a'maalu binniyaat' yang saya hafaz sejak di alam persekolahan antara kisah hijrah yang memberi makna dan pengajaran besar. Betapa setiap urusan itu disandarkan pada niatnya. Niat yang letaknya di dalam hati, yang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Sempena tahun baharu hijrah ini, saya merasakan bukanlah azam dan pencapaian yang utama, kini, saya ingin kembali menyemak niat di dalam hati dan memperbaharuinya ke arah yang dirahmati. Barangkali ini kali pertama saya lakukan sebegini. Ya, masa yang berlalu kadang-kala melahirkan kita manusia yang baharu.... Salam perubahan sempena tahun Islam 1435 H....

Sunday, November 4, 2012

Selamat berseminar!

Bila saya fikir-fikirkan saban tahun pasti saya akan menyempatkan diri menyertai program berkisar penulisan...(walau masih begitu liat menggarap pena, menghasil nukilan)

Hari ini saya berada di kampus taman ilmu, (pertama kali bermalam di mahallah...) bakal menghadiri seminar penulisan nusantara sebentar lagi.

Kadang-kala hati saya berbelah bahagi mengenangkan thesis projek tahun akhir yang masih terbiar terbengkalai, namun, berdepan penulisan, saya sukar menyembunyikan keterujaan diri...

Apapun, selamat berseminar! Semoga ada manfaatnya untuk dikongsi bersama..(^_^)

Saturday, November 3, 2012

Flowers are red


There is a moment in my life, where i have been too influenced by western islamic song. The songs by Zain Bhika, Dawud Wharnsby, Cat  Stevens and others have been repeatedly become my daily routine. And somehow, one moment, i just stop the habit. and sometime when i go across the youtube, the songs still lively and i still love it.. (^_^) enjoy...