Pages

Wednesday, October 27, 2010

Training of Trainer (TOT)

Lama betul saya tidak menggarap pena (kiasan bagi menaip ^_^). Tapi sambil melayari jaringan-jaringan serta sawang-sawang dalam ruang maya ini, saya terpanggil untuk menulis. Topiknya?

Hmm...banyak sebenarnya yang berlaku beberapa minggu kebelakangan ini. Ada beberapa program KBM (PKPIM), program kolej, program fakulti, program....program sendiri pun ada...=). Jadi nak mula dari mana ye?

Oklah, entri kali ni saya nak khusus bercerita tentang satu program bernama ‘Training of Trainers’. Hmm...ni adalah program PKPIM aka KBM yang saya terpaksa pergi sebab sudah tiada wakil lain (macam terpaksa betul! Huhu). Namun, alhamdulillah, banyak manfaat yang saya peroleh.

Secara dasarnya, program ini adalah satu latihan kejurulatihan. Saya yang secara jujurnya tak faham langsung dengan ‘Trainer’ jadi agak terpinga-pinga juga. Bila Abang Dat, trainer kami dalam program ini menerangkan tentang ciri-ciri atau kelayakan untuk jadi trainer. Saya rasa macam tersilap datang program saja. Sungguh, separuh daripada kelayakan itu pun saya tiada. Apapun, saya senyap sajalah sebab segan. Sudah termasuk program, nak buat macam mana kan. Tak kisahlah apa pun, yang penting saya boleh dapat belajar sesuatu. That’s the point!

Secara asasnya, trainer saya rasa lebih kurang macam penceramah sebab ia perlu mengawal dan bercakap dalam lingkungan audiens yang ramai. Tapi trainer memiliki skop tugas yang lebih luas, meliputi menyusun program dan modul program. Secara mudahnya, bila sesebuah program dilaksanakan, trainer adalah mastermind. Hmm, barangkali itu yang saya fahami dari definisi trainer selama program 3 hari 2 malam itu. Jadi, untuk menjadi trainer yang berkelayakan perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam penglibatan di dalam progaram.

Bagi saya, biarpun saya tidak mahu menjadi trainer, namun menimba ilmu dan pengalaman adalah satu keperluan. Sepanjang apa yang saya pelajari dalam program ini mungkin banyak yang dapat saya praktikkan dalam berorganisasi dan perlaksanaan program. Insya Allah.

Akhir kata, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam TOT kali ini, Abang Dat, Abang Wan, Abang Azizan, Kak Fatin and Atiqah Syairah sebagai driver yang setia...=), juga trainer-trainer lain yang terlibat. Tak lupa juga sahabat-sahabat dari PKPIM dan MMU. Thanks a lot! I have a lot of fun...meet again next time!

0 comments: